Monday, 27 June 2016

Susunan baru kabinet


Penyusunan semula jawatan Menteri dan Timbalan Menteri

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Kiong

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Datuk Abdul Rahman Dahlan

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Tan Sri Noh Omar

Menteri Kewangan Kedua
Datuk Johari Ghani

Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Othman Aziz


Friday, 24 June 2016

Betul atau auta SPRM sekongkol dengan Rafizi?


Tidak lama selepas dilaporkan perletakkan jawatan Tan Sri Abu Kassim, ia bagai terancang untuk Msiakini membuat laporan putarbelit yang seolah bersekongkol dengan pihak tertentu untuk bunuh kerjaya salah satu calun luar SPRM yang mahu ganti Abu.

Baca di Snapshot http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/mkini-sekongkol-mahu-orang-tertentu.html


Juga terancang untuk President TI-M yang merupakan pensyarat IPTS condong pembangkang menyuarakan SPRM yang bebas.

Thursday, 23 June 2016

Konon kata pengundi kebendaan tapi Rafizi kasi beras


Pengundi ada penyakit kebendaan antara punca PAN/PH kalah PRK Kuala Kangsar dan Sg Besar ... Rafizi Ramli .

Maksudnya pengundi dibeli hati mereka dengan kebendaan.

UNISEL bakal tiada wang untuk bayar gaji staf macam KUIN dulu


Sepatutnya masaalah UNiSEL yang dahulu telah selesai bawah MB baru yang disanjung sebagai hebat oleh Tun Dr Mahathir http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/unisel-masih-bermasaalah.html

UNISEL masih ada masaalah kewangan. Tunggu masa UNISEL tiada duit untuk bayar gaji staf.

Baca mesej berikut:

Wednesday, 22 June 2016

IDEAS usah komen mengenai Austima jika hanya niat politik


Kumpulan orang muda yang kononnya "think tank" mahu komen mengenai masaalah ibubapa yang punya anak Autisma, tapi malangnya a mendedahkan kecetakkan dan "ignorance" mereka dalam permasaalahan Autisma.

Malah masaalah yang mereka timbulkan melibatkan masaalah lebih besar dan tepat mengenai sistem kebajikan ("welfare") dalam negara. Baca http://theunspinners.blogspot.my/2016/06/ideas-komen-kosong-kenapa-diam-ketika.html

Inilah budak muda yang perasan pandai tapi terlindung disebalik usaha IDEAS adalah kepentingan dan ego masing-masing.

Cuba jangan memandai dan tunjuk pandai dalam hal kebajikan bila kecondongan kamu hanya politik dan business ...

KUALA LUMPUR: An Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) study found that some parents had to rely on family members or had to quit their jobs in order to ferry their child to and from its centre. Logistics alone can contribute to higher expenditure for these parents, as parents have to bear toll and petrol costs. But they cannot run away from it because there are no similar centres near where they live.

The financial strain on parents with autistic children is often overlooked despite it being a complex issue, said IDEAS in a statement.

“We found that parents had to struggle with other financial responsibilities,” said IDEAS Chief Executive Wan Saiful Wan Jan. “At least 57 per cent of the parents we interviewed had to pay rent for their houses with 73 per cent of parents having three or more individuals to care for in their household.”

“The parents also stated that the RM150 financial assistance given by the Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) was woefully inadequate. In fact, many parents were not even aware of the​ assistance provided,​.”

​​​However, he added, as a result of enrolling children at the IDEAS Autism Centre, four of the parents were able to find employment while two others found part-time or volunteer work. “That’s because we provide full time care and not just for half a day.”

“We are happy to learn that by sending their child to us, parents have the opportunity to work in order to try to escape from the urban poverty trap. Being able to work is really important because otherwise they will be trapped in the same circumstances forever.”

Sepenuh di FMT http://www.freemalaysiatoday.com/category/highlight/2016/06/21/ideas-financial-strain-on-parents-with-autistic-kids-overlooked/

Hairan FMT perlu nak lapor paper syok sendiri yang begitu cetek pemahaman. Adakah niat untuk perbodohkan dan perleccehkan program Permata?

