Snapshot 2016

Tuesday, 3 January 2017

Bahri fahamkah SPRM tak boleh dakwa, Siasatan tak pastikan menang?


Bekas Pegawai SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain dilapurkan mengkritik Peguam Negara kerana kononnya tidak mahu mendakwa Perdana Menteri dalam kes SRC.

Pada pandangan Dato Bahri, kes tersebut mempunyai bukti kukuh dan beliau kesal kerana pendakwaan tidak dibuat oleh pihak Peguam Negara.

Sepertimana yang kita tahu, Peguam Negara telah menyatakan bahawa setelah diteliti dengan mendalam pendakwaan tidak akan dibuat dalam kes ini. 

Saya cuma mahu sentuh tiga perkara dalam kenyataan Datuk Bahri yang pada pandangan saya tidak sepatutnya dibuat oleh beliau.

Pertamanya, ada sebab kenapa fungsi menyiasat, mendakwa dan menghukum diasingkan dalam sistem perundangan kita. Tujuannya ialah untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.

Sistem perundangan kita sekarang memisahkannya kepada tiga pihak. Kuasa menyiasat diberikan kepada pihak penyiasat seperti Polis dan SPRM. Kuasa mendakwa diberikan kepada Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan kepada hakim atau mahkamah. Ini dibuat supaya ada elemen "Check and balance" atau "semak dan imbang" dalam sistem perundangan bagi mengelak mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk menganiaya. 

Maknanya kalau pihak penyiasat mempunyai niat untuk menganiaya orang yang disiasat, maka pihak yang mendakwa boleh menghalang niat tidak baik itu. Kalau pihak penyiasat dan pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya orang yang disiasat dengan mendakwa orang yang disiasat itu, maka pihak mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang kepada niat buruk mereka itu. Itulah tujuan kenapa kuasa menyiasat, kuasa mendakwa dan kuasa menghukum itu diasingkan oleh sistem perundangan kita.

Kalau kuasa-kuasa ini tidak diasingkan, amat senang untuk menganiaya seseorang yang tidak berdosa.

Keduanya saya ingin sentuh mengenai anggapan Dato Bahri bahawa pandangan beliau dalam kes SRC semestinya benar dan pandangan Peguam Negara itu salah. Hanya kerana Peguam Negara tidak bersetuju dengan rumusan beliau, tidak bermakna Peguam Negara telah melakukan kesalahan dan tidak mempunyai integriti. Saya bagi satu contoh dalam konteks kes yang dihadapkan ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.

Jika seorang yang dituduh dibebaskan oleh mana-mana mahkamah dan pihak pendakwa tidak berpuas hati dan membawa kes itu ke mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan, kes itu selalunya diadili oleh tiga atau lima orang hakim secara serentak.

Hakim-hakim yang bijaksana ini kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap fakta-fakta kes yang sama yang dihujah oleh pihak pendakwa dan pihak pembela dalam mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan. Ada masanya keputusan mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan ialah dua satu (2-1) atau tiga dua (3-2).

Kenapa mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam menghakimi kes yang sama? Patutkah kita melemparkan tuduhan bahawa hakim yang tidak bersetuju itu adalah seorang hakim yang telah dibeli atau hakim yang tidak ada integriti? Sudah tentu tidak. Kita terima dan redho dengan keputusan mahkamah seadanya.

Jadi kalau begitu, kenapa Dato Bahri merasakan pandangan beliau terhadap kes SRC itu yang betul dan pandangan Peguam Negara terhadap fakta kes yang sama adalah salah? Kalau hakim-hakim mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan, yang kita anggap bijaksana dan terhormat, boleh mempunyai pandangan berbeza keatas kes yang sama, kenapa pula kita mahu mempertikaikan pandangan berbeza dari Peguam Negara terhadap kes yang sama?

Ketiganya, saya pernah dimaklumkan semasa saya menjadi ahli Jawatankuasa SPRM Mengenai Rasuah dahulu bahawa banyak juga kes-kes yang disiasat oleh SPRM tidak dituduh di mahkamah oleh Peguam Negara atas berbagai sebab. Antaranya ialah kerana tidak cukup bukti, penyiasatan yang gopoh dan ketiadaan merit untuk pendakwaan.

Kenapa dalam kes-kes tersebut, Dato Bahri tidak bangkitkan ketidakpuasan hati beliau secara terbuka? Kenapa hanya dalam kes yang membabitkan Perdana Menteri yang diungkit?

Hakikatnya kes SRC bukanlah satu-satunya yang tidak didakwa oleh Peguam Negara. Puluhan, malahan ratusan kes yang telah disiasat oleh SPRM dan BPR (Biro Pencengahan Rasuah iaitu agensi anti rasuah sebelum SPRM ditubuhkan) tidak didakwa oleh Peguam Negara atas sebab-sebab tertentu walaupun SPRM merasakan boleh sabit kesalahan. Kita tidak dengar pun Dato Bahri memberikan kenyataan "menghina dan memperlekeh" Peguam Negara!

Akhir sekali, saya berpandangan walaupun SPRM adalah satu agensi kerajaan yang penting dan perlu didokong, saya juga berpandangan bahawa SPRM tidak boleh beroperasi tanpa elemen "semak dan imbang".

