Tuesday, 18 April 2017

Maklumat baru bakal kaitkan Shafie Apdal dengan MARA Inc



SPRM TERIMA MAKLUMAT BARU BERHUBUNG SIASATAN MARA INCORPORATED SDN BHD

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah sedang meneliti maklumat baru yang diterima berhubung dakwaan salah laku seorang bekas menteri yang dikaitkan dengan pembelian sebuah hartanah oleh anak Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia.

Timbalan Ketua Pesuruhajaya (operasi) SPRM, Dato Azam Baki berkata siasatan kes tersebut yang dijalankan sebelum ini akan disambung berikutan bukti dan maklumat baru yang telah diperolehi.

Katanya, pihakya akan memanggil lebih ramai saksi untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes tersebut dalam masa terdekat. 


“Keterangan akan diambil bukan sahaja daripada saksi-saksi dalam negara malah juga daripada luar negara,”ujar beliau.

Apabila ditanya, Azam juga tidak menolak tangkapan akan dibuat ke atas mereka yang terlibat sekiranya perlu dalam masa terdekat.

End-


Dulu ada orang dalam kacau

Kini msa untuk siasat habis. Sebelum ini, Dato Azam Baki ada mengatakan banyak dokumen yang sudah konklusif. Kebanyakkan dokumen yang diberi MARA Inc tidak ada salahlaku. 

Jika ada dokumen dan bukti baru, ia mesti melibatkan antar apemaju dan main contractor. Ia sesuatu yang hanya melibatkan pihak-pihak di Australia.

DIpercayai Shafie Apdal ada rumah di Australia .... jeng jeng jeng

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.