Bekas
 Pegawai SPRM Datuk Bahri Mohamad Zain dilapurkan mengkritik Peguam 
Negara kerana kononnya tidak mahu mendakwa Perdana Menteri dalam kes 
SRC.
Pada
 pandangan Dato Bahri, kes tersebut mempunyai bukti kukuh dan beliau 
kesal kerana pendakwaan tidak dibuat oleh pihak Peguam Negara.
Sepertimana
 yang kita tahu, Peguam Negara telah menyatakan bahawa setelah diteliti 
dengan mendalam pendakwaan tidak akan dibuat dalam kes ini. 
Saya cuma mahu sentuh tiga perkara dalam kenyataan Datuk Bahri yang pada pandangan saya tidak sepatutnya dibuat oleh beliau.
Pertamanya,
 ada sebab kenapa fungsi menyiasat, mendakwa dan menghukum diasingkan 
dalam sistem perundangan kita. Tujuannya ialah untuk mengelakkan 
mana-mana pihak daripada menyalahgunakan kuasa mereka. Ini boleh berlaku
 jika pihak yang menyiasat juga diberikan kuasa untuk mendakwa. Apatah 
lagi kalau kuasa untuk mengadili juga diberikan kepada pihak yang sama.
Sistem
 perundangan kita sekarang memisahkannya kepada tiga pihak. Kuasa 
menyiasat diberikan kepada pihak penyiasat seperti Polis dan SPRM. Kuasa
 mendakwa diberikan kepada Peguam Negara dan kuasa menghukum diberikan 
kepada hakim atau mahkamah. Ini dibuat supaya ada elemen "Check and 
balance" atau "semak dan imbang" dalam sistem perundangan bagi mengelak 
mana-mana pihak dari menyalahguna kuasa mereka untuk menganiaya. 
Maknanya
 kalau pihak penyiasat mempunyai niat untuk menganiaya orang yang 
disiasat, maka pihak yang mendakwa boleh menghalang niat tidak baik itu.
 Kalau pihak penyiasat dan pendakwa pula bersengkokol untuk menganiaya 
orang yang disiasat dengan mendakwa orang yang disiasat itu, maka pihak 
mahkamah (hakim) boleh menjadi penghalang kepada niat buruk mereka itu. 
Itulah tujuan kenapa kuasa menyiasat, kuasa mendakwa dan kuasa menghukum
 itu diasingkan oleh sistem perundangan kita.
Kalau kuasa-kuasa ini tidak diasingkan, amat senang untuk menganiaya seseorang yang tidak berdosa.
Keduanya
 saya ingin sentuh mengenai anggapan Dato Bahri bahawa pandangan beliau 
dalam kes SRC semestinya benar dan pandangan Peguam Negara itu salah. 
Hanya kerana Peguam Negara tidak bersetuju dengan rumusan beliau, tidak 
bermakna Peguam Negara telah melakukan kesalahan dan tidak mempunyai 
integriti. Saya bagi satu contoh dalam konteks kes yang dihadapkan ke 
mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan.
Jika
 seorang yang dituduh dibebaskan oleh mana-mana mahkamah dan pihak 
pendakwa tidak berpuas hati dan membawa kes itu ke mahkamah rayuan atau 
mahkamah persekutuan, kes itu selalunya diadili oleh tiga atau lima 
orang hakim secara serentak.
Hakim-hakim
 yang bijaksana ini kadang-kadang mempunyai pandangan berbeza terhadap 
fakta-fakta kes yang sama yang dihujah oleh pihak pendakwa dan pihak 
pembela dalam mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan. Ada masanya 
keputusan mahkamah rayuan atau mahkamah persekutuan ialah dua satu (2-1)
 atau tiga dua (3-2).
Kenapa
 mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam menghakimi kes yang sama?
 Patutkah kita melemparkan tuduhan bahawa hakim yang tidak bersetuju itu
 adalah seorang hakim yang telah dibeli atau hakim yang tidak ada 
integriti? Sudah tentu tidak. Kita terima dan redho dengan keputusan 
mahkamah seadanya.
Jadi
 kalau begitu, kenapa Dato Bahri merasakan pandangan beliau terhadap kes
 SRC itu yang betul dan pandangan Peguam Negara terhadap fakta kes yang 
sama adalah salah? Kalau hakim-hakim mahkamah rayuan dan mahkamah 
persekutuan, yang kita anggap bijaksana dan terhormat, boleh mempunyai 
pandangan berbeza keatas kes yang sama, kenapa pula kita mahu 
mempertikaikan pandangan berbeza dari Peguam Negara terhadap kes yang 
sama?
