Thursday 6 October 2016

Kadir serang salah orang, tapi jelas "defend" Vincent Tan


Kadir Jasin pertahankan Cina Dap dengan cara menyebut Jho Loh yang langsung tiada kait mengait dengan posting blognya.

Kemudian dia menyerang PM atas suatu urusniaga seorang peniaga berbangsa cina. Tetapi salah orang lain tapi PM pula yang diserang.

Namun tulisannya kelihatan pertahankan kepentingan kroni Mahathir, Tan Sri Vincent Tan.

Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low?

A Kadir Jasin


CATATAN ini saya tujukan khas kepada Melayu yang menakut-nakutkan Melayu
lain mengenai bahaya Cina DAP dan kepada Melayu yang percaya Umno lah satu-satunya penyelamat mereka.

Saya tergerak menulis rencana ini setelah membaca berita akhbar The Star milik Cina MCA pada 30 September mengenai penutupan Desa Water Park di Taman
Desa, Jalan Klang Lama, mulai 1 Oktober.
Kalau berminat boleh baca di sini.

Berpandukan apa yang saya tahu mengenai standard penguasaan bahasa Inggeris majoriti orang Melayu, maaf cakaplah kalau saya kata tak ramai yang baca The Star atau mana-mana surat khabar bahasa Inggeris.

Boleh jadi segelintir Melayu yang mempropagandakan ancaman Cina DAP
terhadap orang Melayu baca berita di atas.
Tapi majoriti Melayu yang percaya propaganda Cina DAP jahat tak baca.

Inti patinya, taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong. Dulu tanah itu dipajak kepada
syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.

Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun
2011. Satu nama yang sangat tepat kerana
tanah Desa Water Park itu sangat bernilai -
macam emas – dan sesiapa yang dapat
tentu jadi kaya.
Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia
sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara. Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno.

Orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.
Kalau Melayu yang percaya kepada
mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada
DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.

Antara soalan saya:

1. Apakah tidak ada syarikat berkaitan
kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu?

Komen: Main sentimen Melayu untuk pertahan PPBM yg bersekongkol dengan DAP. Siapa tidak tahu akan sikap cauvanis DAP.

2. Kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak boleh arah Khazanah belanja
RM650 juta bangunkan semula kawasan Tugu Negara, apakah dia tak boleh arah, misalnya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera
(LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) beli dan majukan tapak itu?

Soalan: Adakah segala pembangunan perlu libatkan institusi pelaburan?

3. Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings
(milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?

Soalan: Apakah semua pembangunan perlu libatkan PNB, LTAT dan KWSP?

4. Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60% saham projek Bandar Malaysia
yang bersebelahan dengan Desa Water
Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?

KOMEN: Main sentimen perkauman untuk kepentingan politik.

5. Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab, siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?

Komen: Mengulang permainan retorik sama.

6. Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah
mereka tak layak bangunkan semula Desa
Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?

Komen: Sentimen sama. Jika dah boleh ke pasaran luar negara, apa perlu mahukan projek di Msia juga?

7. Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik
1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?

Komen: Siapa syaitan dan dalang yang sabotaj 1MDB? Tindakan berikut timbul dari segi keperluan kewangan yg segera.

Sampai ke soalan 12 dipusingkan ke 1MDB.

Soal Keutamaan Bukan sekali-kali tujuan saya menafikan hak usahawan Cina tempatan beli tanah Desa Water Park atau mana-mana aset di negara.

Saya tahu ini bukan kali pertama DBKL jual tanah kepada syarikat Cina. Ia pernah jual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam
kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark. Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara. Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.

Tapi ikut laporan The Star, tanah Desa Water Park itu dijual terus kepada Aset
Kayamas tanpa sebarang ikatan lagi. Nampak sangat macam nak cari duit cepat. Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana
saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB.

Saya tahu Putrajaya kekurangan duit. Ada orang kata dah putus duit. Sebab itu jual sana jual sini, potong sana potong sini, cukai sana cukai sini. Tapi kepentingan jangka panjang tak boleh dikorbankan semata-mata kerana kelemahan urus
tadbir fiskal kerajaan yang ada hari ini. Sambil itu saya juga nak tanya kepada Melayu yang takut DAP, siapakah yang ambil beratus ribu hektar tanah rizab Melayu untuk pembangunan tapi tak ganti balik – Cina DAP bedebah atau Kerajaan
BN pimpinan Umno?

Cuba Melayu yang tak makan dedak tanya,
bolehkah Cina DAP yang ada 30 kerusi dalam Parlimen dengan 222 kerusi boleh sendiri-sendiri perintah negara?

Akhir kalam, bagi Melayu yang kalut sangat kepada Cina DAP, cuba selidik sikit
berkenaan Cina Jho Low, Cina MCA, Cina Gerakan dan Cina PPP. Wallahuaklam.

kadirjasin.blogspot.my/2016/10/mana-lebih-bahaya-cina[truncated by WhatsApp]

Baca Snapshot untuk pendedahan satu lagi salah maklumat Kadir Jasin. Nak defend Desa Park tapi terdedah Bkt Kiara tanah "free".

http://theunspinners.blogspot.com/2016/10/kadir-jasin-pertahan-legasi-vincent-tan.html

2 comments:

  1. kadiaq ni kalau najib tolong syarikat dia yg dah bengkrap dulu hidup balik, hari ni jugak boleh pusing 360 degree sokong najib ...
    marah sungguh pak kadiaq ni ngan Najib...hu..hu..hu

    ReplyDelete
  2. Nak uruskan Berita Publishing pun tak reti sampai akhirnya lingkup, nak berceramah pasal pembangunan dan pelaburan.

    Sesiapa saja yg terlalu rapat dan bergantung harap dgn Mahathir nampaknya hampir semua otak melurut dari tempurung kepala ke tempurung lutut. Jadi apa nak heran !!

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.