Thursday, 28 January 2016

SPRM patut siasat sindiket dalaman Imigresen!


Semalam, Jabatan Imigresen dilaporkan mStar di sini akan mengadakan perbincangan dengan Myeg selaku penyelia sistem online untuk memperbaharui Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Difahamkan satu pertemuan tertutup akan diadakan melibatkan kedua-dua pihak untuk membincangkan hal berkaitan PLKS sepanjang tahun lalu yang mana ada isu-isu yang tidak boleh ditangani oleh penyedia perkhidmatan.

Sememangnya demikianlah sepatutnya cara satu agensi pelaksana seperti Jabatan Imigresen dan penyelia sistem gateway bayaran online berkerja. Hal ini sepatutnya diadakan selalu dan tidak perlu diumumkan kepada orang ramai.

Ia memberi gambaran seolah-olah Myeg enggan bertemu Jabatan Imigresen. Tidak mungkin sebuah pihak swasta yang perlukan kerjasama pihak kerajaan untuk membolehkan mereka memberikan perkhidmatan yang baik dan effisyen akan bersikap sedemikian.

Laporan ini agak pelik dan menghairankan kerana sehari sebelum, mStar di sini mengeluarkan laporan berita yang mengatakan sebanyak 31,301 permohonan tidak berupaya diselesaikan oleh pihak myeg.

Mengapakah perlu Jabatan Imigresen membuat kenyataan terbuka sedemikian?

Wednesday, 27 January 2016

DAP akan halau pengundi PKR Sarawak


Rakyat Sarawak mungkin tidak tahu bahawa di Pulau Pinang, kerajaan dibawah pentadbiran DAP mengabaikan pembangunan rakyat di kawasan pedalaman.

Apa yang menarik ialah kawasan DUN Menanti adalah dibawah kendalian ADUN PKR, rakan DAP dalam Pakatan Harapan!


Baca sepenuh di Sarawakiana SINI


Tuesday, 26 January 2016

Terencat akal mahu PKR Sarawak tanding atas nama DAP


Pembangkang PKR sudah tiada isu untuk diketengahkan di PRN Sarawak hingga meletakkan calun, muda dan cantik syang baru fresh keluar dari Universiti.

Namun begitu, tindakan ini mendapat bangkangan.


Maklumat terkini yang diterima dari Sarawak memberitahu PKR menderita dan merana dalam usaha mencari penaja dan penderma untuk PRN ke 11 SARAWAK. DAP sudah tidak mahu lagi menghulur kepada PKR kerana ahli DAP tidak mahu PKR guna dana mereka.

PKR dilihat tiada berpotensi untuk menang. Lalu DAP berhasrat untuk mengambil peluang dari PRN ini untuk kuasai pembangkang Sarawak. Mereka perccaya dan yakin untuk menang dua pertiga berdasarkan kajian dan pelan terancang mereka.

Kini DAP letakkan syarat kepada ahli PKR yang mahu dicalun supaya lompat parti dan tanding bawah lambang DAP. Brilliant Pengerusi terencat akal. 

Pengerusi DAP Sarawak terencat akal


KUCHING: Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak Abdullah Saidol menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen kelmarin umpama seorang yang ‘terencat politik’ apabila mengatakan rundingan penurunan kuasa sebagai tidak membawa apa-apa perubahan.

Kenyataan demikian langsung tidak bersifat membina terhadap usaha Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem selain tidak serius oleh pemimpin pembangkang yang mengamalkan politik tidak berpandangan jauh, katanya.


Monday, 25 January 2016

BTN tidak rasis tapi Kit Siang enggan akui


BTN sedang usahakan untuk dapat timbal balas pelbagai pihak berkenaan penjenamaan semula BTN.

Pembangkang dan puak liberal pun dijemput sama untuk beri pandangan. Lihat TMI di SINI

Ahli parlimen DAP dari Kepong memberi komen yang baik dan menggalakan.

Nampaknya banyak imej buruk terhadap BTN lahir dari hasad dengki dan gambaran buruk Lim Kit Siang.

