Nurul
Izzah Anwar berkata penduduk yang tidak mendapat manfaat dari projek
perumahan semula Residensi Kerinchi di ibu negara, tidak memerlukan
sindiran Datuk Seri Najib Razak.
Menjawab
kenyataan Najib semalam, anggota parlimen Lembah Pantai itu menggesa
perdana menteri menghormati hak penduduk dan menmberhentikan kenyataan
berbaur “fitnah”.
“Jika
Najib hendak politikkan isu perumahan, pembangunan rakyat, jangan
sampai menyakiti hati mereka (penduduk) lagi dengan sindiran yang tak
perlukan.
Membebaskan media, minda sama sukar sama sunyi.
“Najib
saya sarankan hormatilah hak penduduk, harapan dan maruah orang kawasan
Kampung Kerinchi lebih-lebih lagi rakyat Malaysia,” kata Nurul Izzah di
lobi Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.
Semalam
Najib membidas Nurul Izzah yang didakwanya cuba menggagalkan
pembangunan semula rumah pangsa empat tingkat di Kampung Kerinchi pada
2012.
Kata
Najib, seramai 34 penduduk setempat yang mendengar “hasutan” Nurul
Izzah kini menyesal kerana tidak dapat memiliki kediaman baru bernilai
RM500,000 itu, berbanding lebih 400 penduduk lagi.
grup 34 org tu hendakkan banglo yg mcm disneyland kat Ampang tu..hehe
ReplyDelete