Monday, 20 March 2017

Tembelang Teresa Kok kebas dana RM500 juta YAWAS pecah


Video: Isu YAWAS terus hantui Teresa Kok

13 MAC: Penjelasan panjang lebar Teresa Kok bagi menjawab dakwaan kononnya wujudnya penyelewangan dana Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) yang dikendalinya tidak bermakna beliau telah terlepas daripada isu yang sebelum ini didedahkan oleh Pengerusi Gabungan NGO, Datuk Seri Jamal Yunos.


Ini kerana Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim dalam perbahasannya menjunjung kasih Titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini sekali lagi menekankan isu penyelewengan tersebut.

Irmohizam berkata demi memperjuangkan nasib rakyat Selangor adalah menjadi kewajipannya mempersoalkan bagaimana seseorang yang telah muflis tetapi masih boleh dilantik menjadi pengarah yayasan tersebut.

Jelas Irmohizam jumlah dana yang diuruskan kira-kira berjumlah RM500 juta telah mencetuskan pelbagai persoalan kerana ia membabitkan soal intergriti seseorang itu menguruskan dana sebegitu besar jumlahnya.

Tambahnya ini kerana berdasarkan laporan Ketua Audit Negara telah merumuskan program di bawah YAWAS meragukan dan tiada dokumen lengkap dikemukakan.

Persoalan bertalu-talu yang dikemukakan ini telah menyebabkan Ahli Parlimen DAP Seputeh itu melenting dan bangun tanpa kebenaran dalam usahanya untuk mempertahankan diri.

Tindakannya itu telah ditegur Timbalan Speaker, Datuk Seri Ismail Mohamad Said kerana dianggap tidak menghormati peraturan dewan.

Saksikan video sikap tidak profesional Teresa.

https://www.bnbbc.my/video-isu-yawas-hantui-teresa-kok/


Dah kebas duit begitu banyak pun, keadaaan di Seputih begitu teruk sekali:

Antara teladan YDP MPSJ dan sempadan YB Seputeh

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/antara-teladan-ydp-mpsj-dan-sempadan-yb-seputeh-1.455923

Bila kerajaan nak naiktaraf kawasan Seputih, dia bawak gangster:



No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.