Monday 5 December 2016

Mahathir adalah kuda DAP!


Spin Goebbel sepanjang zaman Mahathir, Sanusi Junid untuk pertahankan partnershipnya dengan DAP adalah Mahathir lama kenal DAP.

Mahathir pula spin kata ucapan DAP guna bahasa Melayu dan Inggeris tak macam MCA yang banyak bercakap dalam bahasa cina.

Hakikatnya tak lari ... MCA tak menentang polisi dan tindakan untuk bantu dan perkasa Melayu dan Islam.


Puad Zakashi menjawab pembelot dan penjahanam bangsa Melayu demi nak naikkan anak yg lembik kepimpinanan ... pengantin....


PANDANGAN SAYA DULU TENTANG DAP TIDAK BETUL KATA TUN M. LIM KIT SIANG ADALAH DE FACTO OPPOSITION LEADER.

Mohd Puad Zarkashi
MT UMNO

1. Tun M hari ini mengaku bahawa pandangan beliau dahulu tentang DAP adalah tidak benar.

2. Beliau menganggap kehadiran pertamanya di Persidangan Tahunan DAP 2016 kali ini sebagai satu ‘pengalaman baru’. Baginya DAP adalah parti yang mewakili pelbagai kaum, bukan hanya kaum Cina semata-mata.

3. Baru dia tahu DAP bukan parti Cina, tetapi sebuah parti pelbagai kaum. "Pandangan saya mengenai DAP sebelum ini tidak betul,” katanya.

4. Tidak sukar untuk memahami kenapa Tun M berkata sedemikian. Bukan kerana Tun M mudah lupa tetapi Tun M terpaksa buat buat lupa untuk menghalalkan strateginya untuk menjahanamkan UMNO. Tun M sanggup diperkudakan oleh DAP untuk menjawab serangan DS Najib dalam ucapan penggulungannya bahawa UMNO sekarang ini berlawan dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP bukannya Tun M.

5. Kini jelas Lim Kit Siang adalah "Ketua De Facto Pembangkang" bukannya Tun M. Mengheret Tun M ke Persidangan Tahunan DAP dan memintanya berucap membela DAP merupakan kejayaan halus DAP memperkudakan Tun M. Tetapi Tun M tidak peduli semua itu asalkan UMNO musnah dan lebur dalam PRU ke 14. Dendam kesumat Tun M terhadap Najib kerana tidak membantu Mukriz menang Naib Presiden UMNO tidak lagi boleh dibendung selain isu jambatan bengkok dan isu Proton.

6. Ternyata pendedahan Najib sewaktu ucapan penggulungan menjadikan DAP seperti cacing kepanasan dan defensif. Mereka tidak menjangka Najib akan berbuat demikian.

7. Macam macam alasan Tun M untuk memuji DAP seperti pengunaan bahasa kebangsaan dalam lagu DAP termasuk ucapan yang disampaikan dalam bahasa kebangsaan. Ini tak terdapat dalam MCA,” ujarnya.

8. Tetapi lupakah Tun M, DAP hanya meniru strategi PAP Singapura. Lagu Kebangsaan Singapura adalah dalam Bahasa Melayu, tetapi apa terjadi kepada orang Melayu akibat dasar Malaysian Malaysia yang diamalkan di Singapura?

9. Dasar yang sama inilah juga digunakan oleh DAP. Mereka memperjuangkan Malaysian Malaysia atau sekarang dikenali Middle Malaysia. Itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan mengenai Hak Keistewaan Orang Melayu dalam Fasal 153.

10. Bahkan dalam Perlembagaan DAP cukup jelas mereka memperjuangkan penubuhan sebuah negara "sekular". Ini juga bertentangan dengan spirit Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan.

11. Sebelum ini timbul kekecohan dalam pertemuan paderi paderi yang turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong iaitu Jeff Ooi untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian. Perkara ini didedahkan oleh Encik Razali bekas ahli strategik DAP.

12. Tindak tanduk DAP tidak menggambarkan bahawa ia adalah parti berbilang kaum. DAP membela kuat SJKC tetapi tidak peduli nasib sekolah kebangsaan khususnya di kawasan pedalaman.

13. Lihatlah nasib orang Melayu di Pulau Pinang sejak pentadbiran DAP. Mereka semakin terpinggir dan dianak tirikan. DAP hanya menjuarai isu isu kaum Cina. UMNO pula adalah parti inklusif yang bukan sahaja untuk 3 juta ahli UMNO tetapi juga pembela rakyat yang sekarang ini berjumlah hampir 31 juta orang.

14. Justeru, Tun M hanyalah kuda tunggangan kepada Lim Kit Siang yang sekarang ini merupakan De Facto Opposition Leader. Bukannya Tun M.




No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.