Sunday 14 February 2016

Britain sedia siasat Clare Rewcastle?


KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Britain akan membuka semula kertas siasatan terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Perkara itu disahkan oleh Penasihat Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia (PMSP), Ramesh Rao yang menerima panggilan dari London berhubung perkara berkenaan.

Menurut Ramesh, siasatan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat beliau di London pada minggu lepas.

“Hari Selasa saya akan hantar salinan dokumen yang saya serahkan di London kepada pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu makluman media di sini hari ini.

Rao sebelum ini telah membuat laporan polis di Malaysia susulan pengakuan video oleh bekas pengarang Lester Melanyi yang mendakwa Clare dan beberapa individu telah memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB.

PMSP juga telah menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi British di Malaysia, meminta mereka memberitahu Clare supaya jangan mencampuri urusan politik negara ini

Melanyi sebelum ini mendedahkan hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) didakwa diubah suai untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melanyi turut mengakui menemui bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo, yang menyerahkan 10 peratus dokumen berkaitan 1MDB kepada pengasas Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Justo telah dihukum penjara selama tiga tahun oleh mahkamah Bangkok selepas didapati bersalah cuba memeras ugut bekas majikannya, Petro Saudi International. - TV14

1 comment:

  1. Hehehe....dah puas dia kencing puak legasi 22 tahun.....
    Meroyan din penyu nie....

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.