Wednesday, 31 August 2016

Muga M'sia terus merdeka dari "kaki gaduh", anasir subversif


Bagi Malaysia maju, progressif dan aman, kita perlu berjuangkan negara dari batu api dan kaki gaduh yang mahu terus berkuasa.


Kita pun harus merdekakan diri dari belenggu ketamakan penjajah baru yang sentiasa ada agenda perkayakan diri sendiri dan terus mahu mencengkam kuasa untuk keluarga dan kumpulan gelap.


Baca

http://anotherbrickinwall.blogspot.my/2016/08/a-lead-to-answer-of-puzzle.html

RPK: http://www.malaysia-today.net/the-power-and-wealth-equation-in-politics/


Selamatkan anak-anak kita dari terlalai hingga diperguna oleh pihak beragenda jahat dan anasir subversif.

video


Monday, 29 August 2016

Hujah Mahathir untuk beri kuasa pada DAP


Bila dia kerja dengan DAP, dia macam tak faham bahawa kerusi DAP solid dan pasti di bandar2.

Kerusi2 pembangkang Melayu di Semenanjong akan berpecah antara PAS, PKR, Amanah dan Bersatu.

Salah satu atau dua parti akan tanding lawan UMNO. Akhirnya kerusi Melayu berpecah dan Melayu jadi lagi lemah.


Sunday, 28 August 2016

Kalu berani, turunlah Mahathir dan Kelab Che Det ke Johor!


Mahathir baru ceramah anjuran Kelab Che Det di Kota Baru. Yang datang pun muka-muka KCD sajer pun.

Semalam di Langkawai dan kata nak turun ke Tangkap MO1 tapi akibat kosong dan tak capai 5 ribu, dah termalu nak mai ke Dataran Merdeka. http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/demo-gagal-madey-tak-turun.html

Silalah Kelab Che Det Johor bawa Mahathir sekarang!

Friday, 26 August 2016

SR terlebih dedah konspirasi Mahathir yang buat dia gelabah


Macam-macam Tun Dr Mahathir usahakan diversion untuk tarik perhatian pada dirinya hingga salahkan sahabat setianya yang sudah tiada dan saja menimbulkan murka Sultan. http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/mahathir-buat-provokasi-untuk-buat.html

Mahathir memang sengaja beri persepsi yang tidak benar. DIa terkantoi mengaku berada di belakang konspirasi:

Monday, 22 August 2016

Onn Jaafar tak burukkan UMNO, Sayang Mahathir tapi setia pada parti


Contohi keikhlasan, 
kejujuran, kesabaran Onn

ZABRY MOHAMAD  |  22 Ogos 2016 1:16 AM

SHAH ALAM 21 Ogos - Ahli UMNO diajak merenung kembali semangat keikhlasan, kejujuran dan kesabaran pengasas parti itu, Datuk Onn Jaafar yang tidak pernah menghasut orang lain untuk menentang pe­mimpin dan kerajaan yang dipilih oleh rakyat meskipun pandangannya tidak lagi diterima oleh rakan-rakan seperjuangan sendiri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Onn yang juga datuknya sebaliknya sanggup melepaskan jawatan dan meninggalkan parti supaya matlamat asal perjuangan untuk membebaskan negara ketika itu daripada cengkaman penjajah berjaya.

Saturday, 20 August 2016

Kenapa boss Khadem tidak disaman Matthias, ditahan pihak berkuasa?

Sheikh Mansour, Deputy Prime Minister and Chairman of IPIC. Also owner of Man City
Menurut WSJ, Khadem Al Qudaisi telah ditahan pihak berkuasa Abu Dhabi. Baca Snapshot http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/abu-dhabi-akui-salahlaku-khadem-al.html yang membawa ke laporan Mkini mengenai laporan WSJ.

Patut dibaca juga adalah Lim Sian See http://limsiansee.blogspot.my/2016/08/domestic-arrests-ipics-ex-md-khadem-al.html. Agal menarik komen yang dibuat mengenai laporan WSJ:

Wednesday, 17 August 2016

Usah ditenung undi yang satu tapi dolphin untuk main-main


Hari ini dikhabarkan masuk hari kedua sidang Dun di sebuah negeri di utara semenanjung Malaysia. Difahamkan ada yang terpaksa menahan ketawa melihat bekas ketua kerajaan beralih duduk di sebelah pembangkang, bersebelahan dengan Adun PAN.

