Snapshot 2016

Thursday, 16 February 2017

Muhyiddin pecat pasal tahu Prof Redzuan spin banci


Muhyiddin yang pecat professor ini. Maknanya dia tahu professor ni tipu banci. Caranya macam-macam dan antaranya manipulasi sampel banci atau dissoal dengan cara pasti akan memberikan jawapan tertentu yang dikehenadaki.

Posting pemecatan adalah pada Julai 2014

http://www.suara.tv/2014/07/05/umcedel-pengurusan-ada-hak-mutlak-tamatkan-kontrak-prof-redzuan/


Read more »
Posted by Snapshot2016 at 2/16/2017 08:45:00 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 15 February 2017

Untung Kit Siang baik dengan Mahathir



Macam real saja ...




Ini sebenarnya.




Ada kata Mahathir sembah pada Kit Siang dan ada kata Mahathir diperguna



Namun demikian ...



Dua-dua .... DAP bakal jadi kecuh.




Ada lagi akan keluar di Johor dan Selangor. Malah Penang pun tidak hairan ada sudah menyampah. Teruslah berkawan dengan Mahathir.




Posted by Snapshot2016 at 2/15/2017 09:07:00 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 14 February 2017

DIkata nak tahu mana dibelanja, tapi lapor hilang?


Tan Sri Shahrir maksudkan mana pergi RM4.3 billion yang menyebabkan bekas Ketua Pengarah Felda yang mahu sabo penyenaraian Felda salor duit sebelum SPRM masuk Felda. 

Felda sudah ada sistem dalaman untuk check hal begini. Mereka berjaya kesan bekas KP yang tidak amanah dan kini sedang diperiksasendiri.  

Sinar Harian yang pusingkan kenyataan

Read more »
Posted by Snapshot2016 at 2/14/2017 10:28:00 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 13 February 2017

Antara sebab Azmin letak jawatan, kes Adam Rusly dan Hilman



Dikatakan berikut:
Dakwaan Azmin tindakan terdesak alih isu Selangor:
http://babe.news/ms-my/read/306823
Ceritanya mudah:


AZMIN TERPAKSA MENIPU UNTUK 'DIVERT' ISU RASUAH PEGAWAI KHAS DAN PROKSINYA ADAM ROSLY DISIASAT SPRM! 
http://captainmgs.blogspot.my/2017/02/azmin-terpaksa-menipu-untuk-divert-isu.html

Dengan Azmin nyawa-nyawa ikan maka Mahathir terpaksa berharap pada DAP. PKR buat tabiat dan pertalian dengan PAS terpaksa digadai.

Bulan April ni PAS kaji balik kerjasama dengan PKR.

Lagi Madey melalak kasi sebulan warning, lagi lama dia kena dikotak katikkan PAS.

UMNO pun jangan dikotak katikkan PAS. RUU tu takde benda.

Kerja dan fokus. Usah dikotak katikkan Twitter Azmin.
Posted by Snapshot2016 at 2/13/2017 08:00:00 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Saturday, 11 February 2017

Minyak zaman Madey lagi tak mampu dari sekarang


Ahli Majlis Tertinggi PPBM dan ahli bisness yang gagal A Kadir Jasin merumuskan bahawa harga petrol di negara kita mahal.

Dia membuat rumusan tersebut kerana dia kata "Mahal murah sesuatu barang bukan pada harganya, tapi kemampuan pengguna. Kemampuan pengguna pula bergantung kepada pendapatan."

Kadir Jasin pula membandingkan harga petrol Malaysia dengan pendapatan penduduk di negara kaya.

"Pendapatan per kapita nominal Singapura 4.9 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Singapura hanya 2.82 kali lebih tinggi daripada di Malaysia.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Australia 4.7 kali lebih tinggi daripada Malaysia, tapi harga minyak di Australia hanya 1.62 kali ganda lebih mahal daripada Malaysia."

Tetapi peliknya Kadir Jasin tidak pula membuat perbandingan dengan negara lain seperti Thailand dan Indonesia di mana harga petrol mereka jauh lebih tinggi walaupun pendaptan per kapita nominalnya lebih rendah berbanding Malaysia.

Walau apapun, penjelesan Kadir Jasin senang difahami. Oleh itu, kita gunakan cara Kadir Jasin untuk membuat perbandingan harga petrol dan kemampuan rakyat dengan zaman Mahathir.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2017 ialah AS$10,878  dan harga minyak dalam dolar Amerika yang perlu dibayar, AS$0.51 seliter.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 1990 ialah AS$2,417 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.42 seliter.

Pendapatan per kapita nominal rakyat Malaysia tahun 2003 pula ialah AS$4,427 dan harga minyak dalam dolar Amerika pada masa itu AS$0.34 seliter.

Maksudnya, pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 3.5 kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.2 kali lebih tinggi.

