Kalau tak faham, jangan komen dan tuduh melalui soalan. Belajar lagi.
Berentilah ikut mahathir dan fitnahnya. http://snapshot2016.blogspot.my/2017/04/mahathir-busuk-hati-sabotaj-melalui.html
Jawapan ada banyak .. dna terbaru berikut:
IPIC-1MDB: M'sia jaga airmuka Abu Dhabi; Stop taktik basi tuduh guna soalanhttp://theunspinners.blogspot.com/2017/04/ipic-1mdb-msia-jaga-airmuka-abu-dhabi.html
Berikut taktik lapok Mahathir yang Din Tungguk ikut untuk tuduh melalui soalan:
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
KEPUTUSAN PROSIDING TIMBANG TARA IPIC DENGAN 1MDB DAN KERAJAAN MALAYSIA (MOF Inc)
1.
International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi
melalui satu kenyataan mereka kepada Bursa Saham London telah
mengesahkan mereka telah mencapai persetujuan dan menyelesaikan
prosiding timbang taranya dengan 1MDB dan Kerajaan Malaysia(MOF Inc) di
Mahkamah Arbitrasi Antarabangsa London.
2. Menurut persetujuan itu,
i.
1MDB akan membayar sejumlah AS1.2Bilion (RM5.28billion) pada dua
peringkat iaitu pada bulan Julai dan Disember tahun ini. Di bawah
syarat penyelesaian, IPIC akan menerima AS $ 602.7 juta (RM2.64 bilion)
pada 31 Julai ini dan selebihnya AS602.7 juta(2.64bilion) pada 31
Disember akhir tahun ini.
ii.
1MDB dan Kementerian Kewangan juga berjanji kepada IPIC untuk membayar
bagi semua faedah masa depan dan prinsipal di bawah dua bon yang
dikeluarkan syarikat kumpulan 1MDB yang dijamin 1MDB dan IPIC. Bon
pertama adalah AS$1.75 bilion
(RM7.7bilion) pada kadar tetap 5.75 peratus yang dikeluarkan 1MDB Energy
(Langat) Limited dan kedua sebanyak AS$1.75bilion (RM7.7bilion) pada
kadar tetap sebanyak 5.99 peratus yang dikeluarkan oleh 1MDB Energy
Limited. Kedua-dua bon hanya akan matang pada 2022.
3.
Persetujuan 1MDB untuk membuat bayaran kepada IPIC jelas menunjukkan
bahawa syarikat itu mengaku telah membuat bayaran yang salah kepada satu
syarikat yang tiada kaitan langsung dengan IPIC.
4.
Persetujuan arbitrasi yang dicapai di antara 1MDB dan IPIC ini juga
jelas menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan apabila 1MDB telah
membuat salah pembayaran kepada Aabar BVI. Bagaimanakah 1MDB telah
tersalah bayar wang sebesar itu? Wang itu sepatutnya dibayar oleh 1MDB
kepada anak syarikat IPIC – Aabar Investments PJS tetapi sebaliknya
pembayaran dibuat kepada Aabar BVI, sebuah syarikat palsu yang mempunyai
nama yang hampir sama atau mirip dengan anak syarikat IPIC.
5.
Sebelum ini, pertikaian timbul di antara 1MDB dan IPIC apabila IPIC
menyatakan 1MDB tidak pernah membuat apa-apa pembayaran kepada IPIC
sebagaimana yang didakwa oleh 1MDB. Inilah yang telah menyebabkan IPIC
dan Aabar Investments PJS meneruskan tuntutannya selepas beberapa kali
mengeluarkan kenyataan 1MDB telah memungkiri komitmen mereka kepada
IPIC. Abu Dhabi telah berulang kali berkata, IPIC atau anak syarikatnya
itu tidak pernah menerima sebarang pembayaran atau deposit dari 1MDB
walaupun 1MDB bertegas menyatakan bahawa Aabar BVI adalah anak syarikat
Kumpulan IPIC.
6.
Mengapakah pembayaran sebesar ini dibuat kepada sebuah syarikat yang
palsu? Mengapakah tidak ada satu pun tindakan diambil kepada mana-mana
pihak yang bertanggungjawab yang telah membuat pembayaran yang salah
ini? Atau adakah dari awal lagi pembayaran kepada syarikat Aabar yang
palsu ini telah dirancang?
7.
Persoalannya, dari manakah sumber kewangan yang akan diperolehi oleh
1MDB dan MOF Inc untuk membayar sebanyak RM26.5 bilion kepada IPIC? Jika
ianya menerusi penjualan sebuah unit pelaburan 1MDB bernama Brazen Sky
Ltd, siapakah yang membeli unit pelaburan tersebut dan berapakah
nilainya? Benarkah unit pelaburan ini wujud?
8.
Mengapakah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak berminat langsung
untuk menuntut semula wang yang telah dibayar kepada syarikat Aabar
yang palsu itu?
10.
Perjanjian IPIC adalah dengan 1MDB dan Kerajaan Malaysia melalui MOF
Inc. Ini bermakna jika 1MDB tidak mampu untuk membuat pembayaran, maka
Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kesemua bayaran kepada IPIC.
11.
Walaupun Kerajaan Malaysia di dalam satu kenyataan mengatakan gembira
IPIC dan 1MDB telah dapat menyelesaikan perbezaan mereka secara baik
namun perlu diingatkan di sini rakyat Malaysia lah yang akan menanggung
beban berganda apabila pembayaran kepada IPIC dibuat sebanyak dua kali,
bayaran pertama yang dibuat kepada Aabar BVI yang telah hilang dan
lenyap dan kini, bayaran kedua yang akan dilaksanakan dengan
termeterinya perjanjian timbang tara ini.
12.
Akhirnya, rakyat, melalui hasil kutipan cukai yang akan dikenakan ke
atas mereka bagi meningkatkan pendapatan kerajaan akan terus menanggung
masalah kewangan 1MDB.
Sekian. Terima kasih.
BERSATU BERAMANAH BERMARUAH
TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
26 APRIL 2017
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.