Tuesday, 21 June 2016

Adakah Zuraidah Ampang menunggu untuk dicekup SPRM?


Ramai pengundi cina mulai sedar pembangkang yang kuat menuduh dan mendedah salahlaku rasuah pemimpin BN, akhirnya tidak serupa bikin. 

Jika Lim Guan Eng sedang kepanasan di Pulau Pinang, Mike Klang sudah disiasat menunggu dakwa, PRU14 menimbulkan isu lama yang pernah didedahkan sebelum PRU13 suatu masa dahulu tapi tidak mendapat perhatian:
Pada 10 April 2015, gaji ahli parlimen di Malaysia telah naik dari RM11,000 ke RM16,000. Turut menikmati kenaikan ini adalah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang.

Gaji Zuraida adalah RM16,000 sebulan tetapi mampu memiliki 9 kenderaan. Berapa anggaran nilai kenderaan Zuraida?
1) Mercedes Benz S280 –
     Nilai 85,000 Sebulan (7 thn) RM1,011
2) Toyota Vellfire
     Nilai 300,000 Sebulan (7 thn) RM3,571
3) Mercedez Benz C200
     Nilai 248,000 Sebulan (7 thn) RM2,952
4) Toyota Fortuner 2.5G
     Nilai 180,000 Sebulan (7 thn) RM2,142
5) Honda Civic Hybrid
     Nilai 80,000 Sebulan (7 thn) RM952
6) Demak Ex90
     Nilai RM1,800
7) Toyota Hilux 3.0 G
     Nilai 100,000 Sebulan (7 thn) RM1,190
8) Toyota Hilux 2.5
     Nilai 90,000 Sebulan (7 thn) RM1,071
9) Volvo XC90 2.5
     Nilai 320,000 Sebulan (7 thn) RM3,809
    Jika bank kenakan 3.5% maka akan jadi
     RM17,286 sebulan
Komitmen untuk kenderaan sahaja sudah RM17,286 sebulan. Lebih RM1,286 daripada gajinya sebagai ahli parlimen.

Zuraida tinggal di Ampang, anggaran harga rumah di Ampang adalah antara RM800,000 – RM1,500,000. Andaikanlah rumah itu hanya berharga paling minima RM800,000.

Dengan faedah bank sebanyak 5%, dengan pinjaman 25 tahun maka jumlah komitmen bulanan untuk rumah sahaja adalah RM2,800 sebulan.

Zuraida mempunyai pemandu dan pembantu rumah. Anggaran sebulan adalah RM1,500 untuk pemandu dan RM1,000 untuk pembantu rumah.

Zuraida juga punyai komitmen lain untuk saraan anak dan keluarga, anggarkan ianya berjumlah RM2,000 sebulan untuk uruskan nafkah anak, tuisyen, pakaian dan lain lain.

Zuraida juga mesti perlu membayar langganan Astro (family pack) sekurang kurang RM150 sebulan. Telefon bimbit (dianggar dua) RM300 sebulan. Belum masuk insurans untuknya dan keluarga, sekurang kurangnya RM800 sebulan. Bil air, elektrik rumah dianggar cecah RM500 sebulan.
Zuraida juga punyai pejabat ahli parlimen di Ampang, sekurang kurangnya sewanya RM1,500 sebulan. Bil air dan elektrik pejabat mungkin cecah RM300 sebulan.

Jadi berapa jumlah semua komitmen Zuraida sebulan?

Baca seterus di TV14 http://www.tv14.my/2016/06/21/pendapatan-sebulan-zuraida-adalah-rm34536-sebulan/


Monday, 20 June 2016

Din Ayub mahu bawa PAS ke PH sebelum Tun M lari ke luar negara?


