Ngaku Islam tapi tentang RUU 355
Syukur Alhamdulillah...
Akhirnya hari ini RUU355 dibentangkan juga di parlimen. Tahniah buat MP Marang, TG DS Abdul Hadi Awang merangkap Presiden PAS yang berjaya membentangkan dengan sangat baik, kaya dengan fakta, sarat dengan dalil dan nas serta penuh dengan hikmah.
Tahniah juga buat MP Kota Bharu, Dato Takiyuddin Hasan merangkap Setiausaha agung PAS yang telah melaksanakan tugas yang sangat baik ketika menyokong usul yang dibawa oleh MP Marang. Hujah, penjelasan dan fakta ilmiah yang merangkumi sejarah, perundangan dan aspek perlaksanaan daripada MP Kota Bharu sangat menarik perhatian saya.
Cuma yang sedihnya bila ada seorang dua MP Munafik di dalam dewan Parlimen yang cuba mengajukan soalan provokasi sedikit sebanyak mencacatkan keadaan dan mencemar imej islam. Sewajarnya kita buktikan bahawa ummat Islam bersatu dalam usaha memperkasakan undang2 syariah. Kita sepatutnya tonjolkan pada bukan Islam bahawa "ukhwah Islamiyah" dan "wihdatul ummah" melangkaui agenda politik dan parti.
Amat sedih melihat aksi MP yang mengaku Islam tetapi mempersenda, mensabotaj dan mengganggu perjalanan pembentangan RUU355. Biar siapa pun yang membentangnya, yang penting selagi mana intipati perbentangan itu memberikan kebaikan ke atas ummat islam atau demi "kemaslahatan ummah" maka kita sewajarnya bersatu.
Semoga Allah mempermudahkan segala urusan dalam memperkasakan RUU355 ini. Semoga Allah memberikan taufik dan hidayahNya serta keampunanNya ke atas para munafik yang cuba menentang dan menggagalkan usaha murni ini.
AZDY MOHD ARSHAD
KETUA PENERANGAN GPMS NEGERI PULAU PINANG
Melayu-melayu pencacai DAP |
http://mole.my/ruu-355-bill-tabled-activist-accuses-speaker-of-treason/Mana yang RUU 355 tak ikut perlembagaan?
https://seademon.me/2017/04/07/how-the-ruu355-is-unconstitutional/Liberal Muslim confused
http://www.tanjak.my/is-azrul-khalib-one-of-those-easily-confused-muslims/
CONTOH CONTOH PENGHINAAN TERHADAP AGAMA ISLAM OLEH DAP
- Zairil Khir Johari mempersoalkan kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 27 Jun 2015.
–
Lim Kit Siang mempersoalkan kandungan khutbah Jumaat pada 1 Februari
2014 yang menyebut perpecahan umat Islam disebabkan hasutan umat
Kristian dan Yahudi.
– Tony Pua mempersoalkan larangan ke atas umat Islam menyambut Hari Valentine pada 15 Februari 2014.
– Kritikan Chong Eng pada 9 Februari 2015 berkait kewajipan wanita Muslim menutup aurat.
–
Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan di Dewan Rakyat pada 27 September 2005
keperluan melaungkan azan dan bacaan ayat al-Qur’an melalui pembesar
suara yang mengganggu bukan Islam.
–
Teresa Kok pada 22 Julai 2016 mempersoalkan kewajaran Exco Hal Ehwal
Agama Selangor mengarahkan semua masjid di Selangor mengadakan solat
hajat memohon konsert Selena Gomez di Stadium Melawati, Shah Alam pada
25 Julai dibatalkan.
– Damian Yeo Shen Li mempersoalkan pada Februari 2016 sama ada dosa penganut Islam terhapus bila menjejakkan kaki ke Makkah.
– Sindiran sama disuarakan pemimpin DAP Johor, Suppiah Ramakrishnan di media sosial pada Mac 2016 dan kemudian dipadamkan.
–
Nga Kor Ming pada Disember 2015 menyindir purdah yang dipakai oleh
sebahagian wanita Islam sambil menyifatkan cadangan pramugari MAS
memakai pakaian menutup aurat sebagai ‘pemimpin Melayu otak cacat’
–
Datuk Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan pada 7 Jun 2014, yang diikuti
ucapan sama di Dewan Rakyat pada 11 Jun 2014 supaya umat Islam
diberikan kebebasan keluar Ihslam.
– Penentangan keras pemimpin DAP terhadap cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah.
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.