Tentu ada rakyat di negara ini percaya bulat-bulat dengan dakwaan yang dibuat melalui media sosial termasuk di WhatsApp dan Facebook kononnya negara bakal muflis dengan ‘analisa ekonomi’ yang menakutkan dan cukup menyakinkan.
Antaranya Ringgit Malaysia dijangka jatuh lebih rendah kepada RM4.50 
bagi setiap dollar pada akhir September, rezab Bank Negara hanya RM101 
bilion sedangkan hutang melampui RM614 bilion manakala harga minyak yang
 dijangka terus merudum semakin memburukkan ekonomi negara.
Lebih malang pihak yang membuat ‘analisa’ itu membuat tuduhan bahawa Dunia menganggap Malaysia di nombor 1 bagi rasuah dan skandal, pemalsuan wang dan pengubahan wang haram.
Kesimpulan bagi segala dakwaan tidak benar itu, rakyat diminta tidak 
berbelanja dan jangan membeli harta benda dalam tempoh terdekat kerana 
khuatir kesan ekonomi serta negara yang bakal bangkrap.
Bagaimanapun, disebalik kerisauan dan kebimbangan segelintir rakyat yang mempercayai dakwaan itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani menolak dakwaan bahawa negara bakal muflis tahun depan seperti yang tersebar di media sosial.
Beliau berkata, dakwaan berkenaan ditulis berdasarkan fakta yang direka dan tindakan itu amat tidak bertanggungjawab.
“Rakyat tidak perlulah terpengaruh dengan berita yang tidak sah ini, 
mana mungkin negara boleh muflis hanya kerana sebuah syarikat milik 
kerajaan mengalami masalah,” katanya.
Malah jika pihak-pihak tertentu itu tidak punya idea untuk menyanggah 
fakta benar yang dikemukakan, maka mereka akan sengaja mereka-reka 
cerita dan ia akan diputar-putar hingga dapat mempengaruhi segelintir 
rakyat yang lemah mindanya.
Bila institusi kewangan menjelaskan justifikasi menutup 
cawangan-cawangan bank ekoran peralihan operasi dan teknologi kepada 
perbankan elektronik atas talian, mereka pusing cerita kononnya 
kedudukan kewangan negara kritikal.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) misalnya turut menjadi mangsa 
permainan propaganda pihak-pihak berkenaan kononnya BR1M akan diagihkan 
lebih awal sempena Aidiladha. Padahal, apa kena mengena LHDN dalam 
proses agihan BR1M. Nama LHDN pun ditukar jadi ‘Jabatan Hasil Negara’?
Dalam laporan berita perdana semalam pun pihak TESCO terpaksa pula buang
 masa mereka untuk menjelaskan fitnah yang kononnya mereka akan menutup 
operasi di negara ini. Alasan yang sama, kononnya ‘masalah ekonomi 
negara yang tidak bagus’. TESCO nafi keras dakwaan itu.
Peliknya, bila kita beritahu mereka tentang propaganda, strategi jijik 
dan memalukan puak-puak berkenaan, mereka enggan pula sedar diri dari 
terus tertipu. Malah diherdiknya kita kononnya kita ‘makan dedak’ dan 
sebagainya.
Kadang kala, penulis terbayangkan firman Allah SWT di dalam surah Ali 
Imran, ayat 179, yang diturunkan tentang mereka-mereka yang mempunyai 
hati tapi tidak faqih, diberikan mereka mata namun mereka tidak dapat 
‘melihat, diberi telinga namun mereka tidak mendengar.
Malah mereka-mereka itu Allah SWT menyamakan sifat mereka seperti 
haiwan-haiwan ternakan, bahkan mereka lebih sesat dari haiwan-haiwan 
berkenaan! Apakah mereka sedar tentang asbabun nuzul dan hikmah di 
sebalik firman Allah tersebut?
Mereka juga mengaku tentang amaran yang pernah disabdakan Rasulullah SAW
 tentang suasana akhir zaman di mana fitnah begitu berleluasa. Namun 
mereka pula mengambil bahagian mencipta fitnah, menyebarkan fitnah dan 
berkongsi-kongsi fitnah itu?
  
Siapa yang makan dedak? Dalam hal ini, kita kembali ke Al Quran ... taubatlah Kadir Jasin http://theunspinners.blogspot.my/2016/09/kadir-jasin-mouthpiece-of-daim.html





Oh aku lupa, orang umno/bn tak pernah lansung, demi Allah, menipu, memfitnah, putar belit. Semua mereka maksum dan sempurna mengalahkan rasulullah s.a.w.
ReplyDeleteBetul tak? Brani sumpwh atas quran?
Mahathir, daim lah paling maksum
DeleteMana yg lebih terok,haiwan sesat ke umpama Berzina dgn emak sendiri? Sbab itu lah hukumnya mengambil rasuah.
ReplyDeleteCuba kamu sendiri tanya ustaz. Lepas tu beritahu nasnya di sini. Tiada budak suruhan kamu di sini ...
Delete