Sunday 11 December 2016

Astaghfirullah ... Mahathir sudah rasa diri lebih besar dari Allah


Demi kuasa, http://theunspinners.blogspot.com/2016/12/demi-kuasa-mahathir-angkat-dap-hina.html

 
Apa yang diungkapkan oleh Mahathir ini, sebenarnya adalah ungkapan si kafir yang menolak Kebesaran Allah Taala.
 
Mahathir bukan orang pertama mengungkapkan perkataan ini. Bahkan dia mungkin orang yang terbaharu yang barangkali secara tidak sengaja atau sengaja, menolak kebenaran ayat-ayat al Quran.
 
Allah Taala berfirman dalam Surah Yunus ayat 99-100 yang bermaksud:
"Dan jikalau Rabb-mu mengkehendaki, tentulah semua orang di muka bumi seluruhnya beriman. Maka apakah kamu(hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya. Dan tidak ada seorang pun yang akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal.
 
Pelbagai makhluk telah dicipta oleh-Nya. Semua makhluk Allah Taala melainkan manusia dan jin seperti haiwan, malaikat dan tumbuhan tidak mempunyai kehendak bebas. Sedangkan pada masa yang sama, manusia pula diiktiraf sebagai makhluk paling sempurna Ciptaan-Nya.
 
Di dalam manusia itu terdapat 'miniature' 7 Sifat-Sifat-Nya iaitu samaq, basar, kalam, ilmu, hayat, kudrat dan iradat. Atas ketujuh-tujuh sifat itulah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lainnya yang Imam Al-Ghazali menggelarkannya sebagai 'kuasa di bawah Kuasa' menerusi kitabnya, Qawa'id al-'Aqaid.
 
Dan atas sifat-sifat itulah pula, Allah Taala menjadikan ujian menerusi hidup dan mati untuk menguji siapa di kalangan kita yang lebih baik amalnya seperti yang terkandung dalam Ayat 2 Surah Al-Mulk.
 
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 pula Allah Taala berfirman yang maksudnya:
"Dan sesungguhnya, akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
Nampaknya, selepas dia memperlekehkan Nabi s.a.w dan para Sabahat r.a dan Ahlul Bait, Mahathir naik selangkah lagi dengan mempertikaikan kuasa dan Kehendak Allah Taala meskipun Allah Taala telah menjelaskan perkara yang cuba dibangkitkan itu menerusi ayat-ayat Al Quran.
 
Mahathir barangkali mengira, KUASA AQALnya lebih besar dan lebih agung daripada Ayat-Ayat Allah Taala!
 
Semoga kita semua dijauhkan daripada perangai dan kegelinciran lidah serta iktikad seperti ini...
 
Dari FB Rosly Md Shah



3 comments:

  1. Dia jemu jadi Politician. Chuba nak jadi Nabi pulak

    ReplyDelete
  2. Lps ni nak cuba jadi tuhan pulak...
    Tua2 makin merapu gamaknya...

    ReplyDelete
  3. bukankah allah mencipta dunia sebagai tempat menentukan samada manusia itu akan beriman atau kafir. jadi betul lah kata che det. yg dah islam pun masih bergaduh tentang politik menunjukkan mereka amat cintakan dunia.

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.