Sunday, 9 October 2016

Shafie patut laporan terhadap blog fitnah


Dulu Shafie cabar Dato Najib saman US government, kini sediakah dia berani buat laporan polis, SPRM dan MCMC?

Tiada  siapa menuduh tetapi dalam ulasan Snapshot http://theunspinners.blogspot.my/2016/10/shafie-tidak-dituduh-tapi-kenapa-gelabah.html, Shafie kelihatan gelabah. Mana tidak, ahli-ahli PPBM dan penyokong Shafie kelihatan tak sabar untuk menuduh Dato Anifah Aman.



It was started by a pro-Shafie Apdal blog and the mastermind behind this attempt was exposed by another Sabah blog, Anti Fitnah Sabah as Shafie's Strategic Communication Director, Ismail Bungsy.  

The blog, https://jalinluin.wordpress.com was responding to public accusation made against Dato Shafie Apdal by recklessly accusing the Sabah Water Director is UMNO Kimanis Division Treasurer here.

It is found out that the Suluk sounding name, Jalin Luin is a Shafie diehard and openly proclaimed his allegiance on his blog on blogspot:


 
Without checking any further, PPBM activist and Mahathir staunch supporter, Dato Hamidah Osman and her sister, Hamizura promoted the fraudulent blog posting.
Sepenuh di http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2016/10/why-shafie-people-and-ppbm-implicate.html
Padahal tak lojik Menteri Luar Negara dituduh terlibat dengan rasuah projek air yang tiada kena mengena dengan Kementerian pimpinannya. 

Eloklah Shafie membuat laporan kepada MCMC terhadap blogger Jalin Ulin yang membuat fitnah tersebut dan juga blog Captain M yang menuduhnya. Antara tuduhan yang dibuat terhadap Shafie adalah berikut:



Rasuah dari dana Bekalan Air Luar Bandar (BALB)?
SPRM menyebut rasuah adalah dari projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 billion sejak tahun 2010. Semakan menunjukkan dana terbesar adalah dari peruntukan kerajaan Persekutuan yang disalurkan daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). Ia diakui sendiri oleh Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah bahawa Kementeriannya tidak terlibat.
Untuk rekod, peruntukan yang diberikan kepada KKLW pada RMK9 ialah RM17.59 bilion, RM28.4 bilion pada RMK10 dan RMK11, KKLW mencadangkan peruntukan sebanyak RM49.47 bilion untuk melaksanakan pembangunan di luar bandar.
Dato’ Seri Shafie Apdal adalah Menteri KKLW dari 2009 hingga 2015. Di bawah projek NKRA Luar Bandar KKLW menerima peruntukan terbesar menghampiri RM17 bilion. Projek NKRA 2010 hingga 2013 perlu diselesaikan untuk mengejar KPI. 
Disinilah kunci kepada Rasuah itu bermula dengan jumlah yang besar dan bagaimana Pengarah, Timbalan Pengarah dan beberapa Pegawai Utama Kerajaan terlibat termasuk Menteri KKLW yang menyalurkan peruntukan KKLW kepada Jabatan Air Negeri Sabah. 
Umum mengetahui tahun 2008 PM ketika itu Abdullah Ahmad Badawi telah melantik anak tempatan pertama iaitu Datuk Yusof Sarangit sebagai Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah bagi menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap keupayaan mereka memikul tanggungjawab berat bagi jawatan yang disandang.
Pelantikan Yusof Sarangit selain rahmat tetapi juga mimpi ngeri buat Kerajaan Negeri kerana khususnya YAB Dato’ Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri Sabah dan Menteri Kewangan. Peruntukan Persekutuan tidak disalur terus kepada Kerajaan Negeri tetapi melalui Perbendaharan Malaysia Sabah selain Kementerian Kewangan. Yusof Sarangit, Shafie Apdal dan para Pengarah agensi serta jabatan di negeri bersekongkol sesama mereka. Dari peringkat iklan tender, penilaian tender, hinggalah keputusan tender. Musa Aman hanya berkuasa pada peruntukan Kerajaan Negeri sahaja.
Sekitar tahun 2011 kita pernah mendengar perbalahan dan perseteruan Musa Aman dengan Shafie Apdal hingga tahap semua Pegawai Daerah dihalang untuk menerima serta melaksanakan projek di bawah Kementerian Luar Bandar. Shafie Apdal pula yang galak sebagai Naib Presiden UMNO ketika itu menyelar Musa Aman. Perang mulut berlarutan Malah Shafie Apdal menggerakkan Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Cawangan Negeri Sabah KKLW dan mana-mana agensinya seperti Felcra dan Risda untuk melaksanakan Projek KKLW di Negeri Sabah.
SHAFIE APDAL MENGGUNAKAN KUASA MENTERINYA
Shafie Apdal sedar jika dia mahu menggunakan menguasai dana peruntukan yang dia salurkan dia perlu menggunakan kuasanya. Iaitu
i) Kuasa Menteri sejajar dengan Akta Fungsi Menteri 1969 (Akta 2) yang jelas memperuntukkan kuasa Menteri ( Fungsi & Tugasnya) - Juga mengadakan peruntukan harta, hak atau tanggungan di nikmati atau dilakukan. Atau apa sahaja Rang Undang-undang baru di Kementeriannya selagi tidak bertentangan Perlembagaan Negara.
ii) Akta Kontrak 1949 ( Pindaan 1973) memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan bagi Kementerian-kementerian menandatangani kontrak dan juga memberi kuasa kepada Menteri-menteri berkenaan menurunkan kuasa kepada Pegawai Kerajaan untuk menandatangani kontrak bagi pihak Kerajaan.
 
Sepenuhnya di http://captainmgs.blogspot.my/2016/10/mengejutkan-shafie-apdal-yusof-sarangit.html

Elok buat laporan supaya boleh agensi terlibat siasat dan buat kes terhadap blog fitnah ini.




No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.