Beliau masih menutup minda dan hati untuk berdegil menuntut BTN ditutup dan menggunakan G25 yang sokong khalwat dan liwat sebagai asas hujah. Baca di SINI

Tepat sekali analisa RPK tentang sikap dan perangai buruk DAP di SINI dan SINI. Padan mereka susah nak dapat sokongan Melayu dan undi DAP akan menurun sebab DAP.

Oleh sebab masih in-denial maka mereka hanya salahkan UMNO dan bukan diri sendiri.

Balas dendam dengan fitnah makan Wagyu pula


Mungkin sebab RPK buat pendedahan yang tiada kasihan terhadap Mukhriz di SINI, SINI dan SINI, maka akhirmya Rosmah difitnah makan daging steak wagyu berharga RM19,000.

Sedih sekali Mukhriz diserang hingga hal urusan perniagaan dan keluarga pun diheret sekali. Yang rugi hanyalah UMNO.

Begitu juga jika Rosmah difitnah begitu rupa. Yang rugi tetap UMNO.


Saturday, 23 January 2016

Sengaja atau buat-buat, lupa bukan bengap


Ketika majlis makan malam yang dianjur Dato Mukhriz semasa PAU, dia menggelar jawapan tentang derma RM2.6 billion sebagai bengap. 

Beberapa hari lepas dia mengeluarkan komen lain pula.

Friday, 22 January 2016

Trend pendapatan seisi rumah naik


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar telah berbicara mengenai sasaran kerajaan di bawah RMK11 dan juga berbicara mengenai peningkatan tahun-tahun lepas.

Lihat: https://goo.gl/Li17vt
- Sasaran untuk pendapatan purata isi rumah bagi tahun 2020 adalah RM10,540 sebulan, daripada RM6,141 pada tahun 2014 (RM4,025 pada tahun 2009)
- Sasaran pendapatan untuk kumpulan B40 pada tahun 2020 adalah RM5,200 sebulan dari RM2,537 pada tahun 2014 (RM1,440 pada tahun 2009)
- Pekali Gini dijangka turun sebanyak 0.385 menjelang 2020 - yang menunjukkan kesaksamaan masyarakat yang lebih baik

Persekongkolan G25 dengan DAP


Pendirian DAP untuk hapuskan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan segala status mahkamah syariah dan institusi Islam serta peruntukan begitu jelas.

Agenda sama juga yang dibawa oleh G25, kumpulan bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan terutama dari Wisma Putera dan kononmya eminent Malays.

Ikuti video berikut:

Thursday, 21 January 2016

Kenapa harga minyak menjunam? (Video)


Minyak diturun kerana permintaan dan bekalan pasaran (market supply and demand) tetapi fakta-fakta game changer yang telah mengubah lanskap pasaran.

Ikuti video berikut:

Wednesday, 20 January 2016

Di mana letaknya maruah kita?


MULANYA saya cuba bersangka baik dengan apa yang menimpa seorang guru mualaf di SJKC Nan Ya, Kota Tinggi, Johor, atas nama dakwah. Tetapi setelah lama mengikuti isu ini, ditambah oleh sebuah syarikat pembinaan yang menghalau artis bertudung dalam majlisnya, menjadikan saya jadi geram.

Mana tidaknya, lembaga sekolah tersebut telah memaksa guru mualaf untuk membuka tudungnya dan diancam keselamatannya jika tidak berbuat demikian.

Tuesday, 19 January 2016

Selamat gaji baru YB







| January 16, 2016

Untuk mereka kenaikan ini amat wajar kerana beban tugas yang semakin banyak dan rakyat pula selalu meminta sumbangan kewangan daripada mereka. 

COMMENT


Oleh Ronasina

Kita sudah melangkah ke tahun 2016 dan seawal minggu pertama kita sudah menerima berbagai beban perbelanjaan khususnya keperluan persekolahan anak-anak. Harga barangan keperluan semakin naik menjadikan kos kehidupan meningkat. Jurang di antara pendapatan (gaji) dan perbelanjaan semakin tipis. Kesuraman ekonomi dengan rancak-jana perniagaan yang lemah membuatkan majikan tidak berani menaikkan gaji atau upah pekerja.