Pendapatan per kapita nominal rakyat tahun 2017 ialah 1.56.kali lebih tinggi berbanding tahun 1990, tapi harga minyak hari ini hanya 0.48 kali lebih tinggi.

Tambahan pula, petrol tahun 2017 yang merupakan RON95 lebih tinggi mutu berbanding petrol RON92 zaman Mahathir.

Ini jelas menunjukkan harga petrol zaman Mahathir jauh lebih mahal dan membebankan rakyat Malaysia.

Ini ialah kerana selama 22 tahun Mahathir memimpin, walaupun harga minyak dunia murah dan dia tidak memberi apa-apa subsidi tetapi memungut cukai 58.62 setiap liter diatas petrol pula.

Terima kasih A Kadir Jasin kerana jelas membuktikan harga petrol zaman Mahathir mahal, kejam dan membebankan rakyat. Tetapi peliknya ialah pada masa itu, Kadir Jasin tidak pernah mengutuk Mahathir.

Hari ini, harga petrol di Malaysia adalah ke-17 termurah antara 193 negara didunia tetapi pihak pembangkan tidak pula menyebut hal ini tetapi asyik mengunakan isu ini untuk mengutuk kerajaan kerana kehabisan modal dan akal.

Lebih-lebih lagi, harga petrol sekarang jauh lebih mampu dibeli oleh Rakyat Malaysia berbanding dahulu - seperti yang ditunjukkan oleh Kadir Jasin. Ini fakta yang para pembangkang patut mengaku.

---
http://kadirjasin.blogspot.my/2017/02/minyak-banding-harga-ikut-pendapatan.html


Posted by Snapshot2016 at 2/11/2017 07:45:00 pm 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kenapa tak banding dengan kemampuan negara OPEC?


Dec 2014 was the first month where Malaysia started going on a managed float for RON95. It was RM2.26 then or USD0.67 based on exchange rates then.

Compare that to Feb 2017 where it is now RM2.30 or USD0.52.  We can then see that the effects of currency and also low crude prices brought us back roughly to the same price in Ringgit terms.

However, you can see that the vast majority of the countries that were cheaper than Malaysia in Dec 2014 have cut subsidies and have raised their petrol prices by about 30% to 50%.

These major oil production and exporting countries were forced to do so when low crude prices put great pressure on their finances.

As a consequence, Malaysia is one of the very few countries where the price of petrol had dropped in USD terms while the rest have increased - a few by a big margin.

Some countries that were cheaper than Malaysia in 2014 have experienced even bigger changes

Libya dropped off the list since 2014 due to war. Brunei requested for their country to be removed from the list as in the month of March 2016, Malaysia's petrol was actually cheaper than Brunei.

Syria's petrol was USD0.05 per liter in 2014 but it is now USD1.04 while Sudan was USD0.34 but is now USD0.94 per liter. Angola, which was just one spot cheaper than Malaysia in 2014 has seen its price jump from USD0.59 to USD0.95.

On the balance of these vast changes in oil prices and exchange rates and its effect on other countries, it is proven that Malaysia's petrol prices have been fair to the people - despite accusations from Pakatan.
[09/02, 15:59] Dato Eric Lim (LSS): These are the countries whose petrol prices are currently cheaper than Malaysia in the month of February 2017.

1. Venezuela - RM0.04 per litre
2. Saudi Arabia - RM1.06 per litre
3. Turkmenistan - RM1.22 per litre
4. Algeria - RM1.43 per litre
5. Egypt - RM1.46 per litre
6. Kuwait - RM1.51 per litre
7. Iran - RM1.63 per litre
8. Brunei RM1.66 per litre
9. Ecuador - RM1.73 per litre
10. Bahrain - RM1.85 per litre
11. Qatar - RM1.99 per litre
12. Nigeria - RM2.06 per litre
13. Kazakhstan - RM2.06 per litre
14. Sierra Leone  - RM2.19 per litre
15. Oman - RM2.23 per litre
16. UA Emirates - RM2.26 per litre

Malaysia is listed at 17th cheapest in the world at RM2.30 per litre. All the countries that are cheaper than us are mostly big oil producers and exporters whereas Malaysia is now a net importer of oil.

Which country do you want Malaysia to be cheaper than and why?
Posted by Snapshot2016 at 2/11/2017 07:34:00 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Friday, 10 February 2017

Anak menate Mahathir pembekal sparepart mahal Proton

Tan Sri Rahmat Abu Bakar

Projek Kroni Tun Mahathir: Vendor PROTON Yasmin Group Kepunyaan Anak Saudara Tun Mahathir!

■ Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4hb April 1980. Pengasas Yasmin Group Dato’ Paduka Rahmat Abu Bakar memulakan penubuhan syarikat di Alor Star Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

■ Pada tahun 1983 apabila projek KERETA NASIONAL dimulakan, Dato’ Paduka Rahmat melihat peluang dan potensinya pada bidang vendor anti-karat (rust-proofing). Lalu beliau menubuhkan syarikat Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai syarikat pembekal tunggal kepada PROTON di dalam 'anti-rust dan rust-proofing'.
Read more »
Posted by Snapshot2016 at 2/10/2017 10:00:00 am 2 comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 9 February 2017

Macam wartawan cabuk, Tun Faisal tibai AKJ



KADIR DEFENSIF, TAKUT APABILA SKANDAL BMF, FOREX MELIBATKAN TUN M DIBUKA SEMULA

1. Tulisan A. Kadir Jasin bertajuk "Berjaga-jaga ungkit perkara lama" membayangkan sikap defensif dan ketakutannya apabila skandal BMF dan forex melibatkan "boss"nya diungkit dan didedahkan semula.

2. Dalam tulisannya Kadir mengakui bahawa dia merupakan antara wartawan yang paling awal melaporkan 'laporan palsu' dan tersasar berkaitan BMF, mungkin kerana kenaifannya mempercayai kenyataan seorang pegawai BBMB atau mungkin juga kerana mahu melindungi "boss"nya.

3. Kadir juga cuba mengaitkan kes BMF dengan Allahyarham Tun Hussein Onn dan Tengku Razaleigh. Namun Kadir lupa bahawa laporan CIA yang didedahkan sama sekali tidak menyebut bahawa kes BMF mempunyai kaitan dengan Tun Hussein dan Ku Li, sebaliknya tanpa sebarang kesipuan dan secara jelas menyebut bahawa ia mempunyai kaitan dengan Mahathir.

4. Laporan CIA menyebut Mahathir secara jelas mungkin kerana dari segi fakta, penyaluran wang pinjaman ke Kumpulan Carrian dan George Tan terus berlaku setelah Dr Mahathir jadi PM pada tahun 1982 sehinggalah Jalil Ibrahim dibunuh pada tahun 1983.

5. Banyak "cover up" berlaku selepas pembunuhan Jalil dan tiada siasatan secara telus dibuat ke atas BMF sehingga CIA melaporkan dalam laporannya bahawa terdapat kemungkinan pegawai-pegawai Bumiputera yang dipenjarakan telah dikambing hitamkan.

6. Dalam skandal BMF, Jalil Ibrahim dihantar ke Hong Kong kerana terdapat kecelaruan audit.

7. Jalil dibunuh supaya pinjaman yang besar kepada pihak luar dapat diluluskan dengan segera. Perdana Menteri ketika itu adalah Dr. Mahathir.

8. Dalam skandal BMF, siasatan tidak dijalankan secara terbuka dan telus, sedangkan dalam kes 1MDB, audit forensik dilakukan oleh Jabatan Audit Negara dan laporan ini telah diteliti secara lebih mendalam pula oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang turut dianggotai Ahli Parlimen pembangkang.

9. Paling penting, tiada 'bail-out' untuk menyelamatkan 1MDB. Sebaliknya dalam skandal BMF, menurut laporan CIA, nilai yang lesap akibat pinjaman BMF kepada Kumpulan Carrian adalah sebanyak RM2.255 bilion dan jumlah 'bail-out' menggunakan wang Petronas, adalah sebanyak RM2.188 bilion, iaitu RM933 juta untuk membeli saham BBMB dan RM1.255 bilion untuk mengambil alih hutang bermasalah BBMB.

10. Keseluruhan jumlah wang yang 'lesap' adalah RM2.255 (pinjaman kepada Kumpulan Carrian) + RM2.188 ('bail-out' BBMB) = RM4.443 bilion (mungkin sekitar RM17.8 bilion nilai wang semasa).

SKANDAL FOREX

11. Berkaitan skandal forex Bank Negara, Kadir berbohong apabila mengatakan bahawa penglibatan Bank Negara dalam forex adalah untuk mempertahankan nilai ringgit. Hakikatnya, Bank Negara telah menceburkan diri dalam kegiatan spekulasi matawang dengan menggunakan rizab wang bank untuk membuat keuntungan. 

12. Isyarat bahawa Bank Negara akan berspekulasi di pasaran pertukaran wang asing disebut di dalam satu syarahan yang disampaikan oleh Gabenor Bank Negara ketika itu, Tan Sri Jaafar Hussein di Delhi pada tahun 1989 yang menyebut bahawa beliau telah menambahkan dimensi ketiga dan keempat kepada pengurusan rizab Bank Negara, iaitu, mengoptimumkan keuntungan dan membangunkan kemahiran berurus niaga di dalam pasaran wang asing, sedangkan sebelum itu, teras utama pengurusan rizab adalah untuk menjaga dan melindungi nilai Ringgit dan mengekalkan kecairannya di dalam pasaran. 

