Snapshot 2016

Thursday, 9 March 2017

PPBM layak digelar Parti Cap Bangang


Cerita berikut dapat gambarkan bertapa bangang lojik puak cap bunga.

http://theunspinners.blogspot.com/2017/03/kerajaan-pembangkang-bersatu-tapi-cap.html

LAWAK ANTARABANGSA

Saya ingat Kim Jong-un (pemimpin Korea Utara) dah kira manusia paling lawak di dunia, rupanya ada yang lebih lawak daripada itu. Mengapa saya kata begitu?

Sebelum itu, mari kita “rewind” dulu pasal drama “Attack on Kim Jong-nam” ini. Kes dia macam ini: Kim Jong-nam abang Kim Jong-un dibunuh di KLIA. Polis Malaysia mahu melakukan bedah siasat. Kedutaan Korea Utara tak bagi, nak tuntut balik mayatnya. Pendirian polis kita ialah sila ikut prosedur Malaysia. Tak puas hati punya pasal, Duta Korea Utara iaitu Kang Chol mempertikaikan undang-undang Malaysia. Maka Malaysia mengisytiharkan Kang Chol sebagai “persona non grata” (orang yang tidak dihargai), dengan arti kata lain, halau. Korea Utara pula membuat pengumuman bahawa rakyat Malaysia (ada dalam 11 orang, kebanyakan kakitangan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang) tidak dibenarkan meninggalkan Korea Utara.  

Adakah Malaysia berhak untuk mengisytiharkan Duta Korea Utara sebagai “persona non grata”? Ada. Ia telah diperuntukkan dalam Artikel 9, Konvensyen Vienna Mengenai Hubungan Diplomatik 1961. Yang bersalah dalam hal ini ialah Korea Utara kerana 11 rakyat Malaysia yang berkhidmat dalam Kedutaan (9 orang) dan World Food Programme (2 orang) ditahan itu mempunyai kekebalan diplomatik (“diplomatic immunity”). Dalam undang-undang antarabangsa, diplomat hanya boleh dihalau, tidak boleh ditahan. 

Dari permulaan drama ini Malaysia telah bertindak mengikut undang-undang dan norma antarabangsa. Namun, bedah siasat akan mendedahkan kebenaran tentang kematian misteri Kim Jong-nam. Kedegilan Korea Utara dalam memberi kerjasama seolah-olah memberi tanda ada udang di sebalik mee Jajangmyeon. 

Apa yang Korea Utara buat sekarang ialah “blackmailing” (peras ugut). Ini bukan kali pertama. Tanyalah jiran Korea Utara iaitu Korea Selatan dan Jepun sudah berapa kali diperas ugut olehnya. Di tahun 2009, Korea Utara juga menahan dua orang wartawan Amerika Syarikat, dan mereka hanya dibebaskan selepas bekas presiden Amerika, Bill Clinton melawat Pyongyang untuk rundingan rahsia.  

Dengan menjadikan rakyat Malaysia sebagai tebusan (“hostage”), rejim samseng Korea Utara berharap dapat menebus balik mayat Kim Jong-nam yang mengandungi kebenaran yang mereka cuba sembunyikan. Malaysia tidak mencari pasal dengan Korea Utara, Korea Utara yang mencari pasal dengan kita. Kalau kali ini Malaysia membenarkan Korea Utara membawa balik mayat sesuka hati, apa yang bakal terjadi selepas ini? Orang asing datang membunuh rakyatnya dan membawa balik? 

“Battle of the wills” ini menguji siapa yang mengalah terlebih dahulu. Dalam hal ini, orang asing sedang memijak kepala kita kerana kita mempertahankan hak kedaulatan kita, jadi kita harus bersatu sebagai rakyat Malaysia yang bermaruah, bukan memperlekehkan kerajaan sendiri. Kalau di saat ini pun anda masih mahu menjadi zombie politik, mohon berpindah ke Korea Utara.  

