*GARA-GARA 4 ADUN PKR LOMPAT PARTI AZMIN BUAT "OPS KAWTIM" BAWA SEMUA EXCO KE MESIR*
Gara-gara
desas desus dan juga laporan portal berhubung 4 Adun PKR lompat parti
dan akan menyertai pembentukan kerajaan campuran dari bebas,BN dan PAS
di Negeri Selangor.
Portal
media MalaysiaPropagandaNews melaporkan 4 Adun PKR keluar parti dan
menyebabkan Azmin bakal mengumumkan pembubaran ADUN dalam tempoh
terdekat.
https://malaysiapropagandanews.wordpress.com/2017/04/30/4-adun-pkr-lompat-parti-tubuh-kerajaan-campuran-baru-di-selangor/
Semalam
juga dalam Muktamar PAS ke 63 perwakilan sebulat suara meluluskan
menamatkan Tahaluf Siyasi PAS dan PKR tertakluk kepada Majlis Syura PAS.
Sudah tentu ini membimbangkan Azmin selaku MB Selangor.
Semalam
juga Azmin membawa semua Exconya mengadakan lawatan ke Mesir, Maghribi
dan Jordan. Kononnya atas tujuan bertemu dengan pelajar Selangor di
ketiga-tiga negara tersebut bagi menyampaikan bantuan pendidikan
Kerajaan Negeri Selangor. Melawat pelajar angkut semua Exco?
'Menyelam
sambil minum air' itulah yang Azmin lakukan. Apa dia tak bimbang dengan
krisis kepimpinan Selangor sekarang? Tanpa PAS kerajaan Selangor pasti
runtuh apatah lagi jika ada ADUN-adunnya yang melompat parti.
Azmin
sedang melakukan "OPS KAWTIM" pertama kepada Exco-exconya terutama PAS
yang sekarang goyang. Sekembalinya Azmin dari Mesir maka satu
perjumpaan dengan semua pemimpin PKR negeri Selangor akan diadakan bagi
memujuk pemimpin PKR dan PAS selangor pula. Berapakah agaknya sumber
kewangan yang disediakan oleh Azmin Ali? katanya Ratusan juta Azmin
sediakan untuk menyelamatkan kerajaannya.
Betapa
takut dan rasa cuaknya Azmin Ali sehingga terpaksa "angkut" semua
Exconya malah meminta Shuhaimi Shafiei, Ketua Penerangan PKR Selangor
merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor menjawab dalam media
4 Adun lompat parti itu.
Shuhaimi menyifatkan sebagai khabar angin dan satu propaganda jahat.
Hakikat
sebenarnya Azmin Ali dan para penasihat Azmin sedar apa yang berlaku
di Selangor. Jika tidak ditangani Azmin bakal menjadi MB Selangor paling
singkat berbanding Nizar Jamaluddin bekas MB Perak itu.
Azmin
Ali sentiasa memantau isu yang berlaku dalam negeri Selangor sepanjang
ketiadaannya di Selangor. Ada kemungkinan Azmin turut bertemu dengan
individu tertentu semasa lawatannya bagi membincangkan isu kerajaan
Selangor sekarang.
SPRM
juga dikatakan sedang melihat isu isu yang dilapor terhadap Azmin
berhubung isu Tanah Lot 68054 Paya Indah Wetland milik Gamuda Berhad (
termasuk pendedahan dari udara oleh Jamal Yunos), pembelian SPLASH
selain membangkitkan siasatan kes rasuah lama Azmin dan isternya
Shamsidar Taharin.
Bal;ik lah Azmin ... hadapai nasib kamu. Terus MB atau penjara kerana rasuah?
No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.