Amanah ajak Pas bersama Pakatan Harapan

KUALA KANGSAR - Pakatan Harapan  mahu mempelawa Pas kembali ke meja rundingan demi kebaikan bersama.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, kekalahan partinya di PRK Kerusi Parlimen Kuala Kangsar adalah signal di mana rakyat mahukan  gabungan parti pembangkang kembali utuh.

"Masih ada masa untuk perbaiki. Kita akan buat kajian semula mengenai keputusan ini.

“Kita selalu terbuka untuk buat perbincangan dengan Pas dan dari dulu lagi kita sememangnya sudah ke arah itu,” katanya.

Saturday, 18 June 2016

Tun gagal, Calun BN menang penuh Ohsem





Tak membantu pun turun ke Sg Besar dan Kuale. Bukankah elok duduk rumah mengaji dan berzikir dari mengeluarkan kata kesat, fitnah dan bohong serta melakukan kebinasaan ketika berpuasa?

Syukur Allah tunjukkan kebenaran...

Video sahkan PAN macai DAP

video

Wednesday, 15 June 2016

Kepondanan YB dari Pandan


Video Rafizi takut kata depan-depan!


Lihat video rafizi datang dan terus mencecet lari naik ke atas tingkat dua masuk pejabat Amanah.

Amanah tempatan tolak calun di Sungai Besar

AHLI Parti Amanah Negara, Mohd Sapigni Tulus (tengah) mengadakan sidang media supaya pengundi di Parlimen Sungai Besar menolak calon Parti Amanah Negara, Azhar Abdul Shukur bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar di Sungai Haji Dorani Resort. - Foto Asyraf Hamzah

Ahli Parti Amanah Negara sokong Budiman di Sungai Besar

Oleh Hazwan Faisal Mohamad
hazwanfaisal@bh.com.my

SUNGAI BESAR: Seramai 32 ahli Parti Amanah Negara cawangan Sungai Besar beralih arah menyatakan sokongan secara terbuka kepada calon Barisan Nasional (BN), Budiman Mohd Zohdi selepas hilang kepercayaan kepada calon parti itu.


Tuesday, 14 June 2016

Susah nak percaya tapi kenapa tiada penafian


Sudah mahu dipercaya bila TSMY dilihat berimej seorang Imam.


Mempunyai issteri yang baik

Pendedahan RPK di http://www.malaysia-today.net/did-mahathir-tell-hadi-about-muhyiddins-affair/ mendedahkan nama seorang bernama Nika Gee Siew Yee. Gambar berikut diperolehi di Internet:


Jangan ikut pembangkang main maki hamun dan fitnah

FOKUS BERKEMPEN SECARA BERHEMAH-AHMAD MASLAN


Pengerusi Biro Teknologi Maklumat UMNO Datuk Ahmad Maslan menegaskan bahawa Kempen Media Sosial yang diterajui Biro Teknologi Maklumat UMNO adalah bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan perkara sebenar kepada rakyat. Menggunakan aplikasi Facebook, WhatsApp, Telegram dan Twitter di Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, Kempen Media Sosial itu memberi fokus kepada pengundi muda di kedua-dua kawasan.
"Kami bukan pemfitnah di alam maya."

Saturday, 11 June 2016

Tun M mengulang cerita basi... sah nyanyuk


DAP hari ini dikecewakan Mahathir bila bekas ahli UMNO itu datang membantu kempen PAN di pilihanraya kecil Sg Besar dengan cerita-cerita basi yang SEMUANYA telah dijawab kepimpinan kerajaan sedia ada.

Friday, 10 June 2016

Azmin projek tadahan air untuk petani padi: Calun PAN dan PAS sila jawab


Oleh Mohd Zaid Awang (Selangor)

SUNGAI BESAR, 9 JUN (Malaysiaaktif) – Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor, Tan Sri Noh Omar, mendakwa kerajaan Negeri Selangor telah menghalang dengan pelbagai cara projek kolam tadahan air semasa beliau menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dahulu yang menelan kos RM26 juta bertujuan mengairi sawah sekiranya menghadapi masalah air semasa musim kemarau.