Ketiganya, saya pernah dimaklumkan semasa
 saya menjadi ahli Jawatankuasa SPRM Mengenai Rasuah dahulu bahawa 
banyak juga kes-kes yang disiasat oleh SPRM tidak dituduh di mahkamah 
oleh Peguam Negara atas berbagai sebab. Antaranya ialah kerana tidak 
cukup bukti, penyiasatan yang gopoh dan ketiadaan merit untuk 
pendakwaan.
Kenapa
 dalam kes-kes tersebut, Dato Bahri tidak bangkitkan ketidakpuasan hati 
beliau secara terbuka? Kenapa hanya dalam kes yang membabitkan Perdana 
Menteri yang diungkit?
Hakikatnya
 kes SRC bukanlah satu-satunya yang tidak didakwa oleh Peguam Negara. 
Puluhan, malahan ratusan kes yang telah disiasat oleh SPRM dan BPR (Biro
 Pencengahan Rasuah iaitu agensi anti rasuah sebelum SPRM ditubuhkan) 
tidak didakwa oleh Peguam Negara atas sebab-sebab tertentu walaupun SPRM
 merasakan boleh sabit kesalahan. Kita tidak dengar pun Dato Bahri 
memberikan kenyataan "menghina dan memperlekeh" Peguam Negara!
Akhir
 sekali, saya berpandangan walaupun SPRM adalah satu agensi kerajaan 
yang penting dan perlu didokong, saya juga berpandangan bahawa SPRM 
tidak boleh beroperasi tanpa elemen "semak dan imbang".
Inilah
 penyakit yang telan menimpa BPR dahulu. Oleh kerana persepsi rakyat 
pada waktu itu bahawa BPR adalah agensi yang korup, boleh diperkudakan 
untuk kepentingan politik oleh sesetengah pihak dan boleh 
menyalahgunakan kuasa mereka, maka gandingan kepimpinan Pak Lah/ Najib 
telah menubuhkan agensi baru iaitu SPRM dengan sistem "semak dan imbang"
 yang lebih berkesan dalam bentuk beberapa jawatankuasa yang 
diperuntukan dalam Akta SPRM. Jawatankuasa-jawatankuasa ini dibentuk 
untuk mengelak SPRM dari persepsi negatif yang telah melanda BPR sebelum
 ini.
Kita
 tidak mahu mana-mana agensi penyiasat boleh beroperasi tanpa ada sistem
 "check and balance" dari pihak lain, kerana dikhuatiri akan ada pegawai
 penyiasat yang tergamak menyalahgunakan kuasa mereka untuk kepentingan 
sendiri.
Jadinya,
 isu yang lebih besar yang perlu kita fikirkan ialah kalau bukan Peguam 
Negara, siapa lagi yang boleh kita pertanggunjawabkan untuk "semak dan 
imbang" kuasa pihak penyiasat supaya tidak ada orang yang teraniaya?
Saya
 pernah bekerjasama rapat dengan SPRM sebelum ini. Saya mengenali ramai 
pegawai atasan SPRM. Saya boleh nyatakan majoriti pegawai SPRM amat 
berintegriti dan bertugas  siang dan malam tanpa ada kepentingan 
persendirian. Mereka juga maklum dan memahami betapa penting konsep 
"semak dan imbang" ini. Ianya mungkin tidak seratus peratus sempurna 
namun inilah sistem yang terbaik bagi mengelak SPRM dari nasib yang 
menimpa BPR sebelum ini.  
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Komunikasi Strategik
Barisan Nasional
Putrajaya 
3hb Januari 2017

Belum pernah tengok game bola ..pengadil ditukar atau linesmen ditukar.
ReplyDeleteAda juga pengadil berat sebelah. Pengadil yang kena baling mercun pun ada.Kalau nak tahu mutu pengadilan kena tanya marshall perlawanan. Kalau nak tau punca insiden pergaduhan dalam padang pun kena minta pandangan marshall.
Marshall bukan penonton biasa....marshall buat kerja penelitian perlawanan.Sepanjang perlawanan marshall tahu siapa curi ayam, berapa kali gawang gol dibolosi, brapa kali foul......,, bla,bla,bla.............................dan sampai seorang player tu lari berapa kilometer sepanjang perlawanan pun marshall akan kira.
Dieropah selain marshall sediada ..... terdapat juga marshall berlesen yang independence bekerja sendiri atas kepentingan maklumat yang berharga. Sehingga penilaian aksi pemain berkemahiran atau tidak dinilai secara merit.