The Malaysian Mirror semalam melaporkan WA Rafizi mendedahkan exco tertentu dalam kerajaan Selangor minta habuan perempuan:
Transkrip WhatsApp Rafizi dedah wujud permintaan ‘perempuan’ sebagai habuan dalam kerajaan Selangor
Rafizi dalam perbualan tersebut mengatakan menerima aduan selain wang yang diminta dalam urusan kerajaan negeri, terdapat juga permintaan untuk mendapatkan perempuan.
“Semalam saya mendapat laporan dan aduan dari orang bona fide bahawa selain dari wang sekarang ini ada juga permintaan ‘perempuan’ bila berurusan dengan kerajaan negeri (tidak perlulah saya hurai saudara/saudari tahu apa yang saya maksudkan).
“Mereka datang mengadu kepada saya dan saya sedang kumpul maklumat,” tulis Rafizi dalam kumpulan WhatsApp, Solidariti For Anwar yang dilihat The Malaysian Mirror.
Menurut Rafizi, perkara tersebut sudah menjadi perbualan orang ramai mengenai isu wang dan perempuan semasa berurusan dengan kerajaan Selangor.
Dalam perbualan tersebut juga, Rafizi berkata beliau lebih bimbang mengenai soal dosa dan pahala, bukan semata-mata mementingkan strategi politik sahaja.
“Saya bukan kisah sangat mengenai strategi politik dan lain-lain.
“Selama ini tidak pernah sekali pun saya pergi ke SUK sejak saudara Azmin jadi MB untuk minta atau bincang sesuatu,” katanya.
The Malaysian Mirror menyertakan sama transkrip perbualan tersebut yang sedang viral.
Rafizi yang dihubungi enggan memberikan komen dan menjawab “tiada komen” menerusi pesanan WhatsApp kepada The Malaysian Mirror. – 19 Mei, 2016.
---------------------
Jika benar WA ini, ia mungkin membawa makna kem Wan Azizah sudah mula berperang dengan kem Azmin dengan PRK mangsa-mangsa Batang Lupar menjadi penyebab.
Baru saja pertelingkahan terbuka tentang surat ANwar dari penjara yang mana pihak Azmin dan Wan Azizah menafikan sesama sendiri.
Jangan lupa bahawa kelahi Azmin dan Wan Azizah bermula dari langkang Kajang yang gagal dijadikan platform untuk Anwar menjadi MB Selangor lalu digagalkan oleh Azmin untuk jadikan Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.
Dari situ juga hubungan Azmin dengan DAP pun mula suram. Hasrat DAP mahukan Wan Azizah sebagai MB tdak lagi berselindung dan DAP telah meletakkan tekanan agar PAS dipecat dari kerajaan Selangor. Azmin saja yang masih mahu kekalkan hubungan dengan PAS.
Apakah kemungkinan dari perkelahian sebelum PRK Sg Besar dan K Kangsar? Perang sesama sendiri atau wayang?
Jangan tolak kemungkinan ini usaha Azmin dan Tun M untuk pujuk PAS dan mulakan pula satu lagi ikataan baru melibatkan PAS_Ikhlas-PKR.
Waaaaaa dasat nya....tahu lah ko orang jadikan Al-Juburi tu idola ko orang tapi ambik lah perangai dia yg positif saja. Ini perangai dia tutuh cina doll pun ko orang nak ikut....taksub sungguh ko orang ni....hahahahahaha
ReplyDeleteSuatu "Langkah" Mungkin dirancang untuk hal ini.
ReplyDelete