Dalam drama kali ini, ada sebuah aktor yang nampak berdiam, iaitu China. Sebenarnya China mengalami dilema di antara Korea Utara dan Malaysia: China melihat Malaysia sebagai rakan strategik di rantau Asia Tenggara, namun pada masa yang sama Korea Utara ialah bidak penting dalam percaturan geopolitik Asia Timur. Kalau China menyokong Korea Utara, Malaysia akan tersinggung. Kalau China menyokong Malaysia, Korea Utara pula akan tersinggung. Jadi lebih baik China berdiam. 


Tahun 1981, tiga kakitangan Kedutaan Soviet Union diisytiharkan sebagai “persona non grata” kerana disyaki mengintip. Dengar, Soviet Union itu. Malaysia pun tidak gentar. Apatah lagi Korea Utara. 

“Ha ha ha… tengok, ada orang Malaysia kutuk kerajaan sendiri disebabkan masalah yang kita timbulkan. 바보 (babo)!” Kata seorang ajumma yang sedang menonton berita TV dalam rumahnya di Pyongyang. 

Siapakah lawak antarabangsa sekarang?

- Ayman Rashdan Wong


Siapa lagi kalau Cap Bunga yang kini elok dipanggil Cap Bangang!!!

Posted by Snapshot2016 at 3/09/2017 08:18:00 am
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Link

Blog Link
Klik untuk ke pautan-pautan

My Blog List

  • SnapShot
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
    4 years ago

SnapShot

Loading...

Blog Archive

  • ▼  2017 (190)
    • ►  July (7)
    • ►  June (17)
    • ►  May (41)
    • ►  April (45)
    • ▼  March (27)
      • Mahathir - Mukhriz - Muhyiddin, semua cakap lain-lain
      • Kaum India hebat, 1/2 India rugikan negara
      • Strategi fake news cap bunga untuk jana fake analysis
      • FBI disogok Mahathir, Soros untuk DOJ dakwa?
      • Fharid Ismail sanggup fitnah, bohong untuk patong ...
      • Husam mengaku dia perosak Kelantan!
      • Guan Eng marah Yeo Bee Yin, Mati akal untuk pertah...
      • Macam Anwar, delay tactic petanda Bryllcrream Lim ...
      • Yeo Bee Yin terperangkap kes rasuah Lim Guan Eng
      • Tembelang Teresa Kok kebas dana RM500 juta YAWAS p...
      • Warisan sanjung projek IC Mahathir, rendahkan tara...
      • Mahathir bertanggungjawab projek IC Sabah
      • RUU lindung kanak-kanak dari deraan seksual
      • Konon anak ustaz, pejuang Melayu Islam ...
      • Mahathir ditipu Kit Siang? Langkah Madey jual masa...
      • Politik kong ka likong mamak Madey
      • Mana salah cara tangani isu Korea Utara, Tun?
      • Abenda Badrul Burit! Trick nak pow duit
      • PPBM layak digelar Parti Cap Bangang
      • Rakyat Malaysia dicolek kerajaan Korea Utara!!!!
      • Nak bising Forest City, rizab Melayu tidak tergada...
      • Majlis dah jalan, tapi Muhyiddin ceramah kepada ke...
      • Nurul yang tidak hormat, dan nafikan hak 34 pendud...
      • Isteri AG tiada kuasa, Isteri LGE ada ....
      • Mahathir yang tak peduli masa depan dan nampak saj...
      • Si pendengki dan si tolol
      • Clare Brown meroyan
    • ►  February (31)
    • ►  January (22)
  • ►  2016 (381)
    • ►  December (26)
    • ►  November (40)
    • ►  October (32)
    • ►  September (25)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (36)
    • ►  May (25)
    • ►  April (38)
    • ►  March (47)
    • ►  February (43)
    • ►  January (32)

About Me

My photo
Snapshot2016
View my complete profile

Total Pageviews

Stat Counter

Who Among Us

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.