LSS tulis:
After
being quiet for more than 6 months after his "Dedak Raya" and "America
Raya" gaffs, Nga Kor Ming datang lagi with more stupidity...
---
IPOH
- Kenyataan Nga Kor Ming yang mempertikai tindakan Menteri Besar Perak
mengutip sampah menunjukkan Pengerusi DAP Perak itu miskin idea, kata
Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor
negeri Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.
Mohammad
Zahir berkata, kenyataan Kor Ming juga mencerminkan DAP Perak tergugat
dengan pendekatan kerajaan negeri dalam usaha mendekati rakyat secara
telus.
"Saya
cukup 'bersimpati' dengan Kor Ming. Ini kerana apa yang dilakukan oleh
Menteri Besar merupakan prinsip '3P' yang sering diamalkannya iaitu
pendekatan, turun padang dan penyelesaian.
"Ini
bukannya kali pertama Menteri besar bertindak sebegitu, jadi mengapa
Kor Ming mula tidak senang duduk dan mengeluarkan komen sebegitu,"
katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Beliau
mengulas dakwaan Kor Ming yang menyifatkan tindakan Zambry 'mengutip
sampah' bertujuan mencari publisiti murahan dengan membawa jurukamera
dan pengamal media.
Sementara
itu, Mohammad Zahir berkata, dakwaan Kor Ming yang mengatakan Perak
negeri kedua termiskin di negara ini membuktikan tahap kelekaan Anggota
Parlimen Taiping tersebut terhadap perkembangan semasa negeri.
Memetik
laporan yang dikeluarkan Ogos lalu, beliau berkata bagi tempoh 2012
hingga 2015, Perak mencatatkan kadar purata pertumbuhan ekonomi 7.7
peratus iaitu lebih tinggi berbanding kadar purata nasional pada 3.3
peratus.
"Malah,
dari segi peratusan miskin dan miskin tegar Perak mempunyai kadar
kemiskinan sebanyak 3.29 peratus sahaja dan ini lebih baik berbanding
Pulau Pinang dan Selangor.
"Peratusan
miskin tegar di negeri ini juga hanya 0.74 peratus dan ini juga jauh
lebih baik daripada kedua-dua negeri itu," katanya.
Justeru kata Mohammad Zahir, tindakan Kor Ming membuat kenyataan tanpa memeriksa fakta adalah satu tindakan terdesak.
---
Hari ini:
Asyik politik saja PKR dan DAP!
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.