Tuesday 21 June 2016

Adakah Zuraidah Ampang menunggu untuk dicekup SPRM?


Ramai pengundi cina mulai sedar pembangkang yang kuat menuduh dan mendedah salahlaku rasuah pemimpin BN, akhirnya tidak serupa bikin. 

Jika Lim Guan Eng sedang kepanasan di Pulau Pinang, Mike Klang sudah disiasat menunggu dakwa, PRU14 menimbulkan isu lama yang pernah didedahkan sebelum PRU13 suatu masa dahulu tapi tidak mendapat perhatian:
Pada 10 April 2015, gaji ahli parlimen di Malaysia telah naik dari RM11,000 ke RM16,000. Turut menikmati kenaikan ini adalah Zuraida Kamaruddin, Ahli Parlimen Ampang.

Gaji Zuraida adalah RM16,000 sebulan tetapi mampu memiliki 9 kenderaan. Berapa anggaran nilai kenderaan Zuraida?
1) Mercedes Benz S280 –
     Nilai 85,000 Sebulan (7 thn) RM1,011
2) Toyota Vellfire
     Nilai 300,000 Sebulan (7 thn) RM3,571
3) Mercedez Benz C200
     Nilai 248,000 Sebulan (7 thn) RM2,952
4) Toyota Fortuner 2.5G
     Nilai 180,000 Sebulan (7 thn) RM2,142
5) Honda Civic Hybrid
     Nilai 80,000 Sebulan (7 thn) RM952
6) Demak Ex90
     Nilai RM1,800
7) Toyota Hilux 3.0 G
     Nilai 100,000 Sebulan (7 thn) RM1,190
8) Toyota Hilux 2.5
     Nilai 90,000 Sebulan (7 thn) RM1,071
9) Volvo XC90 2.5
     Nilai 320,000 Sebulan (7 thn) RM3,809
    Jika bank kenakan 3.5% maka akan jadi
     RM17,286 sebulan
Komitmen untuk kenderaan sahaja sudah RM17,286 sebulan. Lebih RM1,286 daripada gajinya sebagai ahli parlimen.

Zuraida tinggal di Ampang, anggaran harga rumah di Ampang adalah antara RM800,000 – RM1,500,000. Andaikanlah rumah itu hanya berharga paling minima RM800,000.

Dengan faedah bank sebanyak 5%, dengan pinjaman 25 tahun maka jumlah komitmen bulanan untuk rumah sahaja adalah RM2,800 sebulan.

Zuraida mempunyai pemandu dan pembantu rumah. Anggaran sebulan adalah RM1,500 untuk pemandu dan RM1,000 untuk pembantu rumah.

Zuraida juga punyai komitmen lain untuk saraan anak dan keluarga, anggarkan ianya berjumlah RM2,000 sebulan untuk uruskan nafkah anak, tuisyen, pakaian dan lain lain.

Zuraida juga mesti perlu membayar langganan Astro (family pack) sekurang kurang RM150 sebulan. Telefon bimbit (dianggar dua) RM300 sebulan. Belum masuk insurans untuknya dan keluarga, sekurang kurangnya RM800 sebulan. Bil air, elektrik rumah dianggar cecah RM500 sebulan.
Zuraida juga punyai pejabat ahli parlimen di Ampang, sekurang kurangnya sewanya RM1,500 sebulan. Bil air dan elektrik pejabat mungkin cecah RM300 sebulan.

Jadi berapa jumlah semua komitmen Zuraida sebulan?

Baca seterus di TV14 http://www.tv14.my/2016/06/21/pendapatan-sebulan-zuraida-adalah-rm34536-sebulan/


No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.