Namun ia adalah satu perkara normal bila rasa diri terlalu hebat bagai parti itu bapanya yang punya. Mungkin sudah terbiasa selama 22 tahun sebelum ini. Tapi rasanya selepas dipecat, mungkin kini dia tahu UMNO bukan bapanya yang punya, tapi jemaah UMNO yang punya.

Menurut beberapa rakan di Kedah dan hadir di sidang Dun hari ini, Dewan Undangan Negeri membahaskan titah ucapan Tuanku Sultan Kedah. Seperti biasa, satu persatu Adun bangun membahaskan titah Tuanku, termasuklah Ayer Hitam.

Menggelikan hati, ‘buah pinggang’ dan segala ‘organ dalaman’ penulis, bahas titah dari Ayer Hitam lebih menjurus kepada ‘sesi luahan hati, jiwa dan perasaan’. Luahan rasa tidak puas hati di dewan yang mulia, ‘meroyan-royan’ tentang nasib diri…

Khabarnya dia ada menyebut tentang ‘1 undi’ yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kem kerajaan dan terhumban di sebelah Adun PAN di sebelah kem pembangkang. Telahan ramai mengatakan dia merujuk pada ‘1 undi’ dari Kota Siputeh.

Dia pertikai tentang satu undi yang menjatuhkan dirinya dari menyandang jawatan Menteri Besar? Dia cuba menyalahkan satu undi yang menyebabkan dia hilang kuasa sebagai ketua kepada sebuah kerajaan negeri?

Suka penulis imbas kembali kepada apa yang berlaku terhadap seorang lagi bekas Menteri Besar Kedah sebelumnya. Ketika itu, bukan 2 undi saja. Malah 22 undi mahu beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar di negeri berkenaan.

Betapa kuatnya 22 Adun mempertahankan supaya beliau dikekalkan sebagai Menteri Besar, hinggakan mereka terpaksa dipanggil ‘mengadap’ Presiden UMNO ketika itu. Seorang demi seorang dipanggil masuk bilik dan akhirnya mereka akur pada arahan ‘diktator’ tersebut.

Pada pandangan penulis, tentunya Ayer Hitam kenal pada siapa bekas Menteri Besar itu, kenal siapa 22 Adun terbabit dan tahu siapakah gerangan ‘diktator’ yang dimaksudkan. Tapi oleh kerana hormat, setia dan taat pada Presiden yang dipilih, tiada siapa pun yang memberontak mahu menjatuhkan ‘diktator’ itu.

Diimbas juga kembali pada peristiwa yang berlaku di dalam perebutan Presiden UMNO dulu, ketika mana ‘diktator’ itu dicabar oleh seorang tokoh dari Kelantan. ‘Diktator’ menang dalam perebutan jawatan tertinggi parti itu, namun tipis sekali majoritinya.

Seraya menang bertanding, maka dia menegaskan bahawa dia tetap menang secara demokrasi walaupun jika ditakdirkan menang dengan majoriti 1 undi. Apa yang cuba disampaikan ketika itu ialah, menang tetap menang walaupun majoritinya sangat kecil.

Jadi bila Ayer Hitam tewas dengan 1 undi, maka terimalah hakikat. Janganlah nak ‘meroyan’ mengadu nasib dalam dewan. Mungkin lepas bersidang nanti Ayer Hitam boleh bawa lagi keluarga bercuti mengubat lara di hati dengan ‘dolphin-dolphin’ yang comel lagi ‘cute’…

Dari Whass App

P/S Masa MB, dua tiga kali seminggu terbang balik KL. Dah beberapa bulan jadi ADUN biasa,  berapa kali balik tengok kawasan berbanding pergi bersantai.ke London?

Monday, 15 August 2016

Zahid tegur UMNO


Selain nasihat lina Dato Dr Zahid Hamid di http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/5-prinsip-gerakerja-untuk-menang-pru14.html, dia turut menegur ....

UMNO Shah Alam leka  ...

SHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur kegagalan Umno memenangi kerusi Dun dan Parlimen di Shah Alam pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, meskipun kawasan ini 70.46 peratus pengundinya kaum Melayu.

Beliau menyifatkan sokongan yang diterima pembangkang menunjukkan rakyat memberi isyarat mereka berkuasa melalui undian.

Sunday, 14 August 2016

Cina Hokkien rasa diri layak sertai parti Pribumi?