Melayu mudah ditipu


Ikuti video bagaimana Melayu selalu ditipu ...

Monday, 18 January 2016

Melayu macai DAP sedia durjanakan peniaga Melayu


Bila macai PR berbicara soal ekonomi dan perniagaan.

Kos pengangkutan kapal, kos lori, pekerja, bekas plastik, guni, sewa gudang, kos penghantaran kekadai, keuntungan syarikat, cukai kerajaan dan keuntungan keatas peruncit macai tak masuk pun dalam kira kira.

Ikut macai PR mampus la... Baik bela lembu. Tujuannya satu. ( PKR dan DAP)

Syed Mokhtar Al Bukhary itu Melayu dan agamanya Islam.

FB Rozmi Mokhtar



Amaran pun ada diberi.



Amanah sanggup durjanakan bangsanya.




Detik-detik lucu Azmin Ali ...


Sunday, 17 January 2016

Jangan ikut sesuatu yang kamu tak tahu


Khutbah Masjid Wilayah
Tajuk : Konsep Tabayyun

1. Mari lah kita sama sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita pada Allah dgn bersungguh sungguh melaksanakan perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya

2. Allah telah beri nikmat yg terlalu byk pd manusia antara nya nikmat deria kita

3. Kesemua bahagian deria kita akan dipersoalkan oleh Allah

4. Surah Israq ayat 36 - dan jgn lah engkau mengikut jika engkau tidak mengetahui nya sesungguhnya semua deria akan disoal

Saturday, 16 January 2016

Bila DAP berkata ...


Bila … Tak Semestinya …

Bila DAP kata dia bukan anti-Melayu, tak semestinya dia pro-Melayu.

Bila DAP kata dia bukan anti-Islam, tak semestinya dia pro-Islam.

Bila DAP kata dia adalah anti-Rasuah, tak semestinya dia bersih dari rasuah.

Popular bukan ertinya terbaik


Satu ktika dahulu beliau sangat popular kerana kjaannya membeli padi pada harga yg lebih tinggi dari harga pasaran. Dasar ini tidak berpanjangan apabila kjaan terpaksa menanggung USD15 bilion yg tak trbayar kpd petani. Kini negaranya tidak lagi menjadi pengekport beras terbesar dunia. Hari ini beliau dibicarakan. Popular bukan ertinya terbaik.

FB Shabery Cheek 

Popular dan disuka tidak bermakna terbaik untuk negara dan masa depan untuk semua. Fikir-fikirkan ...


Friday, 15 January 2016

Sultan Johor pernah kata tiada kompromi dengan sikap perkauman


Laporan The Malaysian Insider bertarikh September 2015 berikut:

Johor sultan tells racists, haters to get out of his state
Published: 16 September 2015 3:22 PM

As the nation celebrates Malaysia Day and thousands of government supporters take to the streets of capital city Kuala Lumpur, the Sultan of Johor in no uncertain terms ordered racists and haters to get out of his state.
In a posting on his Facebook page shortly after midnight today, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar said Johor has no room for hatred and racism.

“Let me reiterate, there is no place for hatred and racism here in Johor Darul Ta’zim. It was never welcomed, nor will I ever welcome haters and racists here in Johor.

"If anyone who want to practise hatred and racism in Johor Darul Ta’zim, the home of the Malays, Chinese and Indians – Bangsa Johor, please leave Johor immediately. That is an order!" the monarch said.

Sultan Ibrahim said he had worked hard and struggled for his subjects, to ensure that they lived in harmony and togetherness.

As the ruler of the state and its citizens, he said it was his duty to put the people first and ensure they enjoyed harmony.

The ruler warned that anyone found instigating others to hate and practise racism in Johor would face the brunt of the law, and also have him to deal with.

"Again, let me remind you, my ancestors, the state government, Bangsa Johor and I have worked hand-in-hand… together, to make Johor a better-place, to bring in foreign investors for the future of Johor.

"Anyone who creates disharmony and spreads hatred here by promoting racism, will have to deal with me personally. Take this a warning.

