Tengku Adnan dilaporkan tidka bersetuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan Bersatu sebagai singkatan. Ia menyerupai United dalam nama UMNO.
Rasanya sesuai dinamakan Parti Apanama bersempana isilah yang sering digunakan Dr Mahathir. Walaupun ada kepimpinan Perkasa adalah pentaksub Mahathir, memanggil Parti Pribumi lebih bersempana kepada Ibrahim Ali.
Parti ini adalah platform Dr Mahathir mahu jatuhkan Najib dan maka tdak sesuai guna nama orang. Jika ini platform Muhyiddin, sukahatilah nak panggil nama Parti Nika Gee.
Selepas jatuhkan Najib, apa lagi rancangan? Deklarasi Rakyat pun tiada reform yang disebut melainkan hanya mempolitikkan 1MDB.
Selalunya parti yang hanya berdasarkan peribadi tidak punya agenda yang jelas dan ia susah untuk berjaya. Tidak tahulah samada ketaksuban pada Mahathir boleh jauh mengalahkkan Ku Li dan Semangat 46.
Tambah lagi, ia hanya sebab Najib tidka mahu akur pada arahan Mahathir maka macam-macam dikenakan. Itu ajer .... http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/bermulanya-apabila-najib-tak-mahu-ikut.html
Menurut Ku Li, penubuhan S46 lain sekali dari PPBM. S46 lahir dari Team B ahli-ahli UMNO yang tidak dibenarkan masuk UMNO Baru Mahathir. Mereka punya cukup ahli untuk tubuhkan. PPBM hanya tertumpu kepada ketidak puasan hati Mahathir, Muhyiddin, dan Mukhriz. Baca di Malaysia Today SINI
PPBM bertujuan hanya untuk kalahkan BN. Maka timbul persoalan samada mereka punya daya upaya untuk memainkan peranan kepimpinan dan pentadbiran yang dimainkan UMNO. Memetik dari MyKMU SINI:
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata tahap kesediaan parti serpihan UMNO itu untuk membela nasib rakyat masih menjadi tanda tanya sedangkan UMNO telah mempunyai rekod sedemikian yang cemerlang.Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, "... masih belum nampak isyarat dan tanda-tanda yang parti itu mampu untuk ambil alih peranan UMNO. Juga, belum ada tanda-tanda penghijrahan secara besar-besaran oleh anggota UMNO untuk bersama parti itu."
“Memandangkan ia parti baharu, saya tidak yakin mereka boleh ambil alih (peranan) UMNO dengan sekelip mata sahaja memandangkan pilihan raya tinggal lebih kurang 700 hari sahaja lagi.
Khabarnya ramai akan keluar UMNO untuk sertai PPBM dan pemimpin sebenar akan muncul selepas PPBM didaftarkan. Kita tengoklah sebab mereka masih mewayangkan sokongan seperti Mukhriz adakan majlis makan raya di pasar Kodiang dan bukan Air Itam untuk tarik 10 ribu hadhir.
Shafie diwar2kan dapat 1,300 ahli UMNO keluar di kawasan anti Shafie di Tenom yang mana rupanya hanya majlis makan-makan dan cabutan nombor bertuah.
Tulisan MyKMU SINI melihat ianya taktik pecah dan perintah yang merugikan orang Melayu:
Mustahil pimpinan Parti Pribumi tidak faham, bagaimana taktikal pecah dan perintah digunakan ke atas orang Melayu dalam usaha untuk menghadkan kuasa politik orang Melayu itu sendiri. Sedang satu saat mereka jugalah yang ke sini sana menghebahkan selama 22 tahun bahawa perpecahan itu merugikan orang Melayu.Ironinya, mereka pula yang menubuhkan satu lagi parti yang fokus sasarannya ialah Melayu dan bumiputera.
DAP sudah yakin dengan keuntungan politik ini lalu kini MyKMU SINI melihat mereka sudah boleh bongkak:
SATU tamparan hebat terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Pemuda DAP menolak untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PRIBUMI) yang baru ditubuhkan.
Parti Pribumi dianggap sebagai parti politik yang mengamalkan dasar perkauman. Pembangkang turut meramalkan parti ini akan gagal dan tidak akan disokong oleh pengundi yang berkiblatkan DAP.
Mahathir telah mengilhamkan parti Pribumi sebagai antara usaha terakhir beliau untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Bagi DAP, dasar perkauman yang diamalkan Pribumi merupakan percaturan politik silam yang tidak harus diguna pakai lagi..
Bukan sahaja DAP, ramai pihak baik parti poliik mahu pun NGO mengkritik PPBM yang merangka parti mereka sebagai parti Pribumi dan ahi bukan Pribumi hanya jadi ahi bersekutu. PPBM dilihat sebagai "out of touch."
Tak dengar pula Marina Mahathir bersuara.....
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.