Perkara yang paling ditunggu-tunggu oleh semua orang ketika ini ialah bilakah Sirul Azhar Umar, salah seorang pesalah hukuman mati dalam kes pembunuhan Altantuya yang kini berada dalam tahanan di Australia, mahu mendedahkan cerita sebenar mengenai pembunuhan itu. Semuanya bakal terungkai...
Bekas 
komando polis Sirul Azhar Umar didakwa mendedahkan nama individu yang 
kononnya cuba merasuah atau memujuk beliau mengaitkan Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Menurut 
sumber Malaysiakini, lima nama telah disebut. Bagaimanapun, sumber itu 
berkata, pihaknya enggan mendedahkan identiti pihak yang dinyatakan itu 
buat masa ini.
Sumber itu memberitahu individu tersebut datang dari parti pemerintah dan pembangkang.
"Saya tidak boleh memberitahu anda siapa mereka (buat masa ini) tetapi beberapa nama-nama besar telah disebut.
"Sesetengah
 daripada mereka (didakwa) mendekati Sirul secara langsung ketika orang 
lain cuba berhubung dengannya melalui pembantu atau wakil mereka.
"Video (mengenai pendedahan) itu akan dikeluarkan tidak lama lagi," kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Sebelum ini dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit (KLIK SINI UNTUK TONTON),
 Sirul mengulangi dakwaan peguamnya bahawa ada pihak tertentu cuba 
menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak 
dinamakan.
Walaupun tidak menyatakan siapakan orang dimaksudkan, ia adalah jelas merujuk kepada perdana menteri.
Dalam video kedua pula Sirul menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil ketika dibunuh.
Sirul 
sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh 
Altantuya - seorang wanita warga Mongolia - namun dia melarikan diri 
dari Malaysia ke Australia.
Sirul kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, atas kesalahan imigresen.
Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia. - mkini
Dari Belia Bangkit 

No comments:
Post a Comment
Dialu-alukan komentar yang berhemah dengan hujah yang bernas dan dalam tulisan dan bahasa yang jelas dialu-alukan. KOMEN YANG BERUPA "TROLL", SERANGAN PERIBADI DAN BAHASA KASAR TIDAK AKAN DISIARKAN.