“This is not the stone age, do not be ungrateful, the Malays, Chinese and Indians, all played their part. Johor Darul Ta’zim is home to the Malays, Chinese and Indians, they are Bangsa Johor," he said.

Sultan Ibrahim also told the authorities not to take the soft approach when acting against haters and racists.

"Do not be biased, get to the root of the problem, and apprehend those who create racial disharmony problems here in Johor Darul Ta’zim,” he said.

There had been concerns about possible racial tensions among the people over the past few weeks leading to the Malaysia Day celebration today.

In Kuala Lumpur, thousands of government supporters are marching in what is dubbed the 'red shirt' rally, organised by the Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), asserting the dominance of the Malays. – September 16, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/johor-sultan-tells-racists-haters-to-get-out-of-his-state#sthash.vglPpegL.dpuf

-----------------------------

Menurut kata-kata tegas Tuanku Ibrahim sebagaimana dilaporkan TMI, maka boleh dijangka pihak polis dan lain-lain pihak berkuasa mendapat restu Tuanku untuk bertindak dengan tegas terhadap kejadian yang berlaku di SJKC Pai Chee di Mersing

Tuanku yang sudah berbesar hati untuk meminta rakyat beri peluang kepada Dato Najib menyelesaikan masaalah supaya turut berbesar hati menyatakan pendirian tentang kejadian terbaru ini.

Rasisma di SJKC berleluasa, kini di Mersing Johor


Dari FB Perjuangan Sejati:

4 GURU MELAYU BUAT LAPORAN POLIS GURU BESAR SJKC BERSIKAP RASIS!!!

4 orang guru Melayu di SJKC Pai Chee, Mersing telah membuat laporan polis berhubung tindakan dan layanan buruk yang mereka terima di SJKC Pai Chee.

Salah seorang guru tersebut, telah diserang ketika berada di dalam Bilik Guru oleh seorang pelajar. Dia juga turut dimaki dalam Bahasa Cina oleh seorang pelajar Cina yang lain. Manakala guru besar pula bukan sahaja tidak mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar biadap itu, malah turut menunjukkan sikap rasis yang keterlaluan.

Sepucuk surat yang ditulis oleh guru-guru dan kakitangan Melayu sekolah tersebut kepada Pejabat Pelajaran Daerah telah mendedahkan apa yang berlaku di sekolah berkenaan. PIBG dan masyarakat Cina didakwa tidak mahu guru-guru Melayu mengajar di sekolah tersebut sebaliknya mendesak agar guru-guru Melayu itu digantikan dengan guru-guru Cina.


Wednesday, 13 January 2016

Bukti Shad Faruqi mahu hakim ketepikan Islam?


Buktinya seperti dalam video berikut:

Jomo kata Thailand, Filipina tiak sertai TPPA, Apa kata Tok Pa?


Dalam siri penerangan TPPA oleh Dato Mustapha Mohamed, dia sering menimbulkan cabaran: Jika Vietnam berani sertai TPPA, kenapa kita takut?

Tun Dr Mahathir menimbulkan isu Malaysia akan disaman jika keluar dari TPPA. Mustapaha menafikan dan hujahnya jika sudah keluar TPPA, Malaysia tidak lagi terikat pada polisi melindung pelabur ISDS. 

Dua hari lepas, economist Prof Jomo Sundram menimbulkan persoalan mengapa Thailand dan Filipia enggan sertai TPPA? Apa pula jawapan Tok Pa ....

Akhirnya penjelasan perlu memuaskan


KOMENTAR

Bulletin Sengal menulis berikut dalam posting terakhirnya:
Pada September 2003, hanya sebulan sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara sebagai Perdana Menteri, kerajaan secara rahsia telah menganugerahkan lesen tunggal judi sukan kepada syarikat yang dimiliki oleh taikun Cina bernama Vincent Tan. Harga yang ditawarkan hanyalah RM25 juta sedangkan nilai sebenarnya adalah RM760 juta. Dalam masa yang sama, Resort Bukit Tinggi milik Vincent Tan turut diberikan hak atau lesen untuk 420 lesen mesin slot bernilai ratusan juta ringgit. (RUJUK SINI)

Tuesday, 12 January 2016

Sarawak akan terus tuntut royalti 20%


KUCHING: Kerajaan negeri akan memastikan Sarawak memperolehi lebih banyak pendapatan daripada hasil minyak dan gas bagi mempercepatkan proses pembangunan di negeri ini.
Bagi tujuan itu kerajaan menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan meneruskan rundingan untuk mendapatkan bayaran royalti minyak sebanyak 20 peratus daripada Petronas.

