Malam tadi kami mentelaah nota-nota yang hampir lapuk.
“Is this your own notes?”
“Ya..masa tahun 1995-1998. Masa tu aku dalam NGO menentang GMO. Dan semua data ini adalah apa yang berlaku antara 1985-1990.”
“Is it still relevant today?”
“Data
 dan info yang aku ada ni tak ada dalam internet sebab masa tu belum ada
 internet agi. Ambik info yang ada ni..dan bandingkan dengan yang ada 
sekarang.”
Lepas makan tengahari tadi, kami berendam dalam sungai. Inilah kemewahan penternak kambing. Kau ado?
“Bila kita masuk bab biotek ini,  kita dah hampir masuk juzuk 28. Dua tiga hari lagi khatam la.
Hang nak tau kaitan sistem pertanian dengan pengurusan hutan.  Biotek akan menunjukkan.
Kita
 dihidangkan dengan janji-janji indah. “Kita buat Ladang Rakyat”, 
“Pertanian Satu Ibadah”. Rakyat pun sokong. Depa pun tebang balak, 
gondol hutan.
Lepas tu apa yang rakyat tahu? 
Yilek. Depa keluar lesen konsesi diam-diam. Berapa ribu ekar yang 
digondol..diam-diam. Bila dah teruk baru semua nampak dan masing-masing 
buat demo, bongkar sana bongkar sini..but it’s too late.
Biotek
 pun sama. Masa nak dilancarkan, kita dihidang mimpi indah. Biotek 
adalah anjakan revolusionari dalam food security, biodiversiti and 
sustainabiliti.
Kita pun seronok. Lepas tu apa berlaku? Semuanya dilakukan di makmal TNC atau universiti.
Petani
 diladang tak tau apa-apa. Depa cuma terima saja bantuan benih. Nak 
tanya benih apa pun susah sebab semuanya dalam bentuk kod. MC11, MC12, 
D24,D88, DxP..macam-macam lagi la.
So, petani hanya jadi pengguna. Macam mana benih tu dihasilkan...tak tau. 
Back to your question, adakah biotek akan meningkatkan biodiversiti… aku jawab, no.
Biotek akan meningkatkan komoditi diversity..dan monopoli.
“What about food security?”
“Rakyat
 Malaysia bergantung kepada beras. Beras dikontrol oleh Bernas. Kalau 
tanya kat Bernas, dia jawab stock beras kita boleh tahan tiga bulan. Aku
 kata hanya dua minggu.”
“Why?”
“Bila
 berlaku perang atau sekatan ekonomi, perkara pertama akan berlaku ialah
 sorok barang. Dalam masa satu minggu, barang dikedai akan habis. Dalam 
seminggu lagi stock dirumah pulak habis. Melopong la.
“Sustainability?”
“Ambik
 contoh minyak masak. Sekarang ni, hampr 70% ekspot minyak masak kita ke
 China. Kalau China stop ambik minyak masak kita, Felda lingkup. Saham 
Felda akan menjunam, dan masa tu, Trans National Companies akan ambik 
alih. Lima juta ekar tanah Felda akan tergadai ketangan syarikat asing.”
“Any other reason why you opposed biotech?”
“Patent dan hakmilik tumbuhan akan jatuh ketangan TNC. 
Mungkin
 ramai yang tak sedar, ada dua jenis tumbuhan yang hanya didapati di 
Malaysia, Liberia dan Ghana iaitu Thaumatococcus dan Rauwolfia. Dua 
pokok ini adalah ubat untuk hypertension dan psychotic problem. Pada 
tahun 1985 saja, pasaran di America bernilai US80 juta. Tapi sekarang 
pokok itu bukan lagi milik Malaysia, tapi milik Tate and Lyle(UK).
Malaysia
 tak boleh claim lagi pokok itu miliknya, sebab biological properties 
pokok tersebut dah tak sama dengan pokok asal sebab telah diubah melalui
 genetic engineering.”
“You talked about bio-imperialsm. How is that going to happen?”
Aku
 dah menggeletek sejuk. Aku naik atas batu tapi bila menghadap dia dalam
 air..mata aku asyik tengok dada dia saja. Hilang konsentrasi sekejap.
“Sejak
 lewat 80an, syarikat TNC sudah mula mengambil alih atau merge dengan 
syarikat-syarikat kecil diseluruh dunia. Hanya masa yang akan menentukan
 bila mereka akan strike. Bila mereka bertindak, hampir 80% pasaran 
biotek dunia akan dikuasai oleh tidak lebih 10 syarikat TNC ini. Dan 
biotek bukan saja menguasai pertanian, tapi mereka juga menguasai 
perubatan.”
“How you can be so sure?”
“Cuba tengok siapakah yang me geluarkan racun dan siapa yang mengeluarkan ubat.
