Friday 28 October 2016

Konon pertahan Wawasan 2020, sebenarnya tentang TN50


KUALA LUMPUR, 27 Okt – Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir membidas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak membakul sampahkan Wawasan 2020 dengan memperkenalkan dasar Transformasi Kebangsaan 2050 (TN50) dengan menyifatkan sebagai satu kenyataan tidak masuk akal, berfikiran sempit dan tidak berpandangan jauh.


Menurut beliau, inilah bezanya antara pemikiran pimpinan kerajaan dan pembangkang di mana kerajaan memandang jauh ke hadapan dalam merancang pembangunan negara namun pihak pembangkang pula hanya tahu mengkritik dan tidak ada perancangan masa depan yang lebih baik buat rakyat dan negara.

“Saya amat terkejut apabila kenyataan ini boleh keluar dari mulut seorang ahli parlimen seperti Nurul Izzah yang dilihat sebagai mewakili golongan anak muda. Sepatutnya kita mesti bangga apabila negara kita mempunyai kerajaan yang berpandangan jauh.

“Inilah cara pimpinan kerajaan di bawah BN mengatur pembangunan di negara ini. Dulu, kita memulakan pembangunan negara dengan dasar ekonomi baru, kemudiannya dasar pembangunan negara, kemudiannya Wawasan 2020 dan hari ini, apabila Wawasan 2020 hanya tinggal empat tahun sahaja lagi, maka kerajaan telah mnemulakan langkah untuk membawa negara ke arah yang lebih baik sehingga pada atahun 2050.

“Kenyataan Nurul Izzah itu secara tidak langsung menggambarkan pemikiran pihak pembangkang yang wujud semata-mata untuk membangkang apa juga perancangan kerajaan, biarpun ianya adalah untuk kebaikan rakyat dan negara,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa pelik jika pembangkang membela Wawasan 2020, sedangkan merekalah yang begitu lantang mengkritik dan menghentam usaha kerajaan sebaik sahaja Wawasan 2020 itu dilancarkan.

Seoenuh di

http://www.umno-online.my/2016/10/27/tolak-tn50-gambarkan-pemikiran-sempit-pembangkang-aziz-sheikh-fadzir/

Snapshot balun  http://theunspinners.blogspot.my/

2 comments:

  1. Biarpun pembangkang pendek akal, kerajaan perlu panjang akal. Perancangan itu perlu. Dicapai atau tidak itu soal lain. Yg penting perancangan yg munasabah untuk dicapai.

    ReplyDelete
  2. Kegersangan..cinta yg hilang

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.