13. Terdapat juga laporan media ketika itu yang menyebut, pada tahap kemuncaknya, Bank Negara pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 bilion (USD90-100 bilion). Pedagang-pedagang matawang asing Bank Negara amat agresif dan digelar sebagai “market bully". Penglibatan Bank Negara di dalam perjudian pasaran pertukaran wang asing ini telah dikesan oleh bank pusat Amerika dan Gabenornya ketika itu, Alan Greenspan telah menegur dan menggesa Bank Negara agar menghentikan segera perbuatan itu. Kenapa Kadir menyembunyikan cerita ini?

14. Bank Negara telah mengakui bahawa akibat penglibatannya dalam kegiatan spekulasi matawang ini, kerugian yang direkodkan adalah sebanyak AS$10 bilion atau RM44 bilion nilai semasa.

15. Sama seperti skandal BMF, kerugian RM44 bilion ini dalam spekulasi forex ini juga tidak disiasat secara telus dan tidak dibentangkan kepada PAC seperti dalam kes 1MDB. 

16. Dalam skandal BMF sebanyak RM2.255 bilion benar-benar lesap dan RM2.188 bilion 'lesap' dalam konteks wang yang digunakan sebagai 'bail-out', manakala dalam skandal forex Bank Negara, RM44 bilion benar-benar lesap.

17. Mengambil kira jumlah wang yang hilang dan yang 'lesap' kerana digunakan untuk mem'bail-out' skandal BMF dan Forex ketika pemerintahan Dr. Mahathir, iaitu RM61.8 bilion (RM4.44 bilion (skandal BMF) (nilai semasa RM17.8 bilion ) + RM44 bilion (skandal forex)), tidakkah wajar siasatan yang telus dilakukan? Terutamanya apabila skandal-skandal inilah yang telah menjadi punca krisis kewangan tahun 1997-1999 iaitu krisis ekonomi paling buruk dalam sejarah Malaysia yang telah menyebabkan beratus-ratus ribu rakyat hilang pekerjaan dan ramai menjadi papa kedana kerananya?

18. Apa masalahnya sehingga Kadir terlalu takut dan kelam kabut jika "perkara lama" ini disiasat oleh Suruhanjaya Diraja?

Oleh: TUN FAISAL ISMAIL

Posted by Snapshot2016 at 2/09/2017 01:23:00 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 8 February 2017

Kenaikkan barang turut disebabkan peningkatan taraf hidup


Kalau anda nak marah, marahlah. Tetapi ini realiti yang perlu dihadapai.

Menukar kerajaan tidak semestinya membantu kerana pembangkang tidak tahu mengawal dan mereka bersekongkol dengan kegiatan penjenayah yang merosakkan kewangan negara melalu kegiatan penyeludupan, judi haram, dan maksiat.

Program kebajikan rakyat mereka hanya wayang kerana ianya hanya bila nak hampir pilihanraya dan disebalik program itu adalah cara untuk kumpu dana pilihanraya secara haram dengan menyeleweng dana.


Read more »
Posted by Snapshot2016 at 2/08/2017 02:00:00 pm No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Pendatang dapat kedudukan, Orang asal dihalau keluar Penang


Non Penangites talking about Loving Penang , Go to Hell with you . Go back and love Melaka or whatever State you come from.
https://datukhuanpcm.blogspot.my/search?updated-max=2017-02-07T04:25:00%2B08:00&max-results=1

Read more »
Posted by Snapshot2016 at 2/08/2017 08:00:00 am No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Link

Blog Link
Klik untuk ke pautan-pautan

My Blog List

  • SnapShot
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
    5 years ago

SnapShot

Loading...

Blog Archive

  • ▼  2017 (190)
    • ▼  July (7)
      • Yang tuduh orang pencuri adalah Ketua Perompak Negara
      • Nak hina Rosmah, Sultan Brunei dipersenda
      • UNISEL tak setuju dengan penyelesaian kontrak Azmi...
      • Harijadi Dato Najib hari ini
      • "Top Dog" Madey hanya boneka DAP
      • Madey ngaku U turn dan tak takut TAPI awat hantar ...
      • Dato Tengku balun DAP dua kali ..Boboi tak berani
    • ►  June (17)
    • ►  May (41)
    • ►  April (45)
    • ►  March (27)
    • ►  February (31)
    • ►  January (22)
  • ►  2016 (381)
    • ►  December (26)
    • ►  November (40)
    • ►  October (32)
    • ►  September (25)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (36)
    • ►  May (25)
    • ►  April (38)
    • ►  March (47)
    • ►  February (43)
    • ►  January (32)

About Me

My photo
Snapshot2016
View my complete profile

Total Pageviews

Stat Counter

Who Among Us

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.