Demi kuasa, http://theunspinners.blogspot.com/2016/12/demi-kuasa-mahathir-angkat-dap-hina.html
Apa yang diungkapkan oleh Mahathir ini, sebenarnya adalah ungkapan si kafir yang menolak Kebesaran Allah Taala.
Mahathir
 bukan orang pertama mengungkapkan perkataan ini. Bahkan dia mungkin 
orang yang terbaharu yang barangkali secara tidak sengaja atau sengaja, 
menolak kebenaran ayat-ayat al Quran.
Allah Taala berfirman dalam Surah Yunus ayat 99-100 yang bermaksud:
"Dan jikalau Rabb-mu mengkehendaki, tentulah semua orang di muka bumi seluruhnya beriman. Maka apakah kamu(hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman semuanya. Dan tidak ada seorang pun yang akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akal.
Pelbagai
 makhluk telah dicipta oleh-Nya. Semua makhluk Allah Taala melainkan 
manusia dan jin seperti haiwan, malaikat dan tumbuhan tidak mempunyai 
kehendak bebas. Sedangkan pada masa yang sama, manusia pula diiktiraf 
sebagai makhluk paling sempurna Ciptaan-Nya.
Di
 dalam manusia itu terdapat 'miniature' 7 Sifat-Sifat-Nya iaitu samaq, 
basar, kalam, ilmu, hayat, kudrat dan iradat. Atas ketujuh-tujuh sifat 
itulah yang membezakan manusia dengan makhluk-makhluk lainnya yang Imam 
Al-Ghazali menggelarkannya sebagai 'kuasa di bawah Kuasa' menerusi 
kitabnya, Qawa'id al-'Aqaid.
Dan
 atas sifat-sifat itulah pula, Allah Taala menjadikan ujian menerusi 
hidup dan mati untuk menguji siapa di kalangan kita yang lebih baik 
amalnya seperti yang terkandung dalam Ayat 2 Surah Al-Mulk.
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 pula Allah Taala berfirman yang maksudnya:
"Dan sesungguhnya, akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."
Nampaknya,
 selepas dia memperlekehkan Nabi s.a.w dan para Sabahat r.a dan Ahlul 
Bait, Mahathir naik selangkah lagi dengan mempertikaikan kuasa dan 
Kehendak Allah Taala meskipun Allah Taala telah menjelaskan perkara yang
 cuba dibangkitkan itu menerusi ayat-ayat Al Quran.
Mahathir barangkali mengira, KUASA AQALnya lebih besar dan lebih agung daripada Ayat-Ayat Allah Taala!
Semoga kita semua dijauhkan daripada perangai dan kegelinciran lidah serta iktikad seperti ini...
Dari FB Rosly Md Shah 


Dia jemu jadi Politician. Chuba nak jadi Nabi pulak
ReplyDeleteLps ni nak cuba jadi tuhan pulak...
ReplyDeleteTua2 makin merapu gamaknya...
bukankah allah mencipta dunia sebagai tempat menentukan samada manusia itu akan beriman atau kafir. jadi betul lah kata che det. yg dah islam pun masih bergaduh tentang politik menunjukkan mereka amat cintakan dunia.
ReplyDelete