Menurut Cucu Tok Selampit, Khairuddin ABu Hasan tak sertai Bersatu kerana logo menyindir dirinya hingga jadi merajuk. Baca http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/lambang-parti-baru-buat-khairuddin.html
Ramai penganalisa menganggap ini hanya wayang dan sandiwara politik. Ada sesuatu yang sedang dirancang Khairuddin.
Ada desas desus mengatakan Khairuddin memang main wayang dan sedang membina skrip untuk membiayai sebuah filem mengenai 1MDB.
Timbul persoalan dari mana dia ada wang untuk biayai pembuatan filem. Suatu masa dia sudah diumumkan mahkamah sebagai bankrup. Tiba-tiba terbatal dan maknanya adalah hamba Allah yang bayarkan untuknya.
Ramai membuat spekulasi Tun Mahathir arahkan mana-mana hartawan kroninya untuk bayarkan hutang Khairuddin. Malah dikatakan Khairuddin dan Anina dibayar gaji untuk jadi kaki bising walaupun cara ia dilakukan agak lawak.
Khairuddin tidak punya wang kerana rumah penthouse kepunyaannya telah dilelong dan wanita Cina yang membeli rumah tersebut telah sewakan kepadanya. Jika dia temberang kata rumah itu tidak terlelong, ini ceritanya.
Malah beberapa minggu lepas Khairuddin sudah berpindah ke Wangsa Maju.
Khairuddin pasti tidak akan cuba berurus dengan Red granite kepunyaan anak Datin Rosmah, Riza Aziz. Kononnya dia akan kata tidak mahu guna wang yang dicuri. Tambah lagi, Red Granite sedang bawah uusan mahkamah sementara menunggu bicara.
Mula-mula DOJ mahu freeze terus tapi kini setuju untuk benarkan sebarang bayaran dan komitmen kewangan Red Granite dilakukan. Macam tak yakin saja DOJ ...
Pastikan filem baru itu bukan dibiayai oleh wang curi dari kerugian Perwaja Steel. ELakkan kontroversi dari menerima pembiayaan dari aukeh IPP kroni Tun M seperti Francis Yeoh atau Ananda Krishnan atau Genting.
Jangan pula ada nama Robert Tan the Casio King timbul keranan kononnya dia mahu bina Financial Centre di Segambut tapi terbatal oleh pembinaan KLFC oleh 1MDB.
Namun mereka tidak berminat kerana ia akan terbuka kepada pelbagai saman mahkamah. Khairuddin masih belum mahu putus asa. Ini caranya untuk Khairuddin dapat isterinya memainkan peranan sebagai Anina Saabudin. Dah lama kot tidak dapat tawaran bberlakun...
Isteri Khairuddin berlakon dalam drama Mak Chun cukupla.
ReplyDelete