Wednesday, 3 May 2017

Setiap kali keluar, ada saja alasan original


DUNGUN – Sebanyak 30 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini termasuk Anggota Jawatankuasa Biro Penerangan PPBM Dungun Azmi Mohammad mengisytiharkan keluar dari parti itu dan kembali menyertai UMNO.

Mereka mengambil keputusan itu kerana mendapati PPBM tidak mampu membela nasib orang Melayu sepertimana yang dilakukan UMNO selama ini.

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/30-anggota-ppbm-di-dungun-isytihar-keluar-parti/

Dah orang mula keluar, "pembohongan sudah selesai" la ...

... Ketua Penaja Bahagian Dungun, Mastura Othman yang juga bekas Ketua Pendaftar Negeri sebelum tertubuhnya Penaja Bahagian secara rasmi, menafikan berita tersebut.

Menurutnya kesemua mereka bukanlah ahli-ahli PPBM yang berdaftar sepertimana yang diumumkan oleh Ketua UMNO Bahagian Dungun, Din Adam. Sebaliknya, menurut Mastura, setiap ahli berdaftar akan diberikan sesalinan borang berwarna merah jambu untuk simpanan sebagai bukti pendaftaran. Namun dalam gambar yang diedarkan, mereka membakar borang keahlian baru yang belu ada tulisan.

http://buletinsengal.blogspot.my/2017/04/keluar-parti-ppbm-dungun-akan-buat.html

Ye la tu ...hari tu di Rembau alasan kata keluar untuk masuk PKR.

Yang Rasah, Seremban, bayar duit dan hantar orang tahan pengumuman. Itu yang kami dengar.

Kali ni, memang alasan original kah kah kah ....

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.