Monday 30 January 2017

PAS tuntut siasat Madey, Syed Saddiq guna hujah budak hingus



-------------------------

Mahathir gelabah bila CIA dedahkan kes BMF dan guna hujah CIA nak kenakan dia. Dia juga kemudian guna kenyataan CIA yang sepatut kenakannya untuk guna alasan dia dikatakan tidak terlibat secara langsung.


Memang secara langsung tidak terlibat kerana dia guna nominee, proksi dan letak orang-orang dia untuk buat kerja kotor.

Chairman Bank Bumi ketika itu Nawawi Mat Awin adalah orang dia. Nawawi arah BMF lepaskan pinjaman pada George Tan pada ketika Jalil Ibrahim berada dalam bilik di Regent Hotel Hong Kong. Dia baru talipon jangan lepaskan pinjaman sebelum perbualan terhenti dan dia dibunuh.

Syed Saddiq patut kaji akan inconsistency dan irregularity kes BMF yang mana Lim Kit Siang sendiri pernah tulis suatu ketika dulu.



Syed Saddiq punya kenyataan berikut:


Kenyataan balas ke atas "KETUA PEMUDA PAS WP"
Saya berharap Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff membaca terlebih dahulu laporan CIA dan penyata rasmi parlimen bertarikh 11 Mac 1987 sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang berunsur provokasi.
Kenyataan seperti ini sengaja ingin sabotaj usaha murni untuk menyatupadukan BERSATU & PAS. Saya percaya ia tidak sama sekali mencerminkan budaya politik PAS.


Dimanakah Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan disaat skandal Tan Sri Annuar Musa yang menggunakan duit MARA bagi menaja pasukan The Red Warriors? Dimanakah Ketua Pemuda PAS apabila seramai 40 orang asli ditahan di Gua Musang kerana mempertahankan hak mereka?
(hujah budak-budak Syed Saddiq kah kah kah ....) 
Banyak pihak yang hanya tahu menuduh tanpa menganalisa fakta fakta serta laporan laporan terlebih dahulu demi "kelarisan" cerita yang dirasakan mampu menarik perhatian beberapa pihak yang sememangnya menantikan cerita-cerita yang sebegini. 


Namun, jika kita meneliti laporan agensi CIA yang bertajuk The Bank Bumiputra Scandal: More Trouble Ahead for Malaysia's Mahathir?yang berhalaman 9 muka surat, terdapat beberapa perkara yang saya boleh simpulkan:
1. Laporan agensi CIA tidak menyabitkan mahupun menyatakan YABhg Tun Mahathir terlibat dalam skandal BMF
2. Frasa "circumstancial evidence suggests that the scandal extends to Mahathir's administration" di halaman 3 laporan tersebut dan "thus far no direct links have been established between Mahathir and the corruption at BMF" di halaman 4.
3. Ini membuktikan bahawa tiada bukti jelas penglibatan YABhg Tun Mahathir Mohamad dan korupsi di BMF.
4. Tambahan pula, skandal tersebut berlaku di zaman Tun Hussein Onn, 1979
5. Pada zaman Tun, Tun terpaksa menangani skandal BMF ini bersama sama dengan Tun Daim dengan menjualnya kepada PETRONAS bagi menyelesaikan masalah ini. Pada masa ini juga, segala siasatan dan dakwaan tidak dimasuk campur oleh pihak pihak yang tertentu. Sisatan diselesaikan malah tidak dihalang mahupun diberhentikan seperti skandal 1MDB.  YABhg Tun hanya terpalit secara tidak langsung kerana ini berlaku dalam pentadbiran kerajaan  pada masa tersebut. 


Terdapat jurang perbezaan yang ketara dengan 1MDB kerana;
1. Skandal ini bermula pada tahun 1979-1983 dimana RM 2.3 billion diselewengkan pada masa Tengku Razeleigh Hamzah menjadi Menteri Kewangan (kini: MP Gua Musang), Tun Hussein Onn merupakan Perdana Menteri dan Tun Dr Mahathir sebagai Timbalan dan merangkap sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini bermakna segala keputusan Tun pada waktu ini haruslah melalui dan mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri pada waktu itu. Namun begitu, skandal ini berkesudahan dengan penahanan dan pendakwaan beberapa individu yang terlibat di mahkamah atas tuduhan menipu. Mereka termasuklah bekas Pengarah Eksekutif BBMB, Datuk Hashim Samsudin, bekas Pengerusi BBMB Lorraine Esme Osman dan bekas pengarah gantian BBMB, Dr Rais Saniman
2. Sedangkan, skandal 1MDB baru baru ini dimana lebih RM 2.6 billion diselewengkan dibawah pemerintahan DS Najib Razak yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dimana beliau mempunyai kuasa sepenuhnya terhadap 1MDB tidak didakwa? Siasatan dalam negara dihentikan. Kes ditutup.
3. Ini sangat berbeza jika dibandingkan bagaimana YABhg Tun Mahathir dan DS Najib Razak mengendalikan dua skandal ini.
Malah sebuah Jawatankuasa Penyiasatan Khas (Special Investigation Comittee) telah ditubuhkan dan segala laporan didedahkan kepada orang awam. Akan tetapi skandal 1MDB kerajaan DS Najib Razak tidak menubuhkan sebarang Jawatankuasa Penyiasatan Khas
yang bebas daripada selia kuasa beliau.
4. YABhg Tun Mahathir menyelesaikan skandal ini demi rakyat. DS Najib mencipta skandal demi kepentingan peribadi beliau dan akhirnya menjerat rakyat Malaysia dalam skandal beliau sendiri.
Jika kita mampu mengiktiraf Laporan CIA yang jelas tiada mengemukakan apa apa bukti terhadap YABhg Tun mengapa kita tidak mampu mengiktiraf sama Laporan DOJ yang terang-terangan menunjukkan bukti skandal 1MDB? Adakah Laporan CIA lebih reliable berbanding Laporan DOJ?

Perbandingan ini lebih tepat:
PENJELASAN DI SINI 

Jangan dilupakan pencuri duit kita, Rakyat Malaysia yang diselewengkan sebanyak RM2.6 billion yang belum ditangkap sehingga kini kerana Duit Ini Kita Yang punya dan Malaysia Ini Kita Yang Punya.
Persoalannya, mangapa isu ini dibangkitkan hanya selepas 30 tahun? Biar rakyat yang menilai.
Syed Saddiq
Ketua ARMADA BERSATU


Sesuatu yang salah dan ditimbus kini muncul kembali.  Bukan Najib yang ungkit tapi .... 





... yang ungkit adalah CIA yang bersekongkol dengan Soros mahu jauhkan Malaysia bersama Dr Mahathir.


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.