Pengerusi parti Peribumi belum pasti layak anggap dirinya asli hingga diterima sebagai Peribumi. Baca http://theunspinners.blogspot.com/2016/08/pengerusi-pun-sepatutnya-hanya-ahli.html

Kini ada pula Mustapha Ong mahu tinggalkan UMNO dan sertai Pribumi. Cina Hokkien ni Peribumi ke? Macam mana bekas pegawai arwah Tan Sri Mohamed Rahmat ni diterima sebagai UMNO dengan nama jelas kaum cina?

Inilah bapa Omar Ong yang suatu masa mengendeng bersungguh-sungguh untuk jadi Penasihat Dato Najib dan akhirya hanya pengejar kontrak lalu dapat AES dan jalankan Rakyat Post yang segan mati tak mahu... malah bukan pun membantu PM. Kini isteri Melayu dah cerai dan kahwin cina.

Jangan-jangan oportunis kot ...?



Friday, 12 August 2016

PPBM belum nampak sokongan ...masih mewayangkan sambutan


Tengku Adnan dilaporkan tidka bersetuju Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan Bersatu sebagai singkatan. Ia menyerupai United dalam nama UMNO.

Rasanya sesuai dinamakan Parti Apanama bersempana isilah yang sering digunakan Dr Mahathir. Walaupun ada kepimpinan Perkasa adalah pentaksub Mahathir, memanggil Parti Pribumi lebih bersempana kepada Ibrahim Ali.

Parti ini adalah platform Dr Mahathir mahu jatuhkan Najib dan maka tdak sesuai guna nama orang. Jika ini platform Muhyiddin, sukahatilah nak panggil nama Parti Nika Gee.

Selepas jatuhkan Najib, apa lagi rancangan? Deklarasi Rakyat pun tiada reform yang disebut melainkan hanya mempolitikkan 1MDB.


Wednesday, 10 August 2016

Khairuddin mahu bikin filem 1MDB, Isteri pegang watak Anina


Menurut Cucu Tok Selampit, Khairuddin ABu Hasan tak sertai Bersatu kerana logo menyindir dirinya hingga jadi merajuk. Baca http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/lambang-parti-baru-buat-khairuddin.html

Ramai penganalisa menganggap ini hanya wayang dan sandiwara politik. Ada sesuatu yang sedang dirancang Khairuddin.

Ada desas desus mengatakan Khairuddin memang main wayang dan sedang membina skrip untuk membiayai sebuah filem mengenai 1MDB.

Sunday, 7 August 2016

Bersih, hanya demo jalanan yang mahu jatuhkan kerajaan


Bersih 5.0 kononnya kini mahu menyuarakan tuntutan supaya Dato Najib ditumbangkan. Dari agenda reformasi pilihanraya, kini bertambah jelas Bersih sudah jadi kuda tunggangan untuk agenda politik Tun Dr Mahathir.

Namun itu adalah hal taktikal politik yang mana terpulang kepada pihak masing-masing mahu jalankankan. Suatu yang perlu ditanya: apakah impak Bersih yang kini sudah masuk kepada siri ke 5?

Maka itu yang jadi persoalan yang ditimbulkan Pengerusi Suhakam baru, Tan Sri Razali Ismail. Beliau masih akui hak Bersih untuk berhimpun.

Tuesday, 2 August 2016

TSMY serupa munafiq, Pasti tak faham perkembangan baru


Kesian Tan Sri Muhyiddin yang asyik silap langkah dan tidak faham apa yang berlaku.

Perkembangan terbaru menimbulkan lagi kredibiliti DOJ http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/perkembangan-terbaru-melemahkan.html


Disebabkan hanya main ikut apa dikatakan Tun Dr Mahathir, kini dia kelihatan serupa penipu. Pendirian tak konsisten:

Monday, 1 August 2016

Bersungguh sangat nak jatuhkan, mesti Najib pihak benar


Kelab Che Det, Ratu Naga dan Pakatoon dengan pemikiran orang tak sekolah tinggi mencari isu dengan cara putarbelit dan mereka-reka benda yang tiada untuk berbohong dan kelirukan rakyat biasa.

Baca http://theunspinners.blogspot.my/2016/08/jika-riza-aziz-kantoi-apa-perlu-protoon.html

Kini SR buat pendedahan terbaru yang tak masuk akal untuk menyalahkan Najib dalam kejadian MH370 dan Rosmah cuba dikaitkan dengan dogengan mereka.

Sedutan SR ada di atas dan bawah.