http://theunspinners.blogspot.com/2017/03/kerajaan-pembangkang-bersatu-tapi-cap.html
LAWAK ANTARABANGSA
Saya
ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak
di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata
begitu?
Sebelum
itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini.
Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis
Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi,
nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur
Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol
mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan
Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai),
dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa
rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan
Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.
Adakah
Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona
non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen
Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini
ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam
Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu
mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam
undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh
ditahan.
Dari
permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan
norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran
tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam
memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee
Jajangmyeon.
Apa
yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini
bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan
Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara
juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya
dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat
Pyongyang untuk rundingan rahsia.
Dengan
menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng
Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang
mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak
mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan
kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik
mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing
datang membunuh rakyatnya dan membawa balik?
“Battle
of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam
hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita
mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai
rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri.
Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon
berpindah ke Korea Utara.
Dalam
drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China.
Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia:
China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara,
namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam
percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara,
Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara
pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam.
Tahun
1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai
“persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu.
Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara.
“Ha
ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan
masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang
menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang.
Siapakah lawak antarabangsa sekarang?
- Ayman Rashdan Wong
Siapa lagi kalau Cap Bunga yang kini elok dipanggil Cap Bangang!!!
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.