“Kerajaan Selangor cuba menghalang projek tersebut malah kementerian telah didenda hampir RM1 juta seperti gagal mendapatkan kebenaran (RM680 ribu), denda menebang pokok (RM100 ribu) dan jentera juga telah disita (RM150 ribu), namun kementerian membayar kerana memikirkan projek tersebut perlu diteruskan untuk kepentingan petani di Sungai Besar”, jelasnya semasa Majlis Perjumpaan Usahawan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) di Balai Raya Kampung Batu 23 Sungai Nibong di sini petang tadi.

Noh turut menempelak kerajaan Selangor yang konon mengamalkan negeri berkebajikan tapi program untuk rakyat dihalang oleh mereka.

“Sekarang projek telah siap tetapi kerajaan negeri telah meminta MOA bayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) sebanyak RM64 ribu setahun sejak empat tahun lalu walaupun projek tersebut untuk kebajikan rakyat dan petani di kawasan ini,” tambahnya.



– SF

Thursday, 9 June 2016

DAP yang sebenar panggil Cina Babi!



Khalid Samad menafikan Amanah meletakkan billboard provokasi panggil cina babi. Kononnya Amanah tak mampu letak billboard begitu. Alahai ... jika benar billboard itu tidak diletakkan Amanah, gunalah alasan lain.

Cepat sangat Khalid tuduh Special Branch atau Perkasa. Siapa tahu apa SB buat dan mereka tak mungkin akan beri kenyataan menafikan atau mengiyakan maka mudah main tuduh.


Wednesday, 8 June 2016

Jawapan pada fitnah Rafizi yg cemar bulan Ramadan yg mulia


JAWAPAN KEPADA ISU PENGGUNAAN JET OLEH DATIN SRI ROSMAH MANSOR

Merujuk kepada ‘pertanyaan’ YB Rafizi Ramli tentang penggunaan pesawat peribadi oleh Isteri Perdana Menteri, perlu difahami bahawa kehadiran beliau di Istanbul, Turki adalah bagi menerima anugerah “3G Children Welfare Award” bagi pihak Permata Negara di dalam Majlis Global Good Governance Award 2016.

‘Pendedahan’ ini bersifat jahat kerana beliau cuba memesongkan pandangan rakyat bahawa Isteri Perdana Menteri sedang melakukan suatu pembaziran. Tuduhan ini jelas merupakan suatu fitnah apabila mengatakan lawatan ini bersifat bermewah-mewah. Isteri Perdana Menteri menempuh perjalanan hampir 13 jam ke Istanbul hanya untuk menerima anugerah dan menyampaikan ucapan. Beliau bergegas pulang selepas majlis tersebut kerana perlu menghadiri Mesyuarat Agong Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mana mungkin Datin Paduka Seri Rosmah dapat menghadiri semua acara-acara penting sekiranya mengikuti jadual penerbangan pesawat komersil.



Tuesday, 7 June 2016

Tun M dicabar ulang tuduhan 1MDB terhadap Najib di PRK


Tun Dr. Mahathir Mohamad dicabar untuk mengulangi tuduhan tidak berasasnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu kini terpaksa mengitar semula dakwaan yang cuba mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Monday, 6 June 2016

PAS bantu naikkan Azmin tapi dia peluk Mat Sabu


SG BESAR menyaksikan PAS ‘kena’ kiri dan kanan.  Dikhianati parti serpihan tajaan DAP nama PAN, Azmin yang PAS sokong untuk jadi Menteri Besar 2 tahun lepas, tidak menyokong PAS dalam kempen pilihanraya kecil Sg Besar tapi sokong PAN.

Jasa PAS menyokong Azmin jadi Menteri Besar dulu, nampaknya langsung tak dikenang, elok macam itu saja Azmin sokong PAN.