Ini senarai pengeluar racun serangga tahun 1989, 
Ciba-Geigy
Bayer
ICI
Rhone-Poulenc
Du pont
Dow Elanco
Monsanto
Hoescht
BASF
Shell.
Sepuluh syarikat ini menguasai 75% pasaran racun serangga dunia.
Dan ini pulak senarai sepuluh syarikat farmaseutikal
Merck(US)
Smithkline-Beecham(US/UK)
Bristol M-Squibb(US)
Hoechst(FRG)
Glaxo(UK)
Rhone-Poulenc(Fr)
Ciba Geigy(CH)
Bayer(FRG)
Am.Home Products(US)
Sandoz(CH).
Ini
 data 1990. Sejak 20 tahun lepas, banyak syarikat ini telah melakukan 
merger untuk menguasai pasaran. Mereka jual benih, mereka jual racun dan
 mereka juga yang jual ubat.
Depa yang pergi demo anti TPPA tu tau ka apa yang akan berlaku? 
“What will happen?”
“Awek
 dalam gambar tu pegang poster yang betul, tapi macam mana ia akan 
berlaku, ramai yang tak tau. Perjanjian TPPA bukan berlaku sejak dua 
tiga tahun lepas tapi telah dirancang sejak 30 tahun lepas. Ia akan 
memberikan hakmilik tumbuhan dan perubatan kepada TNC.”
“And you talked about selling off principles and dignity..something like that.”
“Ya..sekarang
 ni kita gondolkan hutan untuk tanam sawit, getah gaharu. Nak tanam 
pokok-pokok ni, kita gondol hutan kita sampai habis semua pokok-pokok 
ubat. 
Syarikat besar hantar dua tiga orang 
wakil depa kononya untuk buat research. Depa bawa balik dua tiga pokok 
cukup..kemudian dibiakkan menggunakan biotech.
Orang2
 kita semua dapat sakit sebab penggunaan racun serangga, ubat depa dah 
bawa balik. Akhirnya kita melutut kat syarikat-syarikat ini.
Syarikat
 ini milik siapa?” And mind you, kebanyakan data yang kita dapat adalah 
data dari US dan Eropah. Kita tak ada data tentang China dan Russia.
Sekarang ni orang Melayu dok sibuk anti Israel dan Cina...tak lama lagi, ramai la yang dok melutut kat Yahudi dengan komunis.
Yang tinggal kat kita hanya Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Nak buat apa kalau lutut pun lembik?
FB Mat Saman Kati 

Sallam tuan, amat menarik ulasan tuan. Bolehkah tuan buat ulasan tentang pekan-pekan kecil di Malaysia kini, maksud saya tengah-tengah pekan dan di persekirannya dihuni oleh satu kaum saja ( tuan tentu dapat fikirkan kaum apa). Semakin hari pekan-pekan ini semakin berkembang, maksud saya disebelah kiri dan kanan nya. Tuan-tuan asal tanah disekitar pekan-pekan ini adalah melayu. Bila tanah-tanah ini telah dimiliki kaum ini (maksud saya kawan yg dudok tengah bandar tu), mereka akam membina rumah-rumah dan rumah kedai yang mustahil dibeli oleh orang melayu. Kawasan mereka akhirnya akan dipenuhi oleh orang depa, dan pada akhirnya kawasan tersebut akan diwakili oleh orang depa dan melayu persekitaran akan terus melopong kegusaran. Contoh klasik adalah pekan pantai Remis Perak hingga kini terus diwakili orang depa hinggakan corong loud speaker atas masjid disambung binaan nya berbentuk ROKET. Jadi apa kata saudara mengenai perkara ini?. Sallam
ReplyDeleteTongkat Ali dn Kacip Fatimah pun jadilah kalau betul hanya ini saja yg tinggal.kalau kita org melayu ada kesedaran utk membantu,pihak2 seperti universiti2 dlm negara memberi pelajaran anak bangsa kita perlbagai bidang dn bermacam2 biologi tekno kalau 2 jenis pokok ini dibuat komesial pemakanan tambahan cara moden seperti TNC maka ditambah dgn promosi meluas
ReplyDeletesaya tak fikir perkara ini menjadi jalan buntu. Lihat saja indastri Heb semangkin meluas dengan kuasa pembeli dari orang2 mekayu sendiri insaallah kita boleh besaing dgn gergasi Uk, jangan dibuang pepatah lapok sikit demi sikit lama lama jadi bukit /jadi gunong. Kesedaran org2 melayu semangkin terserlah di zaman ini khasnya golongan menengah mereka mencari syarikat2 bumiputra atas urusan urusniga,nasihat saya pada bloger2 janganlah terlalu menyerang dan memburukkan ajensi2 kerajaan keterlaluan, kita kena ingat kerajaan kita adalah kerajaan melayu yg perlu dosokong walaupun ada sedikit kelemahan dan kekurangannya, tugas kita sebagai rakyat menegur dan memberi pandangan yg baik melalui saluran tertentu.