MAHATHIR DAN PROTON
1.
Satu tulisan blog bertajuk “PROTON” ditulis oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad menunjukkan terdapat kebenaran kepada apa yang dikatakan iaitu
tidak siuman itu berkait dengan perbuatan mengulangi sesuatu berulang
kali tetapi mahu hasil yang sentiasa berbeza-beza.
2.
Disebalik percubaan dan kegagalan selama 32 tahun dengan beliau di
puncak syarikat automotif itu, Dr Mahathir masih lagi mahu mengekalkan
status quo Proton dan tidak mahu memberi peluang kepada syarikat itu
untuk berdikari, melepaskan diri dari pasaran kereta yang kecil di
negara ini dan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa melalui
usahasama.
3.
Beliau sekali lagi menyerang perancangan Proton untuk membawa masuk
rakan usahasama. Secara spesifiknya, beliau berkata usahasama ini
menyebabkan vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai dan ‘ramai
pekerja akan kehilangan pekerjaan.’
4.
Nampaknya, Dr Mahathir terus ‘bimbang’ akan nasib vendor dan pembekal.
Dalam satu tulisannya pada Oktober lalu, Dr Mahathir merungut tentang
rakannya yang merupakan ahli perniagaan tidak lagi diberikan kontrak
oleh Proton.
5.
Adakah Dr Mahathir merasakan nasib rakannya yang sudah menjadi kaya
raya berdekad lamanya dari Proton lebih penting dari masa depan syarikat
kereta itu untuk terus hidup?
6.
Dr Mahathir menggesa Malaysia mengembalikan perlindungan paling kuat
untuk Proton dalam pasaran automotif tempatan. Selama tiga dekad rakyat
Malaysia sudah dipaksa membeli kereta berharga tinggi dengan spefikasi
rendah sambil dibebani hutang berjuta, masih tidak cukup lagi?
7.
Mengapa syarikat pembekal yang menjadi rakan Dr Mahathir perlu terus
diselamatkan sambil menyeksa dan membebani rakyat Malaysia?
8.
Hanya kerana dendam peribadi Dr Mahathir yang semakin memakan dirinya
sendiri, Dr Mahathir kini mahu menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak terhadap masalah dihadapi Proton.
9.
Dr Mahathir perlu diingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memiliki
Proton. Ia kini dimiliki oleh syarikat swasta iaitu DRB Hicom yang
dikuasai oleh rakannya sendiri, Tan Sri Syed Mokhtar yang membeli saham
terbesar dari Khazanah pada harga RM1.2 bilion pada 2012.
10.
Menurut majalah Malaysia Business yang dimiliki oleh rakan Dr Mahathir
yang juga pemimpin Parti Pribumi, A Kadir Jasin, Mokhzani Mahathir
adalah rakyat Malaysia ke-9 paling kaya pada 2014 dengan kekayaan
peribadi berjumlah RM4.2 bilion!
11.
Jika Dr Mahathir yakin dia boleh selamatkan Proton, dia sepatutnya
meminta DRB Hicom untuk menjual Proton kepada anaknya. Selepas membayar
RM1.2 bilion, harga yang dibeli, Mokhzani masih lagi memiliki RM3 bilion
untuk disuntik ke dalam Proton untuk memajukan perniagaan itu.
Ini membolehkan Mokhzani mengedar kereta Proton disebalik syarikat pengedaran kereta Porsche miliknya.
12.
Bertentangan dengan dakwaan basi dan berulang Dr Mahathir, Malaysia
tidak pernah dikenali sebagai Harimau Asia sepanjang 22 tahun
pentadbirannya.
Harimau
Asia ketika itu dirujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan
Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang berkekalan tinggi
daripada Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun!
13.
Pada masa itu, Malaysia hanya dikenali sebagai negara Anak Harimau, dan
bukannya Harimau Asia, bersama Indonesia, Filipina, Thailand dan
Vietnam.
14.
Sejak Program Transformasi Ekonomi Najib dilancarkan, Malaysia
merekodkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi setiap tahun bermula 2011
hingga 2016 daripada empat negara Harimau Asia ini. Pada 2017, Malaysia
diunjurkan akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.
15.
Kejayaan pertumbuhan ekonomi selama 6 tahun yang mengatasi empat negara
Harimau Asia ini tidak pernah dicapai Dr Mahathir biarpun mentadbir
negara selama 22 tahun.
Lim Sian See
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.