Snapshot 2016

Wednesday, 22 February 2017

Proton: Simbol legasi korup dan kegagalan Mahathir




MAHATHIR DAN PROTON

1. Satu tulisan blog bertajuk “PROTON” ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan terdapat kebenaran kepada apa yang dikatakan iaitu tidak siuman itu berkait dengan perbuatan mengulangi sesuatu berulang kali tetapi mahu hasil yang sentiasa berbeza-beza.

2. Disebalik percubaan dan kegagalan selama 32 tahun dengan beliau di puncak syarikat automotif itu, Dr Mahathir masih lagi mahu mengekalkan status quo Proton dan tidak mahu memberi peluang kepada syarikat itu untuk berdikari, melepaskan diri dari pasaran kereta yang kecil di negara ini dan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa melalui usahasama.

3. Beliau sekali lagi menyerang perancangan Proton untuk membawa masuk rakan usahasama. Secara spesifiknya, beliau berkata usahasama ini menyebabkan vendor dan pembekal komponen akan tutup kedai dan ‘ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan.’

4. Nampaknya, Dr Mahathir terus ‘bimbang’ akan nasib vendor dan pembekal. Dalam satu tulisannya pada Oktober lalu, Dr Mahathir merungut tentang rakannya yang merupakan ahli perniagaan tidak lagi diberikan kontrak oleh Proton.

5. Adakah Dr Mahathir merasakan nasib rakannya yang sudah menjadi kaya raya berdekad lamanya dari Proton lebih penting dari masa depan syarikat kereta itu untuk terus hidup?

6. Dr Mahathir menggesa Malaysia mengembalikan perlindungan paling kuat untuk Proton dalam pasaran automotif tempatan. Selama tiga dekad rakyat Malaysia sudah dipaksa membeli kereta berharga tinggi dengan spefikasi rendah sambil dibebani hutang berjuta, masih tidak cukup lagi?

7. Mengapa syarikat pembekal yang menjadi rakan Dr Mahathir perlu terus diselamatkan sambil menyeksa dan membebani rakyat Malaysia?

8. Hanya kerana dendam peribadi Dr Mahathir yang semakin memakan dirinya sendiri, Dr Mahathir kini mahu menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap masalah dihadapi Proton.

9. Dr Mahathir perlu diingatkan bahawa kerajaan tidak lagi memiliki Proton. Ia kini dimiliki oleh syarikat swasta iaitu DRB Hicom yang dikuasai oleh rakannya sendiri, Tan Sri Syed Mokhtar yang membeli saham terbesar dari Khazanah pada harga RM1.2 bilion pada 2012.

10. Menurut majalah Malaysia Business yang dimiliki oleh rakan Dr Mahathir yang juga pemimpin Parti Pribumi, A Kadir Jasin, Mokhzani Mahathir adalah rakyat Malaysia ke-9 paling kaya pada 2014 dengan kekayaan peribadi berjumlah RM4.2 bilion!

11. Jika Dr Mahathir yakin dia boleh selamatkan Proton, dia sepatutnya meminta DRB Hicom untuk menjual Proton kepada anaknya. Selepas membayar RM1.2 bilion, harga yang dibeli, Mokhzani masih lagi memiliki RM3 bilion untuk disuntik ke dalam Proton untuk memajukan perniagaan itu.

Ini membolehkan Mokhzani mengedar kereta Proton disebalik syarikat pengedaran kereta Porsche miliknya.

12. Bertentangan dengan dakwaan basi dan berulang Dr Mahathir, Malaysia tidak pernah dikenali sebagai Harimau Asia sepanjang 22 tahun pentadbirannya.

Harimau Asia ketika itu dirujuk kepada Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong dan Singapura berikutan kadar pertumbuhan ekonomi yang berkekalan tinggi daripada Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir selama 22 tahun!

13. Pada masa itu, Malaysia hanya dikenali sebagai negara Anak Harimau, dan bukannya Harimau Asia, bersama Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

14. Sejak Program Transformasi Ekonomi Najib dilancarkan, Malaysia merekodkan pertumbuhan ekonomi lebih tinggi setiap tahun bermula 2011 hingga 2016 daripada empat negara Harimau Asia ini. Pada 2017, Malaysia diunjurkan akan mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi.

15. Kejayaan pertumbuhan ekonomi selama 6 tahun yang mengatasi empat negara Harimau Asia ini tidak pernah dicapai Dr Mahathir biarpun mentadbir negara selama 22 tahun.

Lim Sian See

Posted by Snapshot2016 at 2/22/2017 12:56:00 pm
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.

Newer Post Older Post Home
View mobile version
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Link

Blog Link
Klik untuk ke pautan-pautan

My Blog List

  • SnapShot
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
    4 years ago

SnapShot

Loading...

Blog Archive

  • ▼  2017 (190)
    • ►  July (7)
    • ►  June (17)
    • ►  May (41)
    • ►  April (45)
    • ►  March (27)
    • ▼  February (31)
      • Satu gambar membawa 1,000 kecemburuan dan kedengkian
      • Arab lebih dengar nasihat Najib dari Madey
      • Lucu dengar dan baca Azmin, Shabuddin Husin cover ...
      • Saudi hanya kedekut pada Madey
      • Titah ucapan Sultan Johor sepenuhnya
      • Proton: Simbol legasi korup dan kegagalan Mahathir
      • Mukhriz hanya boneka untuk Mahathir lemahkan Melayu
      • Zahrin elok ikut Mahathir dan Azmin yang perasuah!
      • Melayu sesat bukan faham RUU 355
      • Jadual Perhimpunan RUU355
      • Pengarah Yayasan disaman YAPEIM, bukan sebaliknya
      • PPBM takut nak tanding di Kubang Pasu?
      • Tutup Invoke, Institiut Darul Ehsan, Penang Instit...
      • Patut "impeach" Guan Eng dulu
      • Muhyiddin pecat pasal tahu Prof Redzuan spin banci
      • Untung Kit Siang baik dengan Mahathir
      • DIkata nak tahu mana dibelanja, tapi lapor hilang?
      • Antara sebab Azmin letak jawatan, kes Adam Rusly d...
      • Minyak zaman Madey lagi tak mampu dari sekarang
      • Kenapa tak banding dengan kemampuan negara OPEC?
      • Anak menate Mahathir pembekal sparepart mahal Proton
      • Macam wartawan cabuk, Tun Faisal tibai AKJ
      • Kenaikkan barang turut disebabkan peningkatan tara...
      • Pendatang dapat kedudukan, Orang asal dihalau kelu...
      • Azmin turun padang sampai la takda apa!!!
      • Kenapa Mokhzani jadi pengedar Porsche dan bukan am...
      • Setahun hasil naik RM120 juta, kos naik RM1 bil, m...
      • Kenapa minyak naik?
      • Adakah Cap Bunga yang kini sokong Rafizi setuju ka...
      • Mahathir patut minta izin Marina untuk setuju RUU PAS
      • Blogger cap bunga nama saja wartawan, tapi bodoh d...
    • ►  January (22)
  • ►  2016 (381)
    • ►  December (26)
    • ►  November (40)
    • ►  October (32)
    • ►  September (25)
    • ►  August (18)
    • ►  July (19)
    • ►  June (36)
    • ►  May (25)
    • ►  April (38)
    • ►  March (47)
    • ►  February (43)
    • ►  January (32)

About Me

My photo
Snapshot2016
View my complete profile

Total Pageviews

Stat Counter

Who Among Us

Awesome Inc. theme. Powered by Blogger.