Thursday, 1 December 2016

Wala' untuk hadapi kedurjanaan Mahathir


1 DIS : Penderhakaan Tun Dr Mahathir Mohamad sudah sampai kemuncak dan tidak dapat dimaafkan lagi apabila tergamak bersekongkol dengan musuh-musuhnya dengan melakukan perbuatan terkeji, kata Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak yang menggesa ahli-ahli UMNO menghayati konsep wala’ dan setia.


Najib mengingatkan kembali Dr Mahathir supaya tidak lupa dua peristiwa besar dimana beliau dan pimpinan UMNO lain menyatakan taat setia semasa pentadbirannya walaupun tindakan tersebut sukar diterima, kali pertama semasa pertembungan Team A dan B pada 1987.

https://www.bnbbc.my/penderhakaan-dr-m-di-kemuncak-najib-tekankan-falsafah-wala/

UMNO mampu bertahan sehingga hari ini kerana amalan prinsip wala’ dan kesetiaan dalam tradisi UMNO, kata Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata prinsip wala’ UMNO membawa maksud nilai cinta kasih, kepatuhan, sumpah setia, taat dan bai’ah yang wajib diberikan kepada pemimpin yang sah, dan di dalam konteks UMNO iaitu presiden parti manakala bagi kerajaan ialah Perdana Menteri.

pau-2016-ucapan-dasar-pm“Wala’ yang diberikan bukanlah sekadar kepada jasad, tubuh atau individu, akan tetapi, wala’ sebenarnya merangkumi institusi kepresidenan atau keperdana-menterian, yang disandang oleh seseorang,” kata Najib dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Jelasnya, selama lebih tujuh dekad UMNO berjaya bertahan walaupun menghadapi pelbagai rintangan serta sering kali cuba dijebak ke dalam kancah perpecahan dan berpuak-puak.

http://www.umno-online.my/2016/12/01/umno-bertahan-sehingga-kini-kerana-amalan-wala-najib-razak/

1 comment:

  1. wala pada pemimpin yg menuju ke neraka..bodoh tahap piang ni!!!!

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.