Sunday, 25 December 2016

Asal Xmas, mesti Guan Eng cari pasal


Ini kenyataan Lim Guang Eng untuk panaskan isu kalimah Allah pada tahun 2012 sebelum PRU 2013.

Tujuan ketika itu untuk panaskan balik isu kalimah Allah. Xmas sebelum itu, dia buat cerita sama.

Orang Kristian sering mengucapkan Merry Xmas, Peace and Joy to the World.

Lain pula, Lim Guan Eng akan cari pasal dengan politik menyakitkan hari di hari perayaan Kristian. War and Sorrow the World ucapannya.


Katanya dia berugama Kristian. Jika begitu, dia bukan penganut yang baik. Disebaliknya, Guan Eng bukan penganut Kristian, maknanya dia menghina penganut Kristian.

Dato Huan Cheng Guan beri kenyataan:

*Ucapan Krismas Guan Eng Berbaur Hasutan.*

KENYATAAN MEDIA
Huan Cheng Guan
Naib Presiden Parti Cinta Malaysia

_24 Disember 2016_

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak pernah benar-benar jujur dalam menyampaikan ucapan bersempena dengan apa-apa sambutan di Malaysia ini.

2. Ini kerana, sekali lagi ucapan Guan Eng bersempena dengan sambutan Hari Natal telah dicemari dengan unsur manipulasi fakta, hasutan dan tuduhan jahat yang bermatlamatkan politik sahaja.

3. Sekali lagi, Guan Eng telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia merupakan Negara yang gagal berdasarkan prinsip ‘Empat Kebebasan” yang dirujuk daripada Presiden AS ke-32, Franklin Roosevelt dan ditafsirkan mengikut pandangannya sendiri.

4. Guan Eng mendakwa bahawa Malaysia telah menggunakan ketakutan untuk mendiamkan mereka yang mengkritik Negara, namun yang sebaliknya yang berlaku.

5. Sekiranya Kerajaan Persekutuan mengamalkan prinsip yang sedemikian, sudah tentu Guan Eng dan rakan-rakannya dari Pakatan Harapan tidak akan dapat bersuara dari hari ke hari.

6. Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula yang sebaliknya menggunakan faktor ketakutan dengan mengambil tindakan ala-gangster untuk mengganggu premis-premis yang mana pemiliknya telah mengkritik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di surat khabar Cina.

7. Begitu juga dengan niat untuk menyaman NST yang akhirnya ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan juga niat untuk mengarahkan Sin Chiew supaya menulis ikut arahannya.

8. Maka, kerajaan manakah yang menggunakan ketakutan untuk menutup mulut pengkritiknya sekarang?

9. Di dalam ucapannya lagi ada menebut tentang ketakutan mereka yang bukan beragama Islam tentang hak dan kedudukan Perlembagaan Persekutuan yang kononnya bakal mengadaptasi undang-undang Islam yang akan selari dengan undang-undang ala-hudud.

10. Guan Eng sengaja mahu menimbulkan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak patut menjadi satu isu pun di kalangan mereka yang bukan beragama Islam.

11. Fakta pindaan RUU355 bukanlah undang-undang hudud dan tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam adalah satu fakta yang sengaja disembunyikan oleh DAP semata-mata untuk meracuni fikiran dan menimbulkan ketakutan terhadap mereka yang bukan beragama Islam.

12. Dalam teks uacapan sepanjang 547 patah perkataan, Lim Guan Eng hanya mengucapkan Selamat Menyambut Krismas pada ayat yang pertama sahaja dan perkataan krismas pula digunakan sekali sahaja.

13. Lim Guan Eng langsung tidak mengambil perasaan dan suasana perayaan ini untuk mengucapkan perkara yang baik-baik malah telah meggelarkan Malaysia sebuah Negara yang gagal di saat rakyat Malaysia yang beragama Kristian yang mahu menyambut Krismas dengan perasaan yang gembira dan hati yang riang, bukannya diberitahu bahawa mereka tinggal dalam sebuah Negara yang gagal.

14. Perlu diingatkan, sekiranya Lim Guan Eng mengambil rujukan Empat Kebebasan daripada Presiden AS yang ke-32 dengan mengikut tafsirannya sendiri, maka negeri Pulau Pinang juga sebuah negeri yang gagal kerana tidak berjaya menegakkan kebebasan bersuara, baik sebagai seorang rakyat Pulau Pinang mahupun sebagai ahli parti DAP itu sendiri!


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.