Kempen Budi cuba tarik perhatian orang muda


Isu Iddah, kemudian kata orang luar, akhirnya kata paksa tanding


Calon Barisan Nasional (BN) Datin Mastura Mohd Yazid berkata beliau akan meneruskan perjuangan suaminya Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad bagi membela penduduk Kuala Kangsar, selain meneruskan agenda pembangunan yang dirancang sebelum ini.
 
Sekali pun ditohmah dengan pelbagai fitnah dalam laman sosial kerana menjadi calon BN sedangkan masih dalam tempoh edah berikutan kematian suaminya, Mastura yakin pengundi kawasan itu bijak menilai dirinya.
 
video
 

Sunday, 5 June 2016

Selamat menyambut Ramadhan



Izad antara gila atau dibayar jadi calun bakul sampah?

Calun sudah terbabas
Ada terbaca komen seorang rakan yang memuja usaha Izad Bukhary untuk cuba menyampaikan suatu mesej sosial melalui bertanding di Pengkalan Kubor ketika PRU13. Dia kalah dan hanya berjaya dapat 65 undi.

Sebaik ADUN Pengkalan Kubur meninggal dunia, dia mencuba lagi dan hanya dapat 38 undi. Entah apa mesej yang berjaya capai kali itu?


Saturday, 4 June 2016

Kamelia kempen untuk Hamidah?


Saya sokong calon wanita, tetapi Mastura tak sesuai – Kamilia

| June 4, 2016 
Kamilia berpendapat, ramai pemimpin dalam Wanita dan Puteri UMNO Perak yang lebih layak untuk dicalonkan pada PRK Kuala Kangsar.

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim menyifatkan tindakan parti itu menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di PRK Parlimen Kuala Kangsar sebagai langkah yang silap dan hanya mengundang sabotaj kepada kempen BN.

Beliau menjangkakan pencalonan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bakal mengundang perpecahan di dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar memandangkan bukan semua pihak yang menyenanginya.

“Walaupun dahulu UMNO kata inginkan calon lelaki bagi menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz, saya mengalu-alukan pemilihan calon wanita pada PRK kali ini.

“Tetapi Mastura bukanlah orang yang sesuai. Kedudukannya sebagai balu bekas ahli Parlimen bukanlah sebab yang cukup untuk mewakili rakyat Kuala Kangsar,” katanya dalam wawancara bersama FMT.

Sepenuh di FMT

-------------------------------

Rupanya komen ini bertujuan tertentu:

Petikan dari laporan FMT di SINI

......“Begitu juga faktor calon yang tidak dipersetujui semua, selain perpecahan dalaman UMNO Kuala Kangsar akibat perbalahan sesama sendiri,” katanya dalam wawancara bersama FMT semalam.

Kamilia yang juga bekas ketua Wanita UMNO Kuala Kangsar berkata isu 1MDB dan RM2.6 bilion juga mungkin mampu menyebabkan pengundi luar yang biasanya tidak mengundi dalam PRK – yang cenderung menyokong pembangkang, pulang untuk menunjukkan suara mereka.

Bekas senator yang 30 tahun menjadi ahli UMNO itu dipecat pada 2013, selepas mengambil tindakan nekad bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13 sebagai tanda protes kepada kepimpinan tertinggi UMNO.

Sementara itu, Kamilia menyambut baik spekulasi yang menyatakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir mungkin ‘menaja’ bekas ketua Wanita UMNO Gopeng Datuk Hamidah Osman yang dipecat tahun lalu untuk turut bertanding sebagai calon bebas.

Beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penentangan Mahathir terhadap Najib sudah bersifat terlalu peribadi.

“Saya percaya apa yang beliau lakukan adalah perjuangan. Ramai orang lupa kalimah ‘perjuangan’ ini. Untuk mewujudkan negara yang lebih bersih, tidak rasuah dan berpegang kepada prinsip kenegaraan yang tulen.

