Ezam mahu keluar sebab dipanggil ibu Izzah http://theunspinners.blogspot.com/2016/10/ezam-keluar-untuk-dekati-nurul-dan.html
Itu yang banyak dikatakan orang tetapi jangan hairan Ezam masuk PPBM sebab ada ahli PPBM meroyan enggan benarkan Ezam masuk PPBM.
*KENYATAAN MEDIA BERKAITAN EZAM MOHD. NOR.*
1. Saya merujuk 
kepada perkembangan terkini tentang Ezam Mohd. Nor keluar parti UMNO. 
Saya mengalu-alukan langkah Ezam meninggalkan UMNO atas kesedaran beliau
 bahawa UMNO kini adalah parti Najib Tun Razak.
2. Namun begitu, saya
 membantah sekeras-kerasnya penyertaan Ezam ke dalam parti Pribumi 
(PPBM), jika beliau berhasrat untuk berbuat demikian. PPBM yang suci dan
 mulia ini tidak harus dicemarkan dengan penyertaan manusia hipokrit dan
 oportunis yang bernama  Ezam ini. Rekod Ezam yang selama ini 
'melepaskan tengkuk sendiri' menyebabkan kita perlu mengambil langkah 
menyekat 1beliau sekiranya ingin menyertai PPBM.
3. Selain itu, Ezam 
handal dalam hal 'pemerdagangan manusia'. Beliau banyak menjual nama 
kawan-kawan bagi mencapai tujuan peribadi beliau, terutamanya jika 
melibatkan kewangan dan projek. Beliau juga sering mengatakan bahawa 
kejayaan sesuatu tujuan adalah berpunca dari dirinya sedangkan ianya 
usaha individu lain atau usaha berkumpulan (sama seperti kes saya 
apabila berjaya mendapatkan pinjaman TEKUN sebanyak RM70 ribu, Ezam 
katakan beliau yg membantu sedangkan saya tahu individu lain yang 
membantu).
4. Semasa mengetuai 
Pemuda PKR, beliau jugalah yang sering mencerca serta memaki hamun 
Penasihat PPBM iaitu Tun Mahathir seolah-olah Tun tiada langsung jasa 
kepada negara. Segala kebaikan yang dibuat Tun Mahathir, dinafikan Ezam 
dan mengatakan Datuk Seri Anwar yg membuatnya. Selepas keluar PKR, Ezam 
mengatakan DS Anwar tak seberani Tun Abdullah dalam melaksanakan 
perubahan dalam kerajaan. Kini, setelah Ezam keluar UMNO sekali lagi, 
apakah tiada kebaikan yang telah dilakukan Tun Abdullah dan Datuk Seri 
Najib? Apakah Tun Mahathir dan Datuk Seri Anwar kembali melakukan 
kebaikan? 
5. Sementara kita 
alu-alukan keluarnya Ezam dari UMNO, kita harus berhati-hati dengan 
manusia 'lalang' ini!! Jangan biarkan Ezam membodohkan serta merosakkan 
perjuangan suci kita dalam PPBM. Cukuplah onar serta kotoran yang telah 
beliau tinggalkan dalam UMNO, PKR, Pakatan Rakyat, GERAK, Yayasan 
Generasi Nusantara, Sekretariat Transformasi Nusantara (STS) dan banyak 
lagi NGO lain. Perjuangan pertubuhan ini beliau tinggalkan setelah tidak
 dapat memuaskan kehendak peribadi beliau. Itulah wajah sebenar manusia 
bernama Ezam yang sering berlindung di sebalik wajah 'bersih' beliau 
selama ini. 
TOLAK EZAM MOHD. NOR
Khairul Anuar Ramli
0135338080
0135338080
Ketua Pemuda (Penaja)
Parti Bersatu Pribumi Msia
Negeri Kedah
Parti Bersatu Pribumi Msia
Negeri Kedah
Banyak lagi dosa Lim Kit Siang, dll pemimpin pembangkang yang lain kepada Tun M. Kenapa begitu benci PPBM kepada Ezam?
Mungkin sebab dia kata Tun M dulu teruk sangat. Ah ... itu politik. Mulut Tun M tu bukan saja lagi teruk tapi paling teruk.
Tambah lagi,  Ezam enggan salam dan minta maaf dengan Mahathir ketika masuk UMNO. Itu pun bukan isu besar memandangkan mungkin hanya lakunan. 
Ezam antara  orang yang banyak bocorkan rahsia gerak kerja reformasi dulu pada Mahathir. Tak hairan PKR tak mahu terima. 
Bila lagi hendak lantik Mukhriz timbalan presiden PPBM, soal Khairuddin
Maka jangan hairan Ezam dinaikkan Timbalan Presiden PPBM hehehe ....kenyataan pun lakunan, Mahathir gula-gulakan Ezam untuk dapat maklumat untuk hentam Kementeriaan Kewangan. 
Jangan hairan maklumat Ezam kasi salah. DIa bukancerdik sangat pun. Hanya politik saja dia faham dan tahu. 

No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.