Wednesday, 17 August 2016

Usah ditenung undi yang satu tapi dolphin untuk main-main


Hari ini dikhabarkan masuk hari kedua sidang Dun di sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia. Difahamkan ada yang terpaksa menahan ketawa melihat bekas ketua kerajaan beralih duduk di sebelah pembangkang, bersebelahan dengan Adun PAN.

Namun ia adalah satu perkara normal bila rasa diri terlalu hebat bagai parti itu bapanya yang punya. Mungkin sudah terbiasa selama 22 tahun sebelum ini. Tapi rasanya selepas dipecat, mungkin kini dia tahu UMNO bukan bapanya yang punya, tapi jemaah UMNO yang punya.

Menurut beberapa rakan di Kedah dan hadir di sidang Dun hari ini, Dewan Undangan Negeri membahaskan titah ucapan Tuanku Sultan Kedah. Seperti biasa, satu persatu Adun bangun membahaskan titah Tuanku, termasuklah Ayer Hitam.

Menggelikan hati, ‘buah pinggang’ dan segala ‘organ dalaman’ penulis, bahas titah dari Ayer Hitam lebih menjurus kepada ‘sesi luahan hati, jiwa dan perasaan’. Luahan rasa tidak puas hati di dewan yang mulia, ‘meroyan-royan’ tentang nasib diri…

Khabarnya dia ada menyebut tentang ‘1 undi’ yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kem kerajaan dan terhumban di sebelah Adun PAN di sebelah kem pembangkang. Telahan ramai mengatakan dia merujuk pada ‘1 undi’ dari Kota Siputeh.

Dia pertikai tentang satu undi yang menjatuhkan dirinya dari menyandang jawatan Menteri Besar? Dia cuba menyalahkan satu undi yang menyebabkan dia hilang kuasa sebagai ketua kepada sebuah kerajaan negeri?

Suka penulis imbas kembali kepada apa yang berlaku terhadap seorang lagi bekas Menteri Besar Kedah sebelumnya. Ketika itu, bukan 2 undi saja. Malah 22 undi mahu beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar di negeri berkenaan.

Betapa kuatnya 22 Adun mempertahankan supaya beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar, hinggakan mereka terpaksa dipanggil ‘mengadap’ Presiden UMNO ketika itu. Seorang demi seorang dipanggil masuk bilik dan akhirnya mereka akur pada arahan ‘diktator’ tersebut.

Pada pandangan penulis, tentunya Ayer Hitam kenal pada siapa bekas Menteri Besar itu, kenal siapa 22 Adun terbabit dan tahu siapakah gerangan ‘diktator’ yang dimaksudkan. Tapi oleh kerana hormat, setia dan taat pada Presiden yang dipilih, tiada siapa pun yang memberontak mahu menjatuhkan ‘diktator’ itu.

Diimbas juga kembali pada peristiwa yang berlaku di dalam perebutan Presiden UMNO dulu, ketika mana ‘diktator’ itu dicabar oleh seorang tokoh dari Kelantan. ‘Diktator’ menang dalam perebutan jawatan tertinggi parti itu, namun tipis sekali majoritinya.

Seraya menang bertanding, maka dia menegaskan bahawa dia tetap menang secara demokrasi walaupun jika ditakdirkan menang dengan majoriti 1 undi. Apa yang cuba disampaikan ketika itu ialah, menang tetap menang walaupun majoritinya sangat kecil.

Jadi bila Ayer Hitam tewas dengan 1 undi, maka terimalah hakikat. Janganlah nak ‘meroyan’ mengadu nasib dalam dewan. Mungkin lepas bersidang nanti Ayer Hitam boleh bawa lagi keluarga bercuti mengubat lara di hati dengan ‘dolphin-dolphin’ yang comel lagi ‘cute’…

Dari Whass App

P/S Masa MB, dua tiga kali seminggu terbang balik KL. Dah beberapa bulan jadi ADUN biasa,  berapa kali balik tengok kawasan berbanding pergi bersantai.ke London?

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.