Friday, 3 June 2016

Azmin marah dan akan ajar PAS


Azmin upset over PAS’ stance on Sungai Besar

KLANG: Selangor Mentri Besar Datuk Seri Azmin Ali is both angry and disappointed that PAS is refusing to cooperate in the state’s strategy to win the Sungai Besar parliamentary seat in the upcoming by-election.

According to a PKR source, the PAS top leadership was uncompromising despite Azmin explaining in depth that the Islamist party won’t be short changed and its interests would be well protected.


Kuala Kangsar jadi 4 penjuru


Parti Amanah Negara (AMANAH) memilih profesor fizik Dr Ahmad Termizi Ramli sebagai calon pilihan raya kecil Kuala Kangsar bagi menentang calon Umno dan PAS.

Presiden AMANAH Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan Termizi dalam majlis yang dihadiri pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) di Kuala Kangsar malam ini.

Thursday, 2 June 2016

Mudah sangat Husam lupa Jihad Ternak kambing Jamnapari




 

Mudah Husam lupa dosa dan kegagalannya untuk persalahkan kerajaan Kelantan yang ada.


Orang Anwar ni menipu tak tahu stop. Dah tu nak berlakun minta kesian ... bodoh bengong orang Salor jika tak boleh nampak sesuatu yang jelas.

Anak bekas ADUN UMNO pengacau atau kacang ke?


SEKINCHAN: Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk meletakkan bekas guru, Azhar Abdul Shukur, 50 daripada AMANAH sebagai calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) P093 Sungai Besar.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mengumumkan pencalonan anak jati Sungai Besar (betul ke?) sempena majlis pengisytiharaan calon PH di Dewan Sri Sekinchan, malam tadi.

Min di mana?

“Kita mahu Barisan Nasional kalah, jangan tersilap pilih. Kita juga tolak Pendekar Mustar,” sindir Sabu, merujuk kepada penggayaan busana tradisional Melayu oleh pimpinan PAS yang sedang bermuktamar di Kota Bharu ketika ini.

“Kita perlu pemimpin yang memahami soal naluri para petani nelayan dan penternak, pemimpin yang faham kehidupan masyarakat supaya suara rakyat Sungai Besar kedengaran di Parlimen,” tegas Sabu.

Azmin ... mana ko?

Azhar merupakan Pengerusi AMANAH di Parlimen Sungai Besar. Beliau yang kini menjalankan perniagaan sendiri dipercayai mempunyai pengaruh dalam kalangan masyarakat setempat memandangkan beliau merupakan anak jati Sungai Besar.

* Azhar juga merupakan anak kepada bekas ADUN pada tahun 90an iaitu Datuk Abdul Shukur Sirat.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir pada majlis itu adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin lain.

Kenapa ko tiada Azmin? Betul ke jawapan Kak Wan di SINI

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak hadir atas nasihat parti.

Baca sepenuh di FMT

Pelam kerala luar saja oren ... takut dalam warna hitam

* Shukor Sirat adalah ADUN parti UMNO. 

Jika anaknya masuk parti PAS, itu sesuatu yang biasa sebagaimana anak orang PAS masuk UMNO. Anak arwah seorang bekas Pesuruhjaya PAS negeri pun ada yang UMNO.  

Desas desus tersebar bahawa Tun M ada rancang nak letak seorang Ketua Cawangan UMNO atau anak orang UMNO bertanding. JIka sesuatu yang luarbiasa iaitu Azhar masuk Amanah, maka perlu tahu bila dia masuk Amanah? 


Tidak menolak Azhar ini mungkin hanya pelam dari Kerala yang tanding untuk jadi pengacau. Pelam Kerala luar oren tapi dalam entah apa warna sebenar ... tak tolak kemungkinan isi berwarna hitam.


Amanah kata nak kacau PAS tapi rupanya pengacau UMNO ....kacang lupakan kulit
 

Jasa Syed P***mak vs Datin Mas


Berikut komen orang Kuale yang kenali Syed P***mak:



Versus pandangan dari orang yang mengenali calun dan balu Dato Wan Khairil, Datin Mas: