Tuesday 1 November 2016

Bebal mana spin pasal minyak petrol begini?

Ada makreb sudah spin kenaikkan harga petrol malam tadi seperti berikut:


Sejak Jan 2016 sehingga hari ini harga RON 95 telah diturunkan sebanyak 3 kali,  dan dinaikkan sebanyak 4 kali.....

Perbezaan harga RON 95 sejak Jan 2016 sehingga ke hari ini mengikut harga pasaran terbuka minyak sedunia menunjukkan ada kenaikan sebanyak  0.10 sen shj.

Lihat jadual yg disertakan. T ksh.


Jawapan panjang seperti berikut:

JAWAPAN KEPADA YANG KELIRU MACAMANA HARGA MINYAK DIMALAYSIA DITENTUKAN
Penetapan harga minyak di Malaysia ini kita pakai sistem "manage float"atau apongan terkawal. Purata data bulan ni akan tentukan harga minyak bulan depan. Contohnya, kenaikan harga minyak bulan Nov disebabkan oleh peningkatan dlm cost of production (Brent nak convert jadi Ron97, Ron95 dan diesel).
Rujukan kepada harga brent semata-mata tidak cukup. Pasal ada faktor lain mcm penyusutan nilai ringgit bagi bulan semasa, sila rujuk data di bawah:
Data September (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan Oktober)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD59
Kos produk Ron95 : USD58
Kos produk diesel : USD54
Exchange rate : USD1 = RM4.15
Data Oktober (Data yang menentukan harga petrol dan diesel bulan November)
Brent : USD49
Kos produk Ron97 : USD67
Kos produk Ron95 : USD65
Kos produk diesel : USD63
Exchange rate : USD1 = RM4.25
Peningkatan kos produk tu salah satunya disebabkan oleh excess supply. Fasiliti storage yang tidak cukup juga akan meningkatkan lagi kos produk bulan Oktober berbanding September.

-----------

Negara OPEC pun sudah dijangka naik harga:

UAE fuel prices up again in November - Gulf Business http://gulfbusiness.com/uae-fuel-prices-november/#.WBdI9AM4b7c.twitter


Masih tak faham lagi ke?


RASIONAL HARGA PETROL DIAPONGKAN PENGHUJUNG 2014Oleh Dato' Lokman Adam
Sepertimana yang kita sedia maklum, bila harga minyak dunia turun, kita telah memutuskan untuk mengapongkan harga minyak mengikut sistem apongan terkawal, ini bermakna kita tidak lagi memberikan subsidi untuk Ron 95, mahupun Diesel. Harga purata bulan Oktober akan menjadi harga bulan Nov. Purata maksudnya harga dari 1hb hingga 31hb dibahagi dengan 31 hari. Bukan harga minyak dunia dihujung bulan mengikut pemahaman sesetengah pihak.
Ramai yang masih tidak boleh terima bahawa kita perlu berhenti memberikan subsidi secara pukal dan membantu rakyat melalui pengagihan subsidi kepada kumpulan sasar yang betul.  Subsidi pukal yang diberi sebelum ini bererti orang kaya dan orang miskin menerima nilai subsidi yang sama.  Contohnya pada bulan Julai 2014, setiap liter Ron 95, kita memberikan subsidi sebanyak 63 sen seliter.  Ini bermakna orang kaya dan orang miskin akan menerima nilai subsidi yang sama setiap liter.
Malangnya si kaya menggunakan kuantiti minyak yang jauh lebih banyak berbanding si miskin.  Contohnya si miskin yang menggunakan kereta Kancil, bila mereka mengisi tangki mereka penuh dengan Ron95, jumlah subsidi yang mereka terima hanyalah sekitar RM18.00.  Manakala mereka yang datang dari kelas menengah yang menggunakan Toyota Camry membelanjakan RM150.00 untuk mengisi penuh tangki mereka.  Jumlah subsidi yang terpaksa kerajaan bayar kepada mereka adalah sebanyak RM45.00, ini lebih kurang 3 kali ganda lebih besar dari si miskin tadi.  Adakah ini adil?
Apa jadi pada petani yang hanya ada sebiji Honda Cup yang cuma menggunakan sekitar 3 liter petrol untuk memenuhkan tangki motor mereka.  Subsidi yang dia dapat hanya RM 1.89.  Banyak mana pula subsidi yang diterima oleh mereka yang menggunakan Mercedese, BMW, Land Crusier dan sebagainya? Sudah tentulah, lagi besar tangki mereka dan lagi banyak “petrol consumption” mereka, lagi berat beban subsidi yang terpaksa kerajaan tanggung.
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh kementerian kewangan, kita membelanjakan 70% dari nilai subsidi kita untuk membantu orang kaya, manakala hanya 30% subsidi yang kita berikan dalam bentuk Ron 95 dan Diesel dinikmati oleh rakyat terbanyak.  Itu sebabnya, pemberian subsidi ini perlu kita rasionalkan.
Dalam masa yang sama juga kita perlu sedar bahawa duit yang kita kutip daripada  pembayar cukai sewajarnya di pulangkan kepada rakyat Malaysia. Dibawah sistem subsidi pukal, Warga Indonesia dan Bangladesh yang tinggal di Malaysia juga akan menikmati subsidi hasil dari cukai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.  Malah, setiap hari terutamanya dihujung minggu, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat Malaysia bocor kepada kereta Singapura, diseludup ke Thailand dan Filipina dan tidak kurang juga dijual diperairan antarabangsa.
Subsidi bererti bantuan, pertolongan dan pemberian dari kerajaan kepada rakyatnya. Jika ditanya siapakah yang patut mendapat pertolongan, sudah pastilah pertolongan itu perlu kita utamakan yang susah dahulu sebelum yang senang. Mestilah diberikan kepada rakyat kita, bukan warga asing.





1 comment:

  1. mana jadual kenaikan harga barang sejak harga minyak naik??? nape tak pamerkan??? majoriti rakyat marah bukan semata2 harga minyak naik tapi kesannya terhadap harga barang...adakah harga barang turun jika harga minyak turun???

    ReplyDelete

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.