Tuesday 27 September 2016

Mahathir beri dedak pada Clare Brown?



KUALA LUMPUR : Pengasas dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown mengakui syarikatnya menerima dana daripada penderma yang berpangkalan di Eropah.
Menurut beliau, dana tersebut disalurkan melalui projek radio dan digunakan untuk membiayai sebahagian besar kos perjalanannya ke seluruh dunia.

“Penderma itu berminat tentang isu-isu berkaitan hutan hujan dan hak asasi manusia,” katanya seperti dilaporkan portal berita propembangkang, Malaysiakini hari ini.
Pada Mac lalu, portal Open Source Investigations http://www.opensourceinvestigations.com mendedahkan, Brown menerima dana daripada dua sumber walaupun beliau pernah mendakwa dirinya seorang wartawan bebas yang ‘tidak terhutang budi kepada pihak lain sama ada dari segi kewangan atau politik’.

Portal tersebut turut mendakwa, syarikat milik Brown hampir muflis dan hanya dapat diselamatkan selepas beliau bersetuju menyertai kempen untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sarawak Report yang dikendalikan Brown sering mencetuskan kontroversi dengan melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan khususnya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pas juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa fitnah Sarawak Report apabila portal berkenaan melalui laporan pada 6 Ogos lalu mendakwa, kepemimpinan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Najib.

Dalam perkembangan berkaitan, Brown memberitahu, banyak maklumat yang digunakan untuk menulis artikel-artikelnya diperoleh melalui internet.

“Saya boleh menghubungi individu-individu lain dan menulis,” jelasnya. - utusan
-----------------------
Terbaru Clare akan karang buku tentang 1MDB. Pasti untuk guna PRU dan agak siapa bayar?
Hehehe ... tahu sama tahu
Mungkin duit mahathir kepada clare brown tetapi melalui  akaun di switzerland yang mana dia simpan duit USD100 billion yang dikatakan barry Wain. Mengikut hujah pemakan dedak mahathir, kenapa mahathir tidak saman barry wain atau keluarga mendiang?
Isu dedak ini sebenarnya permainan psywar puak mahathir yang kebanyakkan adalah lalat langau yang tidak sekolah dan tak berupaya untuk hujah. Setiap kali muncul tuduhan dedak, ia untuk menutup ketidak upayaan untuk berhujah dengan lojik dan berfakta. 
Mereka ingat mereka pejuang yang tak perlu dedak untuk teruskan. Macam kita tidak tahu. Clare dapat dedak. Ada blogger yang dapat gaji RM10 ribu sebulan dari mahathir melalui syarikat tertentu hingga masing-masing berketeta baru.
Jika pejuang cyber protoon tak dapat, sebab mereka adalah standard dedak yang Tun tak rasa mereka layak dibayar.  Ingat Khairuddin dan anina sanggup berkokok macam ayam bulu dicabut sebab apa?
Sebab dedak.
Sebenarnya raja dedak malaysia adalah mahathir.  Setiap kalai mahathir tuduh seseorang sesuatu maknanya dia menutup salahlakunya dengan menuduh seseorang dengan salahlaku yang dia sendiri buat.


Dana politik Mahathir berbillion dan dipercayai kroni dan proksinya telah sediakan berbillion. Shafie Apdal pun sudah dapat beratus.

Dari mererka serang orang dgn tuduh makan dedak, pergi mintak dedak dari mahathir. Hala tuju Mahathir adalah politik kebencian http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/mahathir-menjaja-kebencian-najib-yang.html

Tujuannya untuk kuasa dan harta untuk dibawa masuk kubur seperti piramid Firaun. Polisi lepasnya sudah lapuk dan tidak sesuai untuk dunia hari ini tapi dia bertegas menentang transformasi Najib sebab mahu kekalkan kuasa dna harta kepadanya.

Peliknya dia kata dia mahu bawa reformasi. Ada ke apa-apa polisi dan rancangan ke arah itu dalam Deklarasi Rakyat?

Tiada ... sebab hanya mahu jatuhkan satu lagi Perdana Menteri seperti dilakukan pada masa-masa lepas!!!!

1 comment:

  1. dedak madey direndam dalam wine sbb tu ramai yg suka dan ketagih ..

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.