Inilah penyakit yang telan menimpa BPR dahulu. Oleh kerana persepsi rakyat pada waktu itu bahawa BPR adalah agensi yang korup, boleh diperkudakan untuk kepentingan politik oleh sesetengah pihak dan boleh menyalahgunakan kuasa mereka, maka gandingan kepimpinan Pak Lah/ Najib telah menubuhkan agensi baru iaitu SPRM dengan sistem "semak dan imbang" yang lebih berkesan dalam bentuk beberapa jawatankuasa yang diperuntukan dalam Akta SPRM. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dibentuk untuk mengelak SPRM dari persepsi negatif yang telah melanda BPR sebelum ini.

Kita tidak mahu mana-mana agensi penyiasat boleh beroperasi tanpa ada sistem "check and balance" dari pihak lain, kerana dikhuatiri akan ada pegawai penyiasat yang tergamak menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan sendiri.

Jadinya, isu yang lebih besar yang perlu kita fikirkan ialah kalau bukan Peguam Negara, siapa lagi yang boleh kita pertanggunjawabkan untuk "semak dan imbang" kuasa pihak penyiasat supaya tidak ada orang yang teraniaya?

Saya pernah bekerjasama rapat dengan SPRM sebelum ini. Saya mengenali ramai pegawai atasan SPRM. Saya boleh nyatakan majoriti pegawai SPRM amat berintegriti dan bertugas  siang dan malam tanpa ada kepentingan persendirian. Mereka juga maklum dan memahami betapa penting konsep "semak dan imbang" ini. Ianya mungkin tidak seratus peratus sempurna namun inilah sistem yang terbaik bagi mengelak SPRM dari nasib yang menimpa BPR sebelum ini.  


Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional
Putrajaya 

3hb Januari 2017



Posted by Snapshot2016 at 1/03/2017 08:59:00 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. Anonymous6 Jan 2017, 00:55:00

    Belum pernah tengok game bola ..pengadil ditukar atau linesmen ditukar.
    Ada juga pengadil berat sebelah. Pengadil yang kena baling mercun pun ada.Kalau nak tahu mutu pengadilan kena tanya marshall perlawanan. Kalau nak tau punca insiden pergaduhan dalam padang pun kena minta pandangan marshall.

    Marshall bukan penonton biasa....marshall buat kerja penelitian perlawanan.Sepanjang perlawanan marshall tahu siapa curi ayam, berapa kali gawang gol dibolosi, brapa kali foul......,, bla,bla,bla.............................dan sampai seorang player tu lari berapa kilometer sepanjang perlawanan pun marshall akan kira.

    Dieropah selain marshall sediada ..... terdapat juga marshall berlesen yang independence bekerja sendiri atas kepentingan maklumat yang berharga. Sehingga penilaian aksi pemain berkemahiran atau tidak dinilai secara merit.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Link

Blog Link
Klik untuk ke pautan-pautan

My Blog List

  • SnapShot
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
    4 years ago

SnapShot

Loading...

Blog Archive

  • ▼  2017 (190)
    • ►  July (7)
    • ►  June (17)
    • ►  May (41)
    • ►  April (45)
    • ►  March (27)
    • ►  February (31)
    • ▼  January (22)
      • PAS tuntut siasat Madey, Syed Saddiq guna hujah bu...
      • Pertahan Mahathir ... Kit Siang U Turn juga
      • Lim Kit Siang buang tabiat atau DAP nak mati?
      • Ini pun pencemaran alam sekitar, Eli Wong!
      • IGP beri amaran jangan ambil tindakan sendiri
      • Masa Jamal raid pusat judi ... Azmin Zuraidah dan ...
      • U-turn Mahathir mengenai TPM tak meyakinkan
      • Najib dengar anak muda, Mahathir mahu dengar cakap...
      • Bila Tuanku murka, mencicit Ketua Armada kencingka...
      • Mengulas ucapan penuh pembohongan Mahathir
      • Bila yang DAP tidak anti Melayu, Islam?
      • Melayu first, UMNO totok takut pada Dong Zong
      • Adenan disayangi penyokong, dihormati lawan
      • Mahathir's FDI is old manufacturing model
      • Lepas kencingkan Anina, kini DAP kencingkan Muhyiddin
      • Mabrur kah haji Mahathir?
      • Lancau lu, PANteqlah Raja Bahrin!
      • Bila Ezam akan serah kotak-kotak salahlaku Selangor?
      • Soroskini pedajal SPRM sebab Bahri si-pencacai Sor...
      • Bahri fahamkah SPRM tak boleh dakwa, Siasatan tak ...
      • Walau bergelar Ezam KATAK, masih auta KOTAK lagi
      • Tak habis-habis rasuah, fitnah, Tapi kerja pembang...
  • ►  2016 (381)
    • ►  December (26)
    • ►  November (40)
    • ►  October (32)
    • ►  September (25)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (36)
    • ►  May (25)
    • ►  April (38)
    • ►  March (47)
    • ►  February (43)
    • ►  January (32)

About Me

My photo
Snapshot2016
View my complete profile

Total Pageviews

Stat Counter

Who Among Us

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.