Tuesday, 23 August 2016

Azwanbro sudah boleh senyum lebar


Masih merujuk kepada isu Mahathir terngaku rancang konspirasi http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/adakah-ini-usaha-mahathir-laga-lagakan.html

Menurut FBooker Mohd. Faisal


Azwanbro boleh tersenyum lebar kerana apa yang dilaporkan pada polis diakui Mahathir...


PRU14.TV menulis dan petikan berikut:
Apakah tindakan yang berniat jahat untuk menggulingkan kerajaan dengan mengubah fakta untuk “menganiaya” perdana menteri dianggap sebagai satu tindakan yang betul? Siapakah yang ingin Mahathir perbodohkan sebenarnya?

Sebelum ini Khairul Azwan menuduh bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail terbabit dalam konspirasi menjatuhkan kerajaan Malaysia. Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Ketiga-tiga mereka disyaki memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI). Ketika diminta mengulas Zeti enggan memberi sebarang komen terhadap dakwaan Khairul Azwan sebaliknya memberitahu beliau akan mendapatkan khidmat peguam.
Hanya tertanya-tanya kenapa ada pihak talipon Azwanbro supaya jangan tarikbalik laporan polis.

Kenapa mahu tarikbalik?

Kenapa cadang jangan tarikbalik? Macam-macam boleh jadi sebab dan lain-lain sudut boleh dilihat. Nawaitunya yang penting ..

DOJ ada tulis 1MDB Official ada yang dapat bahagian.

Dokumen sama ada kata dengan jelas 1MDB Official 1, 2 dan 3 terlibat sebagai management seleweng wang ke destinasi yang lain dari dituju.

Pasti ada 1MDB Official yang sudah berpeluh.

Malah ada yang jumpa Tan Sri Muhyuddin dirumahnya. Sapa ada bersama TSMY ketika itu?




No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.