“Saya sedar bahawa harga minyak di pasaran dunia ketika ini berhadapan situasi yang kurang memberangsangkan kepada pemain industri minyak dan gas.
Baca sepenuh di Sarawak LIVE 

Selepas larang jawab TPPA, MTEM sangkal jawapan AWO pula


Selepas tidak dibenarkan memberi jawapan kepada pelbagai tuduhan pengkritik TPPA dalam satu forum pada hari minggu, jawapan Dato Abdul Wahid Omar kini diserang pula oleh MTEM.

Jawapan Wahib berikut:

Monday, 11 January 2016

Adakah melombong bauxite kembali lepas 3 bulan?


Apa tujuan perlombongan bauksit dihentikan operasinya selama tiga bulan? Apa yang akan dilakukan dalam tempoh itu? Mungkin itu yang bermain-main dalam fikiran orang Kuantan.

Saya sangat menghargai langkah pihak berkuasa dan kerajaan yang mengambil pendirian tegas dengan menghentikan (walaupun) ‘sementara’ operasi perlombongan bauksit mulai 15 Januari akan datang. Ia didakwa untuk membolehkan pelan tindakan penyelesaian pencemaran dilaksana.  Hakikatnya, semua maklum betapa isu ini dari semasa ke semasa berkembang seperti penyakit kanser tahap satu, dua, tiga dan kini empat. Tahap empat, yakni tahap parah.

Baca di FMT SINI

1MDB jual negara?


Petikan dari FB Tun Carlos:
"Konsep perniagaan 1MDB ni lebih kurang macam company yg aku kerja dulu buat. Jual tanah pada org luar dgn tujuan lain utk tarik wang luar masuk.

Bagi aku, budak2 marketing consultant 1MDB agak senang jual sebab TRUSTEE dia bukan syarikat guaman mana-mana. Tetapi adalah Perdana Menteri Malaysia (KERAJAAN MALAYSIA).!!!

Ramai yg tak tahu, antara senior advisor dalam 1MDB adalah Tan Sri Nor Mohamed Yakcop. Bekas Menteri Kewangan ke2. Dia ni la dulu Dr Mahathir pi kejar sampai UK utk ambik idea camna nak atasi krisis kewangan 1998 dulu. Mungkin ramai ingat "tambatan ringgit" dulu ni idea Dr Maharhir. Anda salah. Ok cukup.

Kalau la tanah yg aku jual dulu trusteenya adalah PM Britain sendiri. Hari2 pulak isu pasal tanah di di war2 dalam media dalam dan luar UK. Comfirm senang gila aku close deal!!"

Snapshot 2016 bermula


Snapshot 2016 mula ke udara hari ini.

Buat sementara, laman lama theunspinners.blogspot.com akan berperanan sebagai penghala trafik kepada blog baru ini. Ia juga bakal ditukar menjadi pengumpul pautan-pautan kepada blog-blog, laman-laman berita dan lain-lain peranan yang sedang difikirkan.

Snapshot 2016 berhasrat untuk menyiarkan intipati sesuatu isu, memberi komen segera pada berita-berita terkini, dan sesekali menjadi newsbreaker kepada perkembangan baru yang berimpak. Sekali lagi, ditekankan bahawa Snapshot mengutamakan isu yang signifikan dan berimpak.

Bahasa penghantar yang diguna adalah bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Selain teks, gambar, audio dan video turut diguna sebagai medium. 

Pihak kami memohon para pembaca sokongan yang sama pernah diberikan kepada The Unspinners. Turut juga, kami mohon pautan dari rakan-rakan blogger. Terima kasih.

Snip, snap